Sunday 15 May 2016

Balik kampung (Cuti 1 mei)


Salam...dah lama benar x mengupdate blog...semuanya kerana faktor busy dengan kerja...amboi jadik cikgu busy sangat ke?...selalu sangat baca komen macam tu kan...x apa lah walaupun busy tapi sempat jugakla balik kampung kat pasir mas untuk menjenguk bonda dan keluarga di kampung...

Balik time cuti 1 mei (hari pekerja tempoh hari)...4 hari 3 malam jugakla balik kampung...walaupun sekejap sempat jugakla menjalankan tanggungjawab anak kepada bonda...belikan keperluan barang2 dapur untuk bonda kat pantai timur pasaraya...dan juga meet my anak buah zulaika

Lepas tu keesokkannya lepas visit my sister kat rumah mak mertuanya...i pun cakap nak makan akok salor...teringin benar nak makan akok...rasa akok salor x dapat nak sangkal lagi memang sedap sangat atau pun yang terbest in the world la...masa i pegi tu ari senin time org keja...so memang x ramai org...biasa kena beratur panjang nak beli akok...

Masa sampai kat depan kedai tu...dia dah sangkut papan tanda akok dah habis...tapi my bonda cakap yang kitorang datang dari jauh nak beli akok...so dapatla masuk dalam kedai tu...alhamdulillah ada rezeki makan akok salor...dalam rm20 jugakla beli...rasa puas hati sangat



Well, kenapa akok salor ni glamer...sebab rasanya yang lemak, sedap banyak telur, lembut sangat2 dan tak manis sangat...serius ok x tipu...memang 10 bintang i kasi


Kalu ada sesapa yang visit kelate...bolehla singgah beli, lokasinya berhadapan kedai salor..

Keesokkannya lagi kami gi beli durian...alamak sedap sangat buah durian ni...memang menepati my taste bud...i suka durian manis dan lemak, tapi x suka rasa pahit2..Rasa durian ni sedap sangat, biji pun kecik nipis jer...isi tebal bukan main




 InsyaaAllah cuti bulan 6 ni nak balik kampung lagi...seronoknya dapat menyambut awal Ramadhan di kampung...happy sangat rasanya.



Sunday 3 January 2016

Cuti-cuti Langkawi part 3

Actually plan hari ni i nak naik cable car...tapi lepas dah bincang ngan bonda ngan zulaikha diorang x nak naik pulak dengan alasan gayat...so i pun ikut jer la kehendak diorang, takkan nak paksa lak kan..

Tapi x mengapala...kat pantai chenang ni pun ada lagi tempat yang x pergi lagi so kami pun plan ke Underwaterworld jer dan shopping duty free zone kat sini jer...malas lak nak drive gi bandar kuah...memangla kat kuah ada dataran helang yang glamer tu..tapi xpe la...lagi pun i dan mak x bawa banyak duit shopping so kalau setakat nak beli coklat dan minyak gamat kat sini pun berlambak.

Lepas sarapan makan pagi yang best kat kedai tepi jalan pantai chenang, kami terus ke underwaterword Langkawi. Time bukak ialah pukul 10 pagi. Sampai situ terus beli tiket masuk...jangan lupa bawak ic ye kwn2 kalau tidak x dapat rega untuk warganegara. Sebelum tu aku da google syarat2 dan rega tiket, so kalau anda penjawat awam akan dapat rega lagi murah...so kena bawak bukti yer kawan2 mcm guarantee later ke yang membuktikan yang korang tu penjawat awam. Kalau setakat guna air liur je cakap, memang dia x layan. So i ari tu kena bayyar rm33 becoz xde bukti yang i ni cikgu, nak tunjuk group whatsapp sekolah pun dia x caya...cari jugak kad library sekolah tapi x terbawak pulak...cisss. Untuk zulaikha rm23 dan bonda rm26. So semua sekali rm82 kos untuk masuk sini.

For me...ok ni pendapat jujur k...xde la best sangat Underaterworld ni...kalau x pegi pun xpe...tapi if you alls ada kids best la kot bawa diorang masuk, kenal2 haiwan laut kat dalam ni...nama dan rupa bentuk diorang. Kalau korang datang sorang diri atau pun loneranger mcm x best pulak...hihi..baik la x payah masuk..

Macam x caya kat dalam ni ada penguin dan singa laut...okla kan sebab seumur hidup x pena tengok menatang ni...selain tu ada obor2, tapak sulaiman, kuda laut, sea urchin, pelbagai jenis ikan dan lain2 haiwan krustacean mcm crab landak.








X luas mana pun underwaterworld ni....tapi banyak jugakla spesies hidupan laut dalam ni...ok jugakla dapat tengok mcm2 benda yang pelik dan kenal rupa bentuk diorang. Bonda ngan zulaikha memang excited sangat tengok spesies2 ni, lepas dah puas tawaf dan bergambar dalam ni we olls pun keluar...rasanya lebih sejam jugak kat sini.

Keluar je underwaterworld kat sebelah tu terus masuk entrance duty free shop...i x gi pun haji ismail group kat kuah tu becoz i cuma nak shopping kat sini jer...lagi pun i budget dalam rm100 jer nak beli cokelat....so kalau gi sana takut la terbeli benda lain pulak...i ni bukan leh caya sangat. I round jugak kat situ tanya jugak rega jam fossil, rupanya less rm30 jer harga duty...so xde la murah sangat....xde la murah sampai beratus. Nampak jugak corelle pinggan mangkuk tapi malas nak tengok sebab dah ada kat rumah plus xde fulus nak beli...huhu...Tak lama pun kat dalam ni dalam sejam je kot...lepas dah membeli apa yang patut so we ols pun keluar dan balik bilik berehat2...


petang i dan zulaikha keluar balik gi pantai chenang nak tengok sunset, tapi belum sempat hujan lak turun dengan lebatnya...Kebetulan park kereta agak jauh dan kami berjalan dalam kehujanan...nak x nak terpaksa berhenti berteduh kat hotel berdekatan. Selepas hujan dah reda kami pun pergi restoren seafood, tapau makanan untuk makan malam. Lupa pulak nama kedai tu tapi masakan dia sedap namun agak mahal sikit.




Esoknya pagi2 dah keluar check out motel then terus gi breakfast....after breakfast terus gi airport nak hantar kereta becoz janji pukul 10.30 gitu kena hantar. Lepas hantar kereta kat entrance pelepasan tu...terus kami check in flight dan selamat sampai ke bumi pasir mas semula petang itu.

Ok la entry yang agak simple sebab pic dalam hp dan laptop pulak x boleh nak bluetooth, so x boleh nak transfer banyak pic. Pic ni i transfer guna emailjer...nak transfer guna sd card hp x reti pulak nak bukak casing ni...so guna la pic yang berapa keping ni.

So far i memang happy bercuti ke Langkawi...kalau ada rezeki i nak datang lagi...insyaaAllah..tambahan pula ada direct flight kb-langkawi memang senang la nak gi lagi...