Wednesday 25 February 2015

Bantuan Banjir Kepada Pondok Kelantan Amat Diperlukan

Salam...tadi google terjumpa ini...share dari sebuah blog

 

Secara keseluruhannya banjir telah melanda seluruh negeri Kelantan, Banyak kediaman dan segalanya musnah dilanda  banjir serta  mengobankan banyak  kehidupan. Banjir pada kali ini amat mengejutkan banyak pihak ada yang tidak menyangka   keadaannya luar biasa sama sekali.
Sekolah , rumah , ternakan semuanya tengelam sama sekali . Hal ini tidak terkecuali dengan sekolah sekolah pondok yang ada di sekitar negeri Kelantan. Bantuan pemulihan diperlukan segera untuk sekolah sekolah pondok ini.

Diantara sekolah sekolah pondok yang terjejas banjir  dan memerlukan bantuan ialah.
Masih banyak bantuan terutama dalam membina dan baik pulih pondok dan asrama di pondok-pondok Kelantan serta pembelian kitab yang teruk dilanda banjir baru-baru ini terutama
  1. Pondok Sg Durian, 0199441881/019-9569101
  2. Pondok Lubuk Tapah, 0139754428/0193541203
  3. Pondok Kg Neting,0135867789
  4. Pondok Gelang Mas,0199165134/0145145943
  5. Pondok Lubuk Setol, 0199578612/0199559753
  6. Pondok Tunjung, 0199859887
  7. Pondok Bukit Gading , 0199272388
  8. Pondok Kg Berangan, 0109261468
Sebarang bantuan boleh hubungi pondok2 tersebut (alamat dlm blog epondok.wordpress.com) atau boleh salur melalui tabung di bawah
Tabung Kebajikan & Pendidikan PPPB
Sesiapa yang ingin menghulurkan sebarang bantuan maka bolehlah menggunakan akaun berikut :
Pusat Pembangunan Pondok Bhd (Kebajikan)
No Akaun : BIMB 03018010058294 – cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu

” Dikecualikan cukai pendapatan menurut seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967″
 Justeru itu, amat lah diharapkan agar pihak swasta , persendirian serta agensi kerajaan agar dapat membantu menyumbang  untuk pemulihan segera  sekolah sekolah pondok seluruh negeri Kelantan ini.
Semoga dengan sumbangan tersebut akan  dapat pelajar pondok meneruskan pengajian mereka dan seterusnya menjadi pelapis kepada kepimpinan masa akan datang

Sunday 15 February 2015

Kelebihan Solat Tahajud

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
 
 
 CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Lafaz Niat Solat Hajat :
ُاصَلِّي سُنَّة التَهَجُّد رَكعَتَينِ ِللهِ تَعَالَي
Maksudnya : Sahaja aku Solat Sunat tahjjud dua rakaat kerana Allah Taala
1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali atau mana-mana surah
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
2. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir
3. Memberi Salam
4. Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll
 

Sunday 8 February 2015

Tgi Fridays and suamiku mr perfect 10

Actly 2 minggu lepas gi tgk movie ni...kebetulan ari sabtu tu skolah so after skol gi la wangsa walk...kwn2 ajak tgk movie suamiku mr perfect 10...aku ok je

Sebelum tu gi mkn dulu...kat skolah pagi mkn mihun je sure la lapar dah pkl 2 kan...pilih punya pilih teringin lak nak mkn kat tgi friday ni..yer i tau rega nya mahal...tapi dah teringin kan, so layankan saja..

 
Tempatnya cosy, selesa dan sesuai bangat kalau nak dating kat cni...xde gangguan langsung...
masa tengok menu, cari rega yang affordable to me...mostly burger yg murah sket..tapi i x suker sangat...so i pilih food kat bawah ni...sizzling chicken+seafood... sedap dan portion nyer banyak...boleh share 2 org..Walau pun mahal tapi i rasa berbaloi je makan kat ni...sekali sekala treat myself lepas penat keja..x salah kan?

my friend's food chicken+mushroom burger..sedap ayam nye juicy
banana milkshake
mine...sizzling cheese seafood+chicken, sedap :))
Lepas tu kami tengok movie perfect 10...i x minat aaron aziz...biasa2 je...tapi i suka sangat tengok lisa surihani dalam filem ni...comel bangat, cuma for me citer ni banyak tonjolkan life yg x bermoral org zaman sekarang...nak tau apa gi le tengok sendiri..


overall i bagi 3 stars je...hehe okla kan...