Sunday 29 July 2012

Kelebihan Bersedekah

salam....rasanya dah terlalu lama tak update dan share ilmu di sini...Hari ini sudah masuk hari ke 8 kita berpuasa...sekejap sahaja masa berlalu...minggu depan sudah minggu ke 2 kita berpuasa. Diharapkan bulan Ramadhan ini kita dapat menambahkan amal ibadat dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt..Baiklah hari ini aku nak share berkaitan dengan kebaikan bersedekah (hasil google)...jom kita amalkan bersama..

Kelebihan bersedekah

Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

HURAIAN

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

Thursday 19 July 2012

waktu berbuka puasa kuala lumpur 2012

salam...lusa dah puasa...
rindunya nak berpuasa, berbuka dan bersahur kat kg dengan bonda dan family...
sedey2...rasa nak nanges pulak...
teringat kuih akok, jala emas, ayam percik, daging bakar my favourite dan sup tulang air tangan bonda..
rindu nak gi terawih kat balasoh (surau) kat kampung..
rindu keheningan waktu bersahur ngan bonda...
waaa...nak balik...boleh tak ambik cuti sebulan ?
hahaha..mestilah tak boleh...maunyer kena buang kerja..huhu..

sabar..itu lah dugaan berada jauh di perantauan...
dah rezeki ku di sini...

baiklah di sini aku tepek waktu berbuka di kuala lumpur..jom share sama2..
selamat berpuasa semua...semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya...




Tuesday 3 July 2012

Pergi takkan kembali....

Hari ini pergi ke sekolah macam biasa...
lewat lagi...huhu...
masa tu pelajar dah mula perhimpunan pagi...
park kereta ...
diikuti oleh geng datang lewat...park kat belakang kereta ku...
Naik tangga menuju ke ofis..untuk punch card..

tetiba tengok ramai pulak cikgu2 berdiri kat depan ofis..pengetua pun ada...
alamak..kenapa ni???
sure ada masalah atau isu ni...
lepas punch card terus tanya sorang kakak tu...
aku : apsal kak? ada prob apa? knp ramai2 berkumpul kat sini?
kakak : ada pelajar meninggal....(belum habis ayat, terus menyampuk)
aku : ha! sapa kak? kelas mana?
kakak : dotdot dari kelas 3 dotdot
aku : terus terdiam....terus terbayang raut wajah comel budak lelaki tu...aduhai rasa sedih dan sebak tetiba...
aku : bila berlaku kak ? sebab apa?
kakak : eksiden motor dengan kereta...
aku : terus senyap.... berkaca mataku...

ya Allah aku penah mengajar dia 2 tahun lepas...masa tu dia tingkatan 1...
dia seorang pelajar yang baik, periang, ceria dan pandai...
berikanlah kesabaran dan ketabahan kepada kedua ibubapanya....(dia anak tunggal lelaki)...
sepatutnya dia mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini...
pasti perit dugaan yang menimpa mereka ...
namun Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi setiap hambanya...

Ya Allah...tempatkanlah arwah di kalangan mereka yang beriman...amin