Wednesday 28 December 2011

Korea part 4

korea day 3
salam...adoiii dah berzaman nak sambung entry ni tp ada jer prob yang menghalang...baru hari ni ada masa dan line tenet okay...kita sambung dgn day 3 kat korea

Hari ini kami pergi ke Blue House istana presiden, The National Folk Museum of Korea dan Gyeongbokgung Palace. Cuaca hari ini memang agak sejuk juga walaupun musim panas...mungkin juga sebab hujan dan awal pagi.

di hadapan Blue House

Pic di bawah ni semua di ambil di National Folk Museum of Korea





Ini adalah jenis-jenis rumah di Korea, bentuk rumah mewakili pangkat dan darjat seseorang....




Jenis-jenis makanan, antaranya kimchi


Upacara perkahwinan, ayam sebagai hantaran kalau x silap...

Barang-barang hantaran

Sekitar kawasan Istana Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung Palace


Keesokkan harinya kami bertolak balik dari Seoul ke Saigon, Vietnam. Kat Saigon kami pergi ke Ben Tahn Market...banyak jugak beli kain, sebab murah dan cantik. Malamnya aku pergi ke pasar malam, lebih kurang kat Malaysia jer...sempat beli  sepasang kain sembahyang sulam yang cantik. Gambar semua takder...hehe..Kami tido semalam kat Vietnam, esoknyer bertolak balik ke Malaysia. Tamat.

Saturday 24 December 2011

Baju jahit manik

Salam...hari ini rajin lak nak update...sebab bosan, mak tak ada kat rumah gi ke Kuantan rumah besan adik ku...manakala anak buah ku pula gi rumah nenek belah ayahnya...kakak aku pulak keja...so sunyi la rumah ni. Malam karang baru la dorang balik...

Tadi aku gi bandar Pasir Mas...lepas bank in duit kad kredit, aku dah tak tau nak gi mana, mulanya aku nak pergi salun..pastu tak jadi sebab ramai orang malasla nak menunggu. So aku pun masuk ke Avon...belek2 katalog aku pun beli la blusher, dotdot dan bag...yang semua sekali rm65. Bag tu, aku terpaksa beli sebab balik hari tu balik bawak badan jer dengan bag sandang...so manala muat aku nak isi barang2 aku nak balik nanti. Bag tu tak ada la cantik sangat tapi kira ok la kot dah terdesak, aku malas nak gi Kota Bharu beli bag roda.

Sebenarnya entry ni aku nak tepek pic baju kurung moden yang jahit manik...yang baru aku ambik semalam...sebenarnya aku hantar 4 pasang, 2 pasang jahit manik, 2 pasang jahit sulam. Yang jahit manik ni..campur upah jahit baju rm194 untuk 2 pasang.

baju manik 1

baju manik2

Aku suka sangat dengan jahitan manik ni...baju pun ok selesa jer...dah setahun aku jahit kat sini...Lagi 2 pasang belum siap...ambik hari senin...ok dah tu jer....tata

Friday 16 December 2011

Makanan musim tengkujuh

Walaupun dah 10 hari aku balik ke kampung....namun baru hari ini aku dapat makan makanan yang aku nak...iaitu putu ubi kayu dan ikan budu. Gembiranya hati tak terkira...akhirnya sampai juga hajatku nak makan makanan ini...di sini aku tepek pic ni, walaupun agak kabur sebab pakai hp tapi kira okayla kan....

putu ubi kayu, yang beli kat pasar, rm 2...4 biji, sedap juga la...




ikan budu goreng telur dadar


Makanan ini memang glamer time musim tengkujuh....jemput makan semua...

Thursday 15 December 2011

Anak buah

Salam....apa kabar semua?? aku kat sini baru baik demam...semalam pergi hospital untuk buat blood test untuk kali ke dua...tapi syukur alhamdulillah, demam biasa je...cuma lambat pulih jer...huhu...

Kalau ikutkan nak jer update tiap hari tapi line kat cni sangatlah mendukacitakan, selalu disconnected...jadi memang agak payah sikitla nak update tiap hari. Kalau hujan lagi la tak de line, kat sini boleh dikatakan hujan 3, 4 hari kemudian panas 2 hari...so time ujan jangan harapla line ok...

Hari ini aku nak tepek pic anak-anak buah ku yang tinggal di kampung...ada 5 orang semuanya...mereka ini anak-anak kakak ku yang ke tiga...dia stay ngan mak aku di kampung.

yang sulung kakak...zahratul 10 tahun



yang kedua kakak jugak zulaikha 8 tahun...sangat manja



yang ke tiga abang...muhammad 6 tahun




yang ke empat abang jugak...luqman hakim 4 tahun...sangat nakal dan aktif



yang bongsu...adik...ilham 3 tahun...suka buli abang2 dia...hehe...



mereka lah penghibur kat kampung ini...bila semua ada bising tak yah cakapla...tapi aku sayang sangat dorang ni hehe...

Sunday 11 December 2011

Bahagia di kampung...

salam....rasanya dah terlalu lama tak menulis...dekat 2 minggu kot...entahla sekarang ni tak de mood, lagipun baru pulih dari demam panas...huhu. Tengok dekat visitor, tak ada pun pengunjung sangat...so lagi la tak de mood nak update...

sekarang ni aku ada kat kampung, kalau ikutkan belum habis lagi duty spm, tapi oleh kerana diri dah jatuh sakit dan tak mampu untuk menjalankan tugas jadi lepas dapat mc terus aku book tiket flight balik ke kampung esok harinya. Sepanjang tahun ini, ini kali pertama aku demam yang sangat teruk dan menyebabkan aku pitam dan muntah2...Sepanjang aku sakit, aku tak mampu untuk buat kerja langsung...nak berdiri pun rasa nak collapse. Aku rasa macam mati hidup semula, sepanjang sakit kat kl, 3 kali aku ke klinik kerana alami alahan antibiotik yang menyebabkan aku gatal2 seluruh badan dan naik ruam. Kali ke tiga ke klinik, doctor suggest kat aku supaya wat blood test....sebab mula tu suspect denggi. Tapi result ok. Memang seksa sangat...dah la makan sikit muntah2...nak tidur pn tak boleh...selepas dinasihati oleh famili akhirnya aku berkeputusan untuk balik ke kampung sahaja.

Aku tak ambil tahu dah pasal duty spm...last day sepatutnya 13 dis ni, namun apakan daya...aku tak mampu untuk menjalankan tugas sekarang. Walaupun aku rasa bersalah kepada mereka2 yang berkenaan tapi mak aku kata...bukan kehendak ku untuk sakit dan aku pun tak minta jadi macam ni. Namun, harap sangat mereka2 itu akan faham kerana aku percaya...sekarang aku punya turn...mana tahu lepas ni mereka juga akan mengalami nasib macam ni...dan aku akan tolong selagi mampu.

Bila dah jadi macam ni...baru la aku rasa nak pindah balik ke Kelantan, sebab bila sakit macam ni, aku baru sedar aku tak ada sesiapa kat kl ni yang boleh menjaga dan meminta tolong...huhu...sedihnya. Kawan ada tapi tak sama seperti keluarga kita. Ada hikmah di sebalik semua peristiwa ini...dan aku redha.