Saturday 31 March 2012

Kerja di bulan April

Sepanjang minggu ini aku datang awal
isnin-rabu jam 6.30 am dah gerak gi sekolah
sampai 6.50 am...ofis pun belum bukak lagi
khamis-jum 6.40 am keluar sampai 7.10 am
Minggu depan aku nak keluar 6.30 am lagi

Bulan April ini aku akan bekerja pada setiap hari Sabtu (waaa x bestnyer!!!)
Berangan nak balik kampung sekejap...nampaknya x boleh
Kemudian aku juga terlibat untuk beberapa majlis dan pertandingan
Terlibat dengan pertandingan silat peringkat negeri (sbg naib su)
Terlibat dengan pertandingan MTQ peringkat negeri (ajk)
Terlibat dengan majlis anugerah cemerlang pelajar (ajk)
Terlibat dengan minggu akademik - uruskan pameran makmal sains

Kelas tambahan setiap isnin/selasa
Latihan rumah sukan setiap petang selasa 
peka sains spm - mula minggu depan
kerja yang wajib buat setiap hari mengajar
kena buat buku rekod dan preparation untuk pnp (eksperimen)

Key in markah utk 5 kelas untuk ujian 1 dalam SAPS - done
Observed pnp oleh PK 1 -done

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku kat sekolah /sekeliling
tapi malas nak pikir
baik buat tak tau jer
pikir pun buat serabut otak

aku ada banyak keja yang nak kena buat
jadi nak pikir pasal kerja sahaja
Benda-benda lain aku tak nak layan
Ok tu jer nak bagitau

Friday 23 March 2012

Lewat lewat lewat

Minggu ini sangat busy dan memenatkan...
Hari isnin keluar 6.45 am sampai 7.20 am
Hari selasa keluar 6.50 am sampai 7.50 am
Hari Rabu keluar 6.50 sampai 7.30 am
Hari Khamis keluar 6.55 am sampai 7.35 am
Hari ini keluar 6.50 sampai 7.29 am

Minggu ini 4 kali aku lewat...
Lewat dikira selepas 7.20 am
Tapi ikutkan waktu kerja 7.30 am...hmm
Tapi paling teruk traffic jammed hari selasa
sebab ada accident kat mrr2
sampai sekolah pengetua dah tunggu kat depan ofis tanya kenapa lewat
Kalau pelajar mesti dah kena denda....huhu
Ingatkan aku yang paling lewat sampai
Rupanya kak wahida lagi lewat sampai
Kerana sebab yang sama hoho...

Ikutkan jarak hanya 9 km dari rumah ke sekolah
Kalau tak jam tak sampai 15 minit pun
Membazir petrol dan masa kerana jem

Kena ubah sikap yang buruk ini
Tak nak dicop kaki lewat
oleh mereka yang busy body kat sekolah

Mulai minggu depan kena keluar 6.30 am
Kena mula balik sikap mulia datang awal ke sekolah

Monday 19 March 2012

Yang Comel

Salam...saja nak share gambar anak buah kat sini. Comel tak yang kat bawah ni? Umur baru 11 bulan...abaikan rumah yang buruk tu serta bersepah tu yer...





Susah nak ambik pic dia ni...tak dok diam....maklumlah baru boleh berdiri jatuh



Lupa nak perkenalkan...nama Zaim Solihin :)))


Ini pic kakak dia pulak...nama Balqis umur 5 tahun...abaikan dia yang sexy itu...hehe


pose manja dari kakak balqis aka along...


Mana pulak pic angah??? haha...angah bad mood tak nak ambik gambar...
menangis lepas bangun tido petang. Mereka ini anak-anak abang aku yang ke tiga menetap di Dungun

Rindu kat wajah2 comel ini


Saturday 17 March 2012

Jalan-jalan di Kota Bharu

Hari tu masa balik kampung macam biasa aku ajak mak aku gi jenjalan kat KB, tujuannya adalah untuk membeli belah dan makan nasi sup. Mak aku pun suka sangat...maklumlah asyik dok kat rumah jer.
 
Ini gambar kat dalam Pasar Siti Khadijah, macam biasalah aku suka datang ke sini membeli stok kain untuk dijahit...lupa pulak nak snap gambar, tak banyak pun beli cuma 3 pasang jer... :))). Lepas tu terus gi tempah kat Sherly my tailor kat Pasir Mas. My mak pun beli jugak...menambahkan stok kain yang dia ada.

Sekarang ni trend tudung bawal dua tone (warna sama cuma dua tone warna gelap dan cerah)...aku dah ada warna pink, orange, purple...harga rm20 masa kat Kota Bharu, kat Pasir Mas harga rm25. Maybe beza dari segi batu yang terletak kot.
Selepas penat membeli kain dan tudung, kami pergi makan nasi sup kat dalam pasar tu, entah macamana sup tak berapa best...mungkin aku silap kedai kot...huhu tapi makan je la. Kemudian aku beli kuih tradisional Kelantan buah tanjung...penah makan tak? Rasa dia manis jer...kuih ni bahan dia kuning telur dan gula. 

Kemudian beli laksa Kelantan jugak...tapi sebab makan dah agak lewat, rasa dia dah tak berapa ok...tapi rasa dia biasanya memang sedaplah...Esoknya aku pergi lagi cari laksa kat Pasir Mas...yang itu lagi terbaik.


Dah itu jer ceritanya.........tak de idea dah nak bebel...as-salam.

Saturday 10 March 2012

Balik kampung

Mood happy...jap lagi nak balik kampung... my flight at 1 pm
Semalam duty untuk kem kepimpinan koko 4pm-8pm - done
next week on tuesday, cat bilik koko...dah tinggal pesan kat mereka yang berkenaan..
so maybe i will be back on thursday
friday  nak kena gi sekolah lagi...huhu...siapkan papan kenyataan sebab ada pemantau nak datang lepas cuti
kerja banyak tak siap ...
kena tukar tarikh tiket flight...suppose my flight sabtu...
Kertas periksa form 5 dua kelas abih tanda - done
another 3 classes belum lagi, baru exam semalam...

so tinggal semua kerja tak siap
aku nak bercuti...malas nak pikir2
selamat tinggal kl
yeahuuuuuu balik kampung....jumpa my bonda
Selamat bercuti kepada yang bercuti...
yang tak bercuti...teruskan usaha anda berkerja dengan gigih..hehe
as-salam...