Saturday 21 December 2013

KL, i'm back


Yer...aku dah pun balik semalam...dekat sebulan bercuti tanpa buat apa2 keja sekolah langsung...lepas ni siapler banyak kerja di sekolah yang dah wait for me...

Hari senin minggu ni dah dapat message dari my pk tanya aku dah balik kl belum...so sedar diri  sikit yer...aku kena siapkan fail2 untuk semua guru sebelum meeting koko...next week.

Hari senin-jumaat minggu depan memang time table aku nak gi sekolah...settlekan apa yang patut sebelum bukak sesi pseklahan baru next year..

Oh ya semalam flight pukul 12.50 tgh...touch down kl at 1.50 ptg...then ambik bas lcct-kl sentral rm8 at 2.20 ptg...sampai kl sentral 3.20 petang...then cab+beratur 20 minutes...a long queu near 4 pm baru  dapat cab...huhu...then plus jem+hujan 4.30 ptg baru sampai wm ambik my car...lepas tu beli food utk myself then at 5pm baru sampai rumah...

Macam sama je kalau drive pmas-kl dulu2 6 jam je...cuma aku malas lak nak drive jauh2+hujan macam ni...tak apa la yang penting alhamdulillah dah selamat sampai.. :).


Tuesday 17 December 2013

Bisnes kain batik


Ramai jugak kawan2 yang pesan kain batik pasang dan juga kain biasa...so sebaik balik dari sabah...beberapa hari kemudian aku pun pergi le ke pasar siti khadijah misi mencari kain batik....dan aku berjaya beli 12 pasang kain batik krip yang semuanya yang corak latest dan warna pastel. Kwn2 ku semua sporting, diorang berikan kepercayaan untuk aku pilih asalkan aku berkenan...kononya taste aku yang terbaik...kuikui. Yang kat bawah ni semua orang punya...mana yang sempat snap la...semua dah dipos kepada tuan punya masing2.














Lagi 2 pasang kat bawah ni belum ada yang punya...kalau nak boleh emel ke kepada greenlavender7@yahoo.com...atau pun nak suruh belikan yang lain pun boleh.. :)).

batik kain krip ada batu rm280

batik kain krip xde batu rm250

okay tu saje update kali ni...daaa!!

Saturday 14 December 2013

Zoo Lok Kawi


Malas pulak nak update pasal gi zoo ni...esoknya kami pergi ke zoo Lok Kawi...yang terletak kira2 20km dari bandar kk...zoo ni macam biasala ada animals. Jomla kita tengok apa yang ada kat sini, lagipun tiket cuma rm10 je. Zoo ni xde la besar mana...tapi berpeluh jugakla nak round satu zoo ni, perkhidmatan tren xde...so bolehla membakar kalori yang berlebihan. Masa kami sampai tu xde la ramai sangat orang, kira just nice la...x payahla nak berebut2 masa nak tgk animals nanti.


Selepas bayar tiket kat pintu masuk....kami dibekalkan map sorang satu...so bergerakla kami mengikut map itu. Yang pertama spesis bird...

burung cenderawasih


burung hantu



burung merak

Habis part ini...kami jumpa pulak spesis2 cat/tiger...(tapi lion xde pulak...huhu)

kucing hutan


harimau dahan
rimau yang comel

Lepas habis spesis karnivor...kami seterusnya heading ke spesis herbivor pulak...gajah, ddl

sekawan gajah

chital
info about chital...aku pun baru tau pasal spesis ini 


Kemudian jumpa spesis monyet, orang utan

lupa pulak...monyet belanda kot

orang utan
Sebenarnya banyak pic animals tapi aku pilih yang aku rasa ok je...lepas habis pusing zoo ini kami tengok show pulak...penuh satu dewan...ramai rupanya pengunjung zoo ini. Show ini best...satu jam jugakla ambik masa, tapi x perasan pun...sebab x bosan.


Selepas habis show...kami pun beredar dan balik semula ke bandar kk...petang itu hujan tapi tak adala lebat sangat. Bagiku bandar kk tak membosankan sebab ada banyak tempat untuk lepak (pantai, shopping complex dsbgnya). Sesiapa yang belom penah datang sabah bolehla datang bercuti ke sini lain kali...


