Sunday 26 February 2012

7 sunnah nabi yang patut diamalkan

 Dapat dari hasil google...saja nak share kat sini, amalan 1(dah lama x buat), 2 (kadang2), 3 (x buat), 4(x buat), 5 (rahsia), 6, 7(selalu jugak)

1. Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

2. Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari
Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita.

3. Jangan Tinggalkan Masjid
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala.

4. Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir.

5. Jaga Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah.

6. Jaga Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
“Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”

Saturday 25 February 2012

Bukankah aku OST pelangi kasih

Suka lagu ni.....jom dengar :)))

Kerja hari sabtu

Hari ini pagi-pagi dah dapat sms dan misscalled dari my PK Koko...huhu...aku bangun agak lewat, 6.30 pagi...tengah-tengah bersiap baru perasan ada misscalled, masa tu lagi 5 min ke pukul 7 pagi...janji dengan PK pukul 7 kat sekolah...huhu bayangkan jarak 9 km....rasanya dalam 15 min baru sampai sekolah. So aku mesti lewat sampai...tapi bila baca sms agak lega...'tak payah datang sekolah, datang rumah akak terus...parking kereta kat sini, 7.15 bertolak...Yess!!! Nampaknya aku tak lewat.

Rumah my PK kat Taman Permata jer...so dalam 10 minit kot dah sampai depan rumah. Masa dalam kereta, husband PK yang bawak kereta. Aku sebenarnya sangat segan nak tumpang...mula-mula tu ingat PK yang drive tapi dia tak sempat nak survey jalan, so husband dia yang antar. Masa otw ke tempat seminar tadi...aku perasan kereta PK dengan sebuah kereta lain hampir bergesel kat selekoh. So aku agak terkejut...dan mak cik telah menjerit....adoiii malunya. Nani....malunyer den, lepas ni kena kunci mulut la time drive. Aku rasa inila yang pertama dan terakhir aku naik kereta PK kalau husband dia drive. Malu sangat....help!!!

Kitorang lar orang first yang sampai kat tempat seminar dalam 7.45 pagi...urusetia pendaftaran pun tak sampai lagi...so berlegar-legarla kat luar dewan tu. Pukul 8 macam tu...barula sampai cikgu-cikgu lain yang semuanya PK.....so makcik tak de kawan...huhu. Aku tak reti nak sembang dengan PK lain, jadi senyap jer la. Pukul 8.15 macam tu baru breakfast ready so kitorang makan dulu. Tengah makan-makan ternampak kawan , kak T, cuma sempat lambai-lambai jer.

Lepas makan baru mendaftar...seminar mula pukul 9 pagi. Slot yang pertama agak santai...macam maklumat biasa jer, penceramah cerita zaman dia dulu2 macamana sehinggala dia berjaya sekarang. Dia pun bekas guru juga. Dahulu dia dok Kuala Lipis ...pergi sekolah naik keretapi, sampai sekolah pukul 10 pagi...sampai rumah pukul 12 malam...huhu...tak dapat bayangkan.

Sementara tunggu slot  ke 2 berbalas sms dengan kawan kat sekolah..kan ada meeting pibg so nak jugak tahu sapa yang jadi ajk pibg....syukur alhamdulillah aku tak dipilih...hehe...bagila orang lain pulak merasa buat kerja pibg. Pahtu ambik gambar dalam bilik seminar. Penuhkan dewan dengan cikgu-cikgu...hehe...walaupun sampai awal...kitorang dok kat belakang, yang sampai lewat merungut 'kenapa yang datang awal ni tak nak dok depan...' hehe...macam kelakar jer orang tu merungut sebab terpaksa dok depan...

Snap lagi...hehe..mesti korang dapat agak seminar pasal apa....


Lepas tu slot ke 2 pula, penceramah ini suara kuat sangat...jadi aku tak de la mengantuk, so dapat la salin sikit nota...Bagi aku slot yang ke 2 lebih menarik dan dapat ilmu sikit. yang first tu terlalu common...Dalam pukul 12.30 macam tu abis...Pahtu balik....

