Sunday 29 June 2014

Makanan kegemaran during puasa di kampung


As-salam semua...hari ni dah 1 Ramadhan kan? Cepatnya masa berlalu...alhamdulillah kita masih sempat bertemu lagi dengan bulan yang penuh berkat ini. Berada berjauhan dengan bonda di kampung, membuatkan aku teringat kenangan masa kecil berbuka puasa bersama arwah ayah, bonda dan adik-beradik lain. Bagiku kenangan itu adalah yang paling terindah dalam hidupku.

Bayangkan kami 8 beradik, ayah dan bonda...semuanya 10 orang menghadap hidangan sederhana namun sangat meriah dan manis. Waktu itu aku di sekolah rendah, yang paling ku ingat yang adik beradik perempuan makan di meja, adik2 lelaki makan berhidang di bawah kerana ruang rumah yang sempit.

Antara juadah kuih yang bonda sering masak ialah sira pisang, gerodok telur, nikbat dan agar2 merah. Kuih ini sangat simple namun sedap. Aku ingat nak kidnap pic kat google tapi ye la kan takut tuan tanah tak redho...x pasal2 abis pahala puasa i...so xde la pic kuih2 ni...cuma ada pic agar2 merah, okla kan...hihi
agar-agar merah
Waktu sahur pula...bonda suka buat air teh susu...sedap sangat, time biasa bonda tak buat. Aku cuba jugak buat teh susu macam bonda buat tapi tak sama rasanya...mungkin bonda wat dengan penuh rasa kasih sayang tu yang jadikan ia sedap.

apa pun aku sangat rindukan masakan bonda iaitu sup kaki, gulai lemak putih dan daging bakar...huhu rasa nak balik la minggu depan.

sup kaki
gulai lemak putih kelantan style
daging bakar aka panggang
Lastly my favourite food...kudapan selepas trawih kat kelantan...biasa ada gerai/kedai 'colek'..yang paling i suka makan ialah 'colek perut'

colek perut
Haha...tetiba meleleh air lior den...konon nak wat entry puasa zaman kecik2...last2 jadi makanan favourite...hentam sajalah...baikla di sini i ingin memohon ampun dan maaf di ata segala kesilapan kepada semua kawan2 yang mengenali diri ini...i cuma insan biasa yang sering melakukan kesilapan...marilah kita buka lembaran baru dan hidup dengan perasaan positif...ok as-salam.

Tuesday 24 June 2014

Ceritera Cuti Sekolah Jun


Lama dah tak blog...kadang2 terpikir jugak ada ke yang baca blog ni...sebab follower pun 4 orang je..kuikui

i baru je cukup umur tempoh hari...aka besday 17 Jun hari tu...alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah ini..badan pun dah sihat dan boleh drive ke sana sini. Sebagai reward untuk myself, i dah beli jewelery in advance masa balik kampung tempoh hari...walaupun trade in tapi okla dpt yg lebih besar sket daripada yang asal.

Okla meh aku cerita pasal balik kampung bulan 6 masa cuti sekolah ari tu...aku balik minggu ke dua ahad hingga sabtu...seminggu je pun tapi bestla jugak. Minggu pertama dok settlekan keja sekolah, dah settle semua baru i balik. Oleh kerana tiket flight beli dah dekat2 nak balik maka jangan haraplah dapat rega murah...so pejam mata je masa bayar pakai kad kredit..huhu.

Ni first time aku naik flight kat klia2..kalau dulu lcct mcm jauh sket... Aku balik guna bag sandang je...baju dlm 3 helai, tudung 2 helai, my tab dan benda2 kecik lain. Pahtu ada la kain batik terengganu yg i beli ngn my fren dan kain my fren yang suruh tolong tempahkan kat kampung. Tu je lah wat balik...tapi oleh kerana dah sumbat mcm2 surelah dah jadi berat untuk den angkut ni. Klia2 ni besar tau...penat jugakla nak menapak sambil angkut bag sandang ni.

Oleh kerana aku belum makan, maka masuk je dalam klia2 tu...for sure la aku tinjau tempat makanan dulu...oleh kerana rasa mcm dah nak pensan...nampak je Mcd terus i masuk beli dan cari tempat utk breakfast. My flight pukul 10.45 pagi ni flight terawal yang penah aku naik. Lepas je isi perut cepat2 baru aku check in masa tu dah 9.30 gitu... Lepas check in i cari tempat untuk masuk ke gate mana....then jumpa macam2 kedai antaranya kfc, starbuck, dan lain2...kedai2 butik pun banyak gak...