Esoknya pagi2 dah bergerak ke airport sebab flight 8.20 am...terus ambik dari kk-kb...masa perjalanan 2jam 40 min..syukur alhamdulillah selamat sampai ke kampung  :))

Thursday 12 December 2013

Reunion at pantai tanjung aru dan pasar filipin


Salam...aku nak sambung balik...selepas balik ke kk, petang itu kami keluar lagi dan my fren bagitau nak jumpa seseorang kat airport. Aku pun tak tanya sapa...maklumla my fren ni ada bf...maybe nak jumpa bf dia jap kat situ...Sampai kat airport, tunggu dalam 5 min tetiba terkujat sakan rupanya my old fren eley juga datang ke kk dari kl. Maunya aku x terkujat, sebab tempoh hari dia kata busy dan tak leh join...rupanya dorang ni nak wat surprise la pulak...kuikui.

Terus kami ke pantai tanjung aru yang terletak 5-10 minit dari airport...sementara tunggu my fren eley solat jamak zohor asar, aku ngan sinah pun bergambar le dulu. Jam baru pkl 5...so x dapatla nak tengok sun set sangat...sebab kami plan nak ke tempat lain pulak...so ini ler pic scenery tercantik kat pantai ni..


Selepas eley siap solat kami pun bergambar sakan...macam2 gaya ada, free style dll...pic bertiga ada tapi tak cantik sangat...sebab terlalu dekat maka nampakla bintik2 hitam kat muka den ni hehe...so x nakle upload. Pic kat bawah me and eley.


Pic kat bawah ni pulak sinah and eley...free style le ni...eley ko tunjuk ape tu? kuikui..


Sebenarnya sepatutnya kami berempat...aku, eley, sinah dan bye...tapi bye tak dapat menghadirkan diri sebab kerja...kami dulu satu coursemate kat ukm, kami bertiga menjadi guru manakala bye menjadi peg sains. Aku pun tak pernah terfikir akan berkumpul bertiga kat sini setelah lama x jumpa..sekarang ni kami bertiga masih single lagi...rosinah (tak lama lagi tu ..uhuk)..eley (status not sure...maybe ada kot) dan aku pulak ( malas nak cerita...kuikui). Bye sorang je yang dah kwen...aku doakan ko selalu bahagia dan murah rezeki. Aku terpikir jugak nak plan bercuti 4 orang...tapi rasanya tak mungkin...sebab semua busy ngan schedule.

Pukul 6 kami sampai kat pasar filipin...cadang nak makan kat sini dan beli ole2 sikit untuk kenalan rapat dan ahli famili. Oleh kerana bajet sket maka membeli pun sket jugak...tak kisahla kan berbelanja setakat yang termampu...banyak betul brooch mutiara dan gelang mutiara...semuanya asli...menurut kata makcik bawah ni mutiara air masin lagi bagus daripada mutiara air tawar.


Selepas makan kat dalam pasar filipin...kami pergi solat dan balik...otw nak ke tempat parking lalu pulak kat pasar malam...dan aku terbeli lagi...brooch mutiara. Murah sakan kat sini... :))


Lepas tu kami balik, berehat, citcat then zzzzzz

Monday 9 December 2013

Day 3 : kinabalu park, tamparuli & rumah terbalik


Last day kat Kundasang kemas2 apa yang patut then pukul 7-8 am kami dah check out...tengok2 cuma ada 2 kereta je kat luar...huhu maknanya kami je yang tido kat sini malam tadi...huhu.

Otw balik ke KK kami singgah dahulu di pekan kundasang untuk sarapan pagi. Before sarapan aku kagum sekejap dengan scenery gunung kinabalu kat situ so kami bergambar dahulu.


Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan balik ke kk...otw balik kk kami berhenti sekejap di kinabalu park untuk bergambar.

g

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke kk semula dan terpaksa menempuh semula jalan yang mencabar tempohari...sekejap belok kiri, sekejap boleh kanan...berulang2 kali sampai aku naik pening.




Namun alhamdulillah kami berjaya menempuhi jalan mencabar tersebut...then my fren bawaku singgah bergambar di jambatan tamparuli (jambatan gantung) yang kelihatan uzur...tapi masih selamat untuk digunakan. Jambatan ini berhampiran dengan pasar tamparuli.