Friday 17 February 2012

Kelebihan al-mathurat

Salam...nak share pasal al-mathurat. Sebenarnya ku baru je mengamalkan al-mathurat ni...selepas seorang guru senior yang baik hati menyuruhku mengamalkannya. Melihat penampilan dirinya yang sangat sopan, tutur kata yang baik dan sangat berperibadi mulia yang boleh dicontohi oleh sesiapa saja. Jarang aku memuji orang tau...katanya dia mengamalkan sejak zaman universiti lagi. Selama ini kadang-kadang jer aku baca....tapi al-mathurat ni perlu dibaca 2 kali sehari selepas solat subuh dan asar. Setakat ini aku hanya sempat baca lepas asar saja...waktu subuh tak sempat....tapi akan ku cuba juga...insyaAllah....Jom kawan-kawan kita amalkan membaca al-mathurat ini...antara kelebihannya hasil dari google...

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Timbunan kerja

Salam...rasa macam dah lama tak meluah perasaan kat blog ini, setakat ini yang hanya tahu kewujudan blog ini hanyalah mrs B. Kawan-kawan kat sekolah tak tahu....hari tu ada la bagitau ada blog cuma tak cakap nama blog apa...haha...sama jer la macam tak cakap. Kemudian ada la kawan-kawan lama dolu2 ex-mrsm pun tak bagitau...haha...entah kenapa rasa macam segan pulak nak link...blog diorang cantik2 dan banyak cerita menarik.

Panjang lak mukadimah ni...dalam seminggu ni mood memang kejap ok...kejap down....kejap gembira...kejap rasa nak marah...kejap bengang...tak puas hati...haha..nampak sangat mood yang tak stable. Semuanya kerana kerja yang baaaaaaaaaaanyakkkkkkkk kat sekolah. Sapa-sapa yang kata cikgu rileks tak ada kerja tu memang salah besor jawapan korang. Cuba jadi cikgu seminggu...sure korang tak mampu nak harung walau sehari pun. Aku paling bengang kalau orang kata jadi cikgu best, kerja separuh hari, cuti banyak....silap besor le korang....

Untuk bulan Februari saja aku ada dua majlis yang perlu diuruskan...iaitu majlis pelantikan pengerusi kokurikulum (dah lepas) dan majlis pelantikan ketua dan penolong tingkatan yang akan berlangsung isnin hadapan. Dalam minggu ini juga aku telah menghadiri taklimat merentas desa peringkat kebangsaan...sebenarnya aku cuma mewakili su sukan yang tiada di sekolah kerana membawa pelajar olahraga bertanding. Itu pun secara tiba-tiba. Memang tak suka. Lepas habis kelas pagi...pergi ke kantin. Lepas makan tengok ada misscall dari ofis. Rupanya kena gi taklimat. Masa tu dah pukul 10.30 pagi, taklimat pukul 1.00 tengahari...really hate situation like this. Habis burn kelas pukul 12.00 - 1.10 tengahari. Terpaksa utamakan taklimat itu. Namun apakan daya...aku cuma menurut perintah my PK Koko...katanya aku sebagai su koko kena la menghadiri taklimat itu...

Pasal majlis lantikan ketua dan penolong tingkatan pula...cuma aku seorang terkongtan kangtin membuat kerja. Guru yang seorang lagi masih belum datang ke atau cuti bersalin pun tak pasti. Guru baru. Kata PK Hem 27 hb feb baru datang...hmmm...masa tu majlis lantikan pun dah berlangsung...Pagi tadi baru agihkan senarai AJK untuk majlis dan penyediaan watikah pelantikan untuk seramai 60 orang dalam proses. Tanda nama untuk ketua dan penolong dah siap. Jumaat depan ada raptai untuk majlis pelantikan ini.