Ruang menunggu flight luas dan selesa...tak macam lcct dulu sempit, padat dan sesak...tapi tak tau la kalau time raya macam mana kan? tapi lebih luas la dari lcct tu. Sebab pic dalam my tab..dan i pun malas nak transfer maka xde la pic klia2..hehe.

Sampai kat rumah dalam kul 1 tgh lebih kot...lepas makan terus ajak paksa my bonda gi teman amik my baju kat my tailor. Sekarang ni kami dah ada driver...kalau nak gi mana2 call je sorang pakcik yang akan amik dan antar kitorang.

Esoknya senin pagi2 lagi pukul 11.00  aku keluar...kami nak gi pasar pasir mas je pun nak makan mi kuah yang sedap. Aku ni jenis tak kisah...setengah orang tak suka makan kat kedai dalam pasar dengan alasan kotor dan lain2 tapi setakat ni aku ok je tak penah lak sakit perut atau keracunan makan kat kedai gini. Dorang masak pun depan kita, so kita nampakla apa yang dia buat...macam konfidenla aku nak makan. Memang puas hatila dapat makan mi kuah. :))



Lepas balik tu kami gi rumah mak saudara i...sebelah umah je pun, ari tu anak dia get married i x sempat gi...so budaya kelate orang panggil 'ngele' tak kira la dah lepas ke majlis tu ko still boleh 'ngele'. Ngele ni maksudnya kita berkunjung dan beri wang, jumlahnya ikut ko ler..seikhlas hati. My cousin sangat muda lagi lahir tahun 1990 so amat muda berbanding diriku ini...dia baru nak posting, guru jugak. Masa i gi cuma mak sedara dan suami nye je yang ada kat rumah...my cousin dah gi honeymoon.  Walau pun dah lebih seminggu majlisnya i masih dapat jajan ke apa heh orang panggil, dapat 3 bungkus ole2. Oleh kerana diri ini masih belum kawen...i tanya la brp kos jajan ni semua...dalam rm1000 gak...huhu. Mak sedara i, tunjukkan bilik yang katil ngan almari kayu tempah sendiri tak ingatla pulak brp...tapi ribu gakla. cANtik gak kaler coklat. Lupa lak nak snap picture. Baju nikah pulak kos jahit dalam rm1000 ke kalau tak silap, kain beli kat indon warna cream...tudung pun tempah gak penuh dengan mutiara ke manik lupa lak...pun cantik gak. Adoii banyak nak pakai duit kwen kan?..My cousin untung...ayah dia pesara guru besar, mak dia (mak sedara i) pulak pesara staffnurse tapi sekarang still keje part time jadi bidan, bila on call dia gi bila diperlukan. Jadi semuanya pakai duit mak ayah...kenduri ke apa semua...sebab parent mampu dan berduit. Jika i kawen..memang kena pakai duit sendirila...sebab family i bukan orang senang.


Petang tu dapat berita sedara belah mak kat machang meninggal. Oleh kerana kami tiada kenderaan tak dapatla gi...walaupun mak i nak gi dengan bas, aku ok je...cuma mak aku lupa the exact jalan rumah kat mana...so sebelum sesat kat situ nak tak nak kena tunggu my bro balik kampung dulu..dia ada kereta dan ingat rumah kat mana. My bro balik ari Selasa.

Hari Rabu kami gi le kat machang tu...lama dah aku tak jejak ke sini...dulu masa kakak bonda meninggal  tahun lepas pun aku tak gi sebab masa dia xde tu bukan time cuti sekolah so aku x balik. Yang menyambut kedatangan kami anak sedara bonda. Kira sepupu aku la kan...umur dah 50an dah, last aku jumpa ngan dia rasanya 9 tahun lepas...huhu. Arwah meninggal kerana penyakit kurang gula, hypoglygomia ke ape rasanya...meninggal secara mengejut, xde sakit sebelum ini. Arwah ni istimewa..jadi semoga arwah ditempatkan di syurga sana..amin.




Semasa dalam perjalanan balik ke pasir mas...tiba2 langit gelap macam nak ribut...mengenangkan kami belum solat asar jadi abang aku cadangkan kami berhenti solat dulu samping tunggu hujan dengan kilat berhenti. Kami berhenti solat kat tanah merah rasanya. Lepas dah ok, kami meneruskan perjalanan dan otw tu kami nampak ada pokok besar yang tercabut sampai ke akar tumbang kat tepi jalan.