Setelah itu kami singgah pula di rumah terbalik...nak masuk sini kena bayar tiket rm10 seorang. Kami hanya dibenarkan mengambil gambar di luar dan sekitar rumah sahaja...di dalam rumah tak boleh sama sekali...kalau degil jugak merasalah kena rampas kamera dan bayar denda.







Kemudian kami pun meneruskan perjalanan balik ke bandar kk...tapi tiba2 my fren mencadangkan kami singgah dahulu di pekan...(lupa) untuk makan puding kelapa dan lokan bakar. Aku ok saja...hehe




Selepas itu kami pulang ke rumah untuk berehat sekejap sebab petang nanti kami akan keluar semula untuk meneruskan aktiviti seterusnya.

Sunday 8 December 2013

Kundasang Day 2 : Mesilau Desa Dairy Farm & Kundasang Memorial Park


Salam...hari ini aku nak sambung balik hari ke dua di Kundasang...kami bangun awal jam 5 am kemudian siap2 dan keluar jam 7 am. Sebelum itu kami dah breakfast dulu makan roti dan mee segera. Resort ini ada cafe kat bawah sediakan sarapan tapi kami punya tak included breakfast. Cafe resort ini juga tak menyediakan lucnh atau dinner...so pandai2la korang cari makanan sendiri.

Target utama hari ini aku nak ke desa dairy farm (ladang lembu susu ala2 new zewland)...perjalanan dari tempat menginap ke sini ambik masa 10-15 minit. So before di ddf kami singgah dahulu di memorial kundasang park. Aku sebenarnya kurang berminat ke sini...tapi my fren kata tempatnya cantik ada taman2 kat atas so...jom lerrr...lagi pun memorial ni kat bawah bukit je. Selepas bayar tiket kami pun naik tangga menuju ke atas.


Memorial ni banyak taman...banyak jugak snap gambar kat sini...tapi tempat yang paling cantik adalah kat area yang ada kolam. Kemudian kat sebelah kolam ini dapat lihat scenery gunung kinabalu yang cantik.




Selepas itu kami bergerak ke ddf yang memerlukan pengdakian bukit...yang terletak di kawasan tanah tinggi...nak masuk kena bayar tiket RM4 kat pintu masuk ddf.


Sebelum sampai ke kilang ddf haruslah berhenti ambik gambar dulu kat padang rumputnya yang menghijau dilatari oleh gunung dan kabus yang memutih....menyebabkan suhu sejuk seakan2 di new zealand... :-P


Tengah best2 ambik gambar tiba2 batery my camera kiok pulak...so nak tak nak terpaksa la tumpang tab camera my fren...semalam tengok batery macam penuh lagi...so tak cas...padahal tujuan utamanya memang nak bergambar abis-abisan kat ddf...huhu.


Lepas tu kami masuk ke kilang susu ddf tu...ambik gambar sekitar kawasan dan sempatla minum susu fresh perisa coklat RM4 sekotak.  Pada mulanya tu risau gak sakit perut...maklumla aku jarang minum susu segar atau susu tepung...hehe...sebab perut macam tak sesuai



Habih tawaf ddf maka kami pun bergerak dari situ....tapi ddf memang cantik abisla...very beautiful...kalau ada rezeki nak datang lagi.. :-D.


Kami singgah bergambar kat Hotel dream world resort...hotel ni sangat cantik...aku highly recommend bagi sapa2 yang nak datang ke kundasang stay kat sini kerana dekat ngan ddf...5 minutes je kot jaraknya...tapi untuk semalam bolehla check rate kat agoda...rasanya dalam 300++ untuk per night. Hotel lain yang hampir ialah cottage hotel...tempoh hari masa nak book hotel tersebut dah penuh.

Selepas penat berjalan kami balik semula ke pekan ranau untuk makan tengahari dan isi petrol. Baru ku tahu nak isi petrol kat sini panjangnya beratur...sebab stesen minyak cuma ada 2 kat ranau dan pekan ini sahaja yang ada stesen minyak. Setelah hampir sejam baru le turn kitorang...huhu..

Petang itu kami balik ke bilik dan dalam pukul 5 pm kami keluar meninjau sekeliling hotel dan dapat snap pic gunung kinabalu yang cantik.