Pada masa yang sama aku perlu mengajar ya kawan-kawan. Kelas yang ku ajar form 5. Pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Kelas yang ku ajar bukan kelas pandai...jadi faham-fahamla macamana tahap pelajar tu. Selain itu aku juga ada kelas tambahan...minggu ni saja dua kali giliran ku mengajar. Lepas mengajar kena buat laporan bertulis kepada PK sebagai bukti mengajar kelas tambahan.

Dalam masa yang sama my PK suruh aku mengisi borang untuk menanda kertas SPM...tapi aku belum buat keputusan. Hari isnin hantar borang jawapan.

Hari ni sepatutnya janji ngan budak-budak nak suruh dorang wat papan kenyataan kat bilik koko...tapi aku tak sempat nak menyuruh cleaner tolong bersihkan dulu bilik tu. Asalnya bilik su peperiksaan...jadi masih ada barang-barang dorang dalam tu...Jadi nak tak nak, minggu depan memang kena uruskan bilik tu...my pk koko dah 2 kali suruh pindahkan barang-barang koko...harap sangat minggu depan my objektif tercapai.

Papan kenyataan koko kat laluan ke kantin....pun belum siap, hari tu aku dah buat tapi tak cantik...so nak touch up balik pun tak sempat lagi. Waaa banyak nya keja!!!

Hari Sabtu hadapan ada mesyuarat PIBG...harap sangat aku tidak dilantik untuk jadi AJK atau pegang apa-apa jawatan dalam tu sebab aku dah penah ada jawatan dulu...harap mereka akan lantik cikgu lain...

Banyaknya beban kerja yang perlu hadap awal tahun ini...harap-harap semua kerja ku beres dan dapat dilaksanakan dengan baik. Aku dah berazam untuk buat yang terbaik dalam setiap kerja yang ku lakukan.

Tuesday 7 February 2012

Resipi bihun goreng

Salam...muncul lagi untuk ke sekian kalinya....hari ni nak letak resipi bihun goreng lak...wah lama benar tak masak bihun ni rasa macam dah bertahun. Almaklumlah biasa makan kat kantin sekolah jer jadi keinginan nak masak sendiri itu kurang...tapi entah kenapa sejak dua hari lepas keinginan nak makan bihun goreng meluap-luap. So apa lagi pergi cari bahan masak and then google resepi kat internet. Aku ni memang cerewet sikit...walaupun nak masak benda simple suka wat rujukan dulu, biasa aku survey beberapa resipi dulu then baru aku pilih yang aku rasa boleh menepati citarasa aku. Dan hasilnya tak mengecewakan, sedap dan ringkas. Aku paling tak suka letak tauge, tauhu dan fishball...jadi benda-benda ni memang aku tak letak. Ikut selera masing-masing la kan.


Bahan-bahan
1/2 paket bihun 
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
5 keping cili kering *
segenggam ikan bilis
udang sederhana 10 ekor (tak letak pun xper)
telur 2 biji
sayur sawi

Cara memasak :
1. Kisar semua bahan bertanda * dan ikan bilis berasingan.
2. Panaskan minyak dan goreng telur secara hancur. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan bilis kisar.
4. Masukkan udang, sos tiram, sos cili, garam, gula dan bahan perasa. Setelah berapa ketika masukkan sayur.
5. Masukkan bihun dah telur yan digoreng tadi. Setelah masak, hidangkan.

Khasiat madu

Salam semua...masih lagi dalam mood bercuti, esok dah kena kerja...so time yang ada ni aku nak menceritakan tentang khasiat madu. Aku menjadi pelanggan tetap madu khaula. Setiap hari aku minum sesudu yang dilarutkan terlebih dahulu dengan air sejuk and then minum. Rutin ini aku buat waktu pagi sebelum pergi ke sekolah. Punca aku mengambil madu, dahulu aku selalu mengalami sakit kepala yang sangat teruk sehingga muntah-muntah. Panadol biasa tidak memadai untuk menghilangkan sakit kepala. Tiba-tiba aku ternampak iklan berkenaan madu khaula, dan terus aku membelinya. Aku mula mengamalkan minum madu sejak 2007. Hasilnya aku sudah jarang kena sakit kepala, selsema dan juga batuk...alhamdulillah.

