Sunday 14 October 2018

Pantai Bagan Lalang

Assalamualaikum my blog, dah banyak bulan tak mengupdate, semuanya kerana faktor kesibukkan yang melampau plus xde kerajinan...sekarang ni budak dah habis PT3 jadi baru la ada masa sikit nak pikir benda lain dalam kepala. Kalau x asyik pikir pasal student ngan PT3 jer..namun begitu i masih ada tanggungjawab lain untuk menanda kertas PT3. Next week baru la bermula mesyuarat untuk penandaan kertas, then i akan sibuk balik dengan menanda kertas PT3 my students. Harapan i mestila nak mereka dapat score markah yang tinggi...harap begitu la.

Jadi minggu ni i lari sekejap pergi ke Bagan Lalang, untuk release tension dan reward myself untuk bercuti. Bagan Lalang ni kalau dari rumah i dalam 90km jarak perjalanan. Kebetulan suami cuti so kami decide tido kat sana semalam. Kami book hotel Seri Malaysia RM112 semalam termasuk breakfast untuk 2 orang. Hotel ni 3 stars. Murah kan? Seingat i, i penah datang cni untuk kursus under kementerian tapi dah lupa tahun berapa sebab dah lama sangat. Masa check Agoda, i tengok lebih murah dari Booking.com so i book kat Agoda jer.


Hari pertama

Kami bertolak petang Jumaat lepas i balik sekolah, kemas barang sikit2 then bertolak dari rumah dalam pukul 3 petang macam tu. Lebih kurang pukul 5 petang kami sampai kat hotel...jadi lambat sikit perjalanan sebab jalan hujan. Lepas check in terus masuk bilik hotel dan siap2 untuk solat Asar pula. Bilik ok la standard untuk 3 bintang, tapi bagi kami dah cukup selesa.

Dalam pukul 5.40 petang macam tu kami pun keluar jalan-jalan cari makan sebab perut dah lapar sangat cuma makan pagi kat sekolah je td. Tempat pilihan kami tentu la restoren seafood senandung malam. Dari minggu lepas dok terliur nak makan seafood sebab baca review ramai kata best makan kat cni plus harga nya berpatutan. Kami sengaja gi awal makan kat cni sebab tengok review elakkan pergi time lepas pukul 7 malam, kalau tak merasa la beratur panjang dan makn yang diorder lambat sampai.

so kami ambik ketam 2 ekor masak cili, sekor sotong saiz besar goreng tepung, udang goreng butter dalam 5-6 ekor, kerang bakar 500g, kailan ikan masin, nasiputih 2 dan air. Tunggu dorang masak tak lama mana pun dalam setengah jam dah siap. So overall seafood fresh kecuali ketam kurang fresh sikit...yang lain sedap. Semua sekali  habis makan kat cni RM105. Mahal tak? I rasa x kot sebab saiz seafood semua besar. Next time kami nak repeat lagi.



Lepas dah kenyang terus balik bilik hotel. Malam tu suami ingat nak mandi kolam tapi kolam tutup so jom la kita berhibernasi je kat bilik.


Hari kedua

Esoknya lepas solat subuh terus siap2 gi breakfast. Waktu breakfast 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Masa pegi makan tak ramai orang agaknya sebab awal pagi sangat. Menu yang ada nasik goreng, mi goreng, roti, cucur, kue tiaw sup, buah tembikai dan minuman panas. Menu x banyak sangat tapi kira ok la kan untuk taraf hotel ni. Lepas da isi perut suami nak mandi kolam, so teman dia mandi. I x mandi macam biasa dok tepi kolam. Kolam x besar mana, tapi boleh la nak lepas gian mandi kolam. Kanak-kanak dan budak2 lain ramai, so sejam je lepak kat ctu lepas tu terus balik bilik.

Dalam pukul 10 pagi macam tu kami siap2 dan kemas apa yang patut then check out hotel. So pagi ni kami plan nak ambik pic kat pantai bagan lalang...sebelum tu sempat lagi bergambar depan hotel.



 Pantai ni lebih kurang 10 minit drive, pantai ni nak kata cantik, tak pun...plus kurang bersih tapi tengok ade je orang berkhemah dan berpiknik kat tepi pantai. Tapi kalau nak dengar desiran ombak dan tengok sunset boleh je datang cni. Sebenarnya kat cni ada avani goldcoast sepang 5 bintang tapi rega nya sangat mahal kalau weekend kena prepare RM600++ untuk semalam. Im not sure if berbaloi ke tak kalau nak tdo cni...tapi kalau banyak duit dan nak reward diri sendiri tak salah rasanya...









Lepas dah menghabiskan masa lebih kurang sejam kat ctu, kami decide nak gi makan sate kajang samuri kat bangi. Jarak lebih kurang 45km dari bagan lalang. Otw nak gi sana suami singgah jap beli buah dragon fruit kat tepi jalan, sebiji RM8...beli 2 biji je saje nak try manis ke tidak. Saiz besar jugak la besar cuma kurang manis.



Sampai kat Bangi rasa terkejut sakan, betapa membangun nya bandar Bangi ni...tetiba teringat zaman study kat UKM dulu tak macam ni...masa sampai tu cuba recall balik jalan2 kat cni tapi dah banyak yang berubah. Masa tu tengah lapar, otak pun x dapat nak proses memori lama so baik makan sate dulu. Kami makan sate kat sate samuri bangi, dulu2 biasa makan sate samuri kat kajang. Order sate ayam 10 cucuk, daging 10 cucuk dan kambing 5 cucuk. Bila rasa kuah sate masih rasa seperti dulu...sedap sangat.




Lepas dah siap makan, kami pun nak gi jalan-jalan kat UKM, oleh kerana aku dah lupa jalan nak gi sana so waze je la. Masa otw tu i lalu kat kawasan rumah flat yang i duduk dulu...masih ada cuma dah cat warna....begitu juga dengan rumah teres yang sempat i duduk setahun masih ada kat ctu. Teringat balik semua kenangan lama tunggu bas kilang nak gi keje...masa umur awal 20an dulu. Masa kat roundabout tu pun rasa pelik jugak ada trafik light...dulu xde pun, semua dah berubah kan.

Masa sampai kat gerbang UKM dah nampak dectar kat sebelah kiri dan masjid di sebelah kanan. Teringat nostalgia dulu2 konvo kat cni...Lepas tu suami drive masuk dalam ukm, jalan masih sehala, bangunan fakulti pun masih x berubah. Kedudukan fakulti pun masih masih sama x berubah juga. Perpustakaan TSL pun masih tersergam, bangunan batu bata merah masih seperti dulu...masih old skool. Nostalgia study di sini mengimbau kembali, rasa rindu pula pada kawan-kawan yang penah baik dengan ku....susah senang belajar, makan bercatu semua masih ingat. Tapi i x turun pun cuma ronda-ronda je...cuma ambik gambar kat kolej Rahim Kajai...duduk kat cni masa tahun 1, kafe masih x berubah....



Lepas dah bergambar kat cni, kami pun balik ke rumah...