Monday 17 December 2018

Our new house

Rumah ni akan jadi tempat tinggal kami. Harap sangat dapat tukar ke penang tak lama lg.

Masa kami balik cuma sempat buat tinted rumah, basuh rumah dan cari kedai untuk buat grill satu rumah. Yer la, sebelum decide mana-mana kontraktor, kami buat pemilihan dulu, panggil beberapa kontraktor datang ke rumah dan buat quotation. Semua nya i ngn suami google kat web. Faktor utama pemilihan mestilah harga yang berpatutan dan kualiti kerja. Untuk tinted hasil kerja agak baik, yang grill belum siap, baru nak mulakan kerja...dalam sebulan jugak rumah baru siap buat grill.

rumah teres setingkat, ok la kan...yang nak duduk pun cuma i ngn suami Nak beli rumah besar sangat x mampu so ini la saja yang termampu. Namun syukur alhamdulillah dapat jugak beli rumah landed, selama ni dok kat apartment je kan. Kalau diizinkan tuhan dan dimurahkan rezeki kami nak ada second house di kelantan...kalau cuti sekolah boleh dok sana..

Untuk plaster ceiling dan table top kami dah pilih tukang nama pakcik die...ni kawan ayah, daripada komen orang hasil kerja dia agak baik dgn kemas, so weol pilih dia. Tapi belum lagi berjalan mungkin bulan depan.

Untuk lampu dan kipas belum lagi beli. Dah survey kat area sg petani tapi x jumpa yg suami berkenan. Kalau ikut i dah ok dah jenis lampu ngn kipas tu...tapi yer la my suami cerewet sikit so i ikut kehendak dia saja la mcmn.



So setakat ni urusan yang dah siap pasal rumah
1) Masukkan api dan air - done
2) tinted rumah - done
3) pasang grill - in progress
4) plaster ceiling dan table top - in progress
5) beli lampu dan kipas - Belum









Saturday 15 December 2018

Bagan Lalang lagi

Assalamualaikum my blog...jumpa lg kita
Sekarang ni musim cuti sekolah so ada banyak masa free nak update blog. Pejam celik2 dah 3 minggu cuti sekolah, sekejapnya masa berlalu kan, tahun 2018 pun dah nak habis...lagi 2 minggu nak masuk 2019. Masa cuti cepat sangat berlalu, minggu 1st cuti i balik agak lewat pada petang khamis bcoz hari tersebut i kena duty untuk paper sains spm. Thats why i balik lambat, jadi sementara nak tunggu i duty khamis tu i ngn suami pegi ke bagan lalang lg untuk kali ke 3 tahun ni.

Bila nak book hotel seri malaysia, penuh lagi date tu, so book lagi hotel casa reo...hihi. Tapi i cakap ngn suami lenkali x nak dah dok hotel ni, nak kata murah x murah sgt rm130 satu malam sama harga dengan seri malaysia. So 1st day dok kat casa reo and 2nd day dok kat seri malaysia.

Tujuan utama datang cni suami teringin nak makan seafood fresh lagi dan nak beli ketam fresh untuk i masak...and i nak tengok sun set.

Day 1st
Sebab dah serik takut hujan lebat, so kitorang gerak awal sikit, kol 12 tengahari dah tolak. Dalam pukul 2 macam tu sampai kat bagan lalang. Cuaca memang elok plus suami dah ingat dah jalan nak gi sana. Kalau ikut waze nak kita short cut ikut jalan yang x biasa....so kali ni x ikut waze. Lepas dah check in hotel, kami rehat2 jap, mandi dan solat pahtu siap2 nak gi makan kat neon seafood . Actually suami dah bosan nak makan cni, tp i pulak yer la takut try kedai lain x sedap, so lagi sekali makan kat cni. Macam biasa order ikan kerapu bakar, sotong goreng tepung, kerang rebus dan sup sayur. Semua sekali lupa berapa rm..hihi.

Lepas kenyang makan, cepat2 gi pantai nak tengok sun set. Sun set xde la clear sangat sebab di tutup awan. Xpela kan at least tercapai jugak hajat di hati...hihi Kami bergambar sakan kat pantai, rasa happy sangat first time tengok sun set ngan suami. Suami ada amik video untuk kenangan momen kami.


Day 2nd
Macam biasa bangun pagi2 kemas apa yang patut then kami gerak gi makan area tepi pantai. Makan bfast+ lunch. Nak check in lambat lagi kan dalam pukul 3 petang macam tu so kitorang xtau nak gi mana so lepak2 kat tepi pantai tengahari tu.

Dalam pukul 2 lebih gitu kami check in kat hotel seri malaysia. Nasib dapat check in awal. So boleh la baring jap, dalam pkl 4 mcm tu suami nak swim...so  teman je la dia swim. Kolam kecik, ramai bdk2, mak bapak bdk...tapi nak buat mcmana nak dah nak mandi sgt so swim je la. 


pukul 5.30 petang macam tu perut dah lapar so google kedai seafood lain yang sedap, so tengok review restoren bayu malam dapat byk stars so kami pun datang cni untuk dinner. Kami order ikan kerapu bakar, udang masak sambal, sotong goreng tepung dan kailan ikan masin. Suami cakap makan kat cni lagi sedap, so lenkali lepas ni nak makan kat cni lak. 





Lepas makan, jalan2 kat tepi pantai then balik blik.

Day 3
Esoknya lepas bfast kami siap2 untuk check out. Lepas tu before gerak balik KL singgah beli seafood kat gerai. Beli ketam dan sotong. Suami dah siap2 bawak ice box dari rumah sbb nak beli seafood. 4 ekor ketam rm38, ketam besar dan fresh...Actually boleh je nak order kat kedai, ada je masak ketam tapi rm70 satu hidangan...so langkah jimat beli dan masak sendiri... :))




Tercapai juga nak masak ketam telur masin kat suami, resepi ikut google jer...yang dah siap lupa nak amik pic...alhamdulillah suami puji sedap :)))


Assalam...thanks for reading