Inilah madu khaula yang aku amalkan, harga rm70. Ada dua jenis madu khaula, yang ini takde sarang yang satu lagi ada sarang rm75. Aku suka madu yang takde sarang senang nak consume, tapi bagi mereka yang ada asma atau lelah elok ambik yang ada sarang...sebab kena kunyah sarang tu semasa minum.

Antara khasiat madu, ini yang aku ambil dari google...sila baca yer kawan-kawan, penting ni...


 Fungsi Madu Dan Peranannya.
  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
                       
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
           
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
           

"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakin'

 SAPULAH MADU JIKA ANDA

    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
    dan luka terlindung dari kuman.
    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
    lain-lain.
    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.


KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    4. Mengelak dari kembung perut bayi.
                       

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


CARA MENGGUNAKAN MADU:
Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh madu 2 kali sehari

Monday 6 February 2012

Kerja Hari Cuti

Salam semua...macamana cuti 4 hari? Korang gi mana? Aku dok rumah jer huhu...kalau keluar pun dekat-dekat jer...contohnya gi kedai runcit beli barang dapur. Punya la bosan kan kehidupan ku ini...bilala nak ada pasangan soulmate ni huhu... Bila time cam ni, mula la ingat kat my mak di kampung dan juga anak-anak buah...rasa macam nak balik jer...tapi tau je la ari tu dah balik CNY, duit dah takde so kena la sabar sket tunggu bulan Mac ni...cuti seminggu lagi untuk balik kampung yeahuuu....

Apa pun dok kat rumah bukan dok melepak jer...time ni la nak mengemas ye tak? Dah sebulan kot tak kemas betul-betul...biasa2 dok sapu, basuh kain, lipat kain, iron baju, buang sampah...pahtu bila nak mengemop, buang sawang, lap permukaan meja, kerusi, sofa, perabot lain-lain....Masa ni ler kena wat, tu belum basuh bilik air, tukar cadar...hmm banyak nyer kerja rumah ni kan? Macamana la surirumah tu boleh adapt ngan benda macam ni tiap hari. Aku boleh wat benda ni tapi ikut tahap kerajinan...paling tak suka lap kipas sebab kena panjat huhu...Dah rasa macam jadi bibik lak...tapi bibik cute

Kerja lain yang kena buat adalah taip minit mesyuarat kokurikulum dan soalan ujian kemajuan 1 kertas sains form 4 yang belum siap lagi...my PK dah tanya since last week so tadi dah half way type...harap-harap dapat ler siap today. Memang tak suka taip minit ni sebab aku memang lemah dalam tatabahasa BM ni...apa pun lepas siap tunjuk kat PK dulu...jika dah approve baru tunjuk kat guru BM betulkan ayat dan tatabahasa...ke terbalik?? Dah setahun lebih tak wat minit ni...dah lupa. Tetiba feeling jadik secreatary opis lak...hehe


Lagi satu time cuti macam ni ler dapur baru berasap...sekarang ni memang aku dah avoid beli nasi atau makanan kat gerai-gerai sebab dah serik jatuh sakit hari tu...masak sendiri lagi jimat, bersih dan sedap.. puji diri sendiri...so hari ni menu nya ketam masak lemak cilipadi...so ini la pic nyer....resepi boleh refer kat page sebelumnyer...tak reti nak link cemana, tapi ketam nyer kecik-kecik...tak best sangat, nak kena cari yang besar sket lepas ni baru best nak masak dan makan...ok la pembaca, selamat bercuti dengan jayanya...as-salam