.

Hari  Khamis tu aku gi bandar pasir mas lagi...tujuan untuk bawa mak gi tabung haji dan beli kain untuk raya...padahal dah tempah sepasang hari tu surelah x cukupkan, i gi beli dalam 2 pasang lagi kain dan lepas tu terus gi tempah. Mula2 tu nak gi bandar KB tapi bila pikir kos transport rm50 aku cancelkan sebab bonda kata duit tu leh beli sepasang kain. Yang penting objektif tercapai..hehe tak kisahla beli kat mana pun kan.

Jumaat x gi mana2 just lepak2 kat rumah sambil tolong anak2 buah wat keje rumah.

Sabtu i dah balik kl...k bai





Sunday 1 June 2014

Tips Kecantikan dan kesihatan


Hehe...macam xleh blah tajuk entry kali ni...iyer saya sedor saya xde la cantik mana tapi saya teringin nak share apa yang saya amalkan sekarang ni...

Iyer, saya dah lama amalkan makan madu khaula, sejak tahun 2006 lagi...semuanlanya kerana dulu menghidapi migrain dan gastrik yang teruk...2 tahun jugakla tak makan ais, teh, nescafe dan benda2 berangin...saya memang pantang betul...lepas tu memang saya jadi sihat, berat badan pun dah naik sikit...alhamdulillah saya sihat.
 

Tetapi baru2 inikan aku jatuh sakit...so nak dapatkan badan yang sihat walafiat macam dulu memang macam2 benda aku telan dan ambik masa...dalam sebulan tu asyik makan ubat moden aka drugs di bawah nasihat doktor. Lepas tu aku berubat rawatan islam, berurut dan macam2 lagila...sebulan gakla rawatan macam ni..



Masuk bulan ke tiga sekarang ni aku makan macam2 suplement...selain madu, aku juga makan royal jelly, susu kambing higoat dan juga buah kurma...yang sekarang ni aku wajibkan pada diri kena makan setiap hari. Memang aku tak minum susu, pertamanya aku kan gastrik, tak leh nak minum susu tepung biasa...sebab perut jadi kembung...tetiba aku terbaca kat internet cuma susu kambing je orang gastrik boleh minum sebab alkaline...so terus aku beli ngan kwn kat skolah...dia ahli dapatla rm28 sekotak. Selain itu susu kambing ni kandungan protein tinggi...jadi sesuaila ngan aku...kulit aku banyak bintik2...harap2 dptla kulit yang lebih sihat dan cantik lepas ni...Susu kambing ni dalam bentuk serbuk, sebelum tido bancuh dengan air suam then minum, tido...kerana penyerapan khasiat lebih baik semasa tido.

Royal jelly pulak aku amalkan ambik sesudu sebelum sarapan pagi...banyak sangat khasiatnya..40 kali lebih mujarab dari madu...mengandungi banyak vitamin dan juga kolagen. Royal jelly merupakan makanan untuk ratu lebah, sebab ratu lebah ni bertelur ribuan biji sehari jadi royal jelly juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi subur dan awet muda....jadi harap2 aku pun mendapat khasiat daripadanya...hehe. Royal jelly ni aku beli kat internet je...macam bagus jugakla, lepas makan terus sendawa keluar angin dari badan. RM53 je...dia poskan dlm tumbler kat atas.

Kurma pun ada banyak khasiat...sekarang ni kalau tengah drive gi sekolah...mulut aku akan mengunyah kurma untuk mendapatkan tenaga segera...Before tu aku makan kurma ajwa...setiap hari makan 7 biji masa driving pagi2 gi sekolah...oleh kerana dah abis, aku makan kurma biasa je..Kurma ni aku beli ngn cikgu kat sekolah je....kebetulan family dia wat pakej umrah..selalu dpat stok kurma dari sana.

Last but not least pic masa sambutan last day before cuti sekolah...tchers day...glowing tak muka i sekarang?..hehe tapi pic jauh je la...nak snap dekat lom berani lagi sebab muka ada bintik2 ngn jeragat...ye la susu kambing ngn royal jelly baru seminggu mkn masa ni...


Adios...i balik rabu kelantan, yeyey..