Sunday 8 September 2013

Hello September...


Salam semua....dah lama tak buat entry baru...yang utamanya aku agak busy dengan kerja di sek sejak akhir2 ini...ditambah pula dengan environment yang tak begitu menyenangkan di sek....menjadikan aku agak down...kalau boleh nak saja cerita kat blog ini, tapi itulah sapa2 pun boleh baca jadi baiklah aku simpan sendiri saja...cuma pengajaran yang aku boleh ambil dari perkara itu aku mesti banyak bersabar dengan kelakuan mereka2 yang sentiasa ingin mencari kesalahan orang lain dan pekakkan telinga. Aku tak akan lupa satu nasihat yang amat berguna kepadaku daripada seorang kawan yang sudah pun pencen...jika kita hendak lama bekerja dalam bidang perguruan ini, jangan cuba burukkan orang lain...Nasihat itu aku takkan lupa...InsyaAllah sehingga aku pencen .

Oppss!! Tercerita jugak walaupun sikit kan...ok la buat apa nak stress kan otak...aku ada banyak benda lagi nak buat. Hidup kat dunia ni pun cuma sementara saja...baik pikir macamana nak memperbanyakkan harta akhirat... :)).

Sebenarnya aku tak tau nak cerita apa kat entry ni...nak cerita pasal love pun...rasanya macam lambat lagi aku nak menamatkan zaman single ni....huhu...sebab nampaknya orang tu macam sangat busy dengan projek2 nya...selalu out station. Aku tak menaruh harapan apa2 pun...cuma family aku beria nak suruh aku kwen tahun ini...entah dengan sapa la agaknya.

Jom kita tukar cerita lain, hari sabtu baru2 ini aku jumpa kawan lama...so kami gi makan kat Seoul Garden. Dah lama aku tak makan kat sini last bulan 3 hari tu kot. Aku suka makan kat sini sebab tak sibuk dan crowded macam tempat lain...memangla agak mahal sket RM40 per person tapi 6 bulan sekali pe salahnya.
Kalau makan kat sini aku suka yang grill2 tu....sup nya tak berapa suka sangat...aku lebih prefer Johnys lebih sedap.




Sambal atau pencicah pun ada banyak jenis...aku suka sos bulgogi yang warna merah tu...my fren pulak suka sos hijau.



Selepas makan2 dan sembang2 dalam 2 jam kat situ...kami pun jalan2 dalam Festival City tu...kemudian tersinggah kat Habib...dan aku terbeli. Ni sebagai reward untuk diri sendiri dan juga hadiah besday untuk myself bulan Jun tempoh hari. Aku beli saiz paling kecik sebab itu yang aku mampu. Lagi pun tahun ini aku tak melancong ke mana2 pun...huhu...jadi marilah menabung duit dengan cara membeli gold.

Selepas itu kami naik tingkat 2 untuk solat...lepas tu singgah di kedai jual bunga plastik...tak ingat pulak nama apa...tapi best kedai ini sebab jual jugak alas meja, langsir dan perhiasan rumah. Aku memang nak beli bunga plastik...sebab nak taruk dalam vase. Dulu2 selalu jugak beli bunga hidup...sekarang ni tak berapa rajin nak salin, sebab tahan paling lama pun seminggu. Kasut tu pulak beli kat aras bawah RM39 je...harap2 tahanla 2 bulan...untuk pakai ke sek.



Dalam pukul 6 petang sampai rumah...terus solat dan isi bunga dalam vase...tak sabar2 dan hasilnya ...taraa. Macam bunga hidup kan?? Cuma tak wangi jer...dulu2 suka beli bunga lily memang rumah jadi wangi sangat.




Hari ahad tak gi mana2 pun cuma stay kat rumah...lepas masak, makan...terus wat keja sekolah yang tak habis2...rumah tak kemas pun...cuma sapu sampah, basuh, sidai, lipat dan iron baju. Tadi aku masak simple je...sambal sotong dan sambal tumbuk...ok la kan...resepi tak de sebab senang je...sapa2 pun leh buat.





Ok itu saja lah my update terkini...cuti raya Haji rasanya tak balik sebab 2 hari je cuti...so dok je la kat KL diam2...tak pun gi rumah my sis...baiklah semua...tata...salamz