Sebelum maghrib cepat2 kami balik ke bilik...kami lihat cuma ada 2 buah kereta sajork yang ada kat luar ditambah pula dengan keadaan resort yang agak suram dan seram...huhu...Malam itu kami tido awal dan mengharapkan cepatnya muncul mentari pagi.











Friday 6 December 2013

Kundasang day 1 :Sabah tea garden


Esoknya pagi2 lagi aku dah bangun...walaupun jam baru jam 5 pg tapi kat cni dah macam 6 pg...selepas bersiap around 7 am dah mula gerak dari rumah. Mula2 mestilah gi breakfast dulu kan...selepas mengisi perut dengan nasi goreng kami mula bergerak dari KK ke kundasang...yehuuu!Dari jauh dah nampak gunung kinabalu yang tersergam indah.. :))

 
Jarak dari kk ke kundasang 100km tetapi mengambil masa lebih dua jam untuk sampai...disebabkan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit, berliku dan macam2 ber...menjadikan aku separa pening...nasib baik aku tak mabuk...kalau nak bandingkan dengan jalan gua musang-merapoh...rasanya jalan ni lagi teruk . Kebanyakkan kenderaan yang aku nampak 80 % adalah 4wd... kerana jalan yang lasak perlukan kenderaan yang lasak...kalau kereta ku (myvi) tak tau le berapa lama leh tahan kalau ulang-alik jalan mcm ni.

Sebaik sampai kat kundasang, kami berhenti dahulu membeli buah-buahan kat pekan kundasang...masa ni 11 pagi....then kami cuba cari tempat penginapan yang dah aku booking melalui agoda...rupa2nya resort ni dekat atas bukit you...jalan km brp ntah highway ranau-kundasang. Masa sampai kami tengok keadaan sekitar dan tempat parking tak ada pun kereta...was2 jugak ada orang ke kat sini....masuk ke dalam bangunan rupa2nya ada sorang perempuan dekat kaunter....alhamdulillah. Tanya punya tanya kami hanya boleh check in jam 2.00 petang....so nak tak nak kenala pergi dulu merayau ke mana2...sebab bilik belum kemas you...biarla dorang settlekan dulu.

So my fren pun cadangkan kami ke sabah tea garden....aku rasa dalam 30 minit perjalanan sebab before sampai perjalanan ni melalui pekan ranau dahulu. Jalan kecil yang naik ke atas yang berbukit sangatla hazab keadaan jalannya yang berbatu kecil dan tidak rata menyebabkan kelajuan kereta 5-10km/j...kesian my fren yang jadi driver...huhu..Sampai kat atas ingat tak ada orang...rupa2nya ada la jugak beberapa buah kenderaan...selesai parking kami masuk dalam kedai teh dulu...dan aku pun beli la teh sabah sebagai ole2 untuk family. Kemudian keluar dari kedai terus bergambar kat ladang teh. Teh macam ada yang gondol...mungkin baru dituai agaknya...tapi tak kisahla yang penting pemandangan nya cantik.




Selepas puas bergambar kat area garden tea tu ...kami pun ambik keputusan makan je kat situ...masa tu dah pukul 2 kot...lunch le apa lagi...harga dan rasa makanan boleh tahan...paling aku suka teh tarik pandan yang aku minum....bestnyer...tengah syok makan hujan turun menambahkan lagi kapasiti kabus2 yang dah sedia ada kat ladang teh tu...kagum jap.



Selepas siap makan...kami pun balik...terpaksa melalui jalan yang hazab tadi semula...tambah pulak dengan hujan...lagi la menambahkan cabaran kepada my fren sebagai driver.


Oleh kerana hujan...kami tak pergi ke hot spring dan ikan lui ke apa ntah...lagi pun aku tak minat sangat nak pergi ke situ dan kami terus balik lepas singgah kat pekan ranau beli kfc untuk makan malam. Then sampai kat resort dah pukul 3 lebih gitu dan check in. Oh ya nama resort tu sri kinabalu...Ini la bilik kami...okla bilik nya...bilik air pun bersih. Malam, suasana sunyi sepi ditambah bunyi burung yang habitat betul2 dekat sebelah tingkap ku tido...berkicau sepanjang malam...pukul 9 pm aku dan ngan kawan aku terus pengsan hingga ke pagi.