Assalam my blog....berkurun dah rasanya tak update blog yang sepi ini...macam2 peristiwa telah berlaku tetapi masa yang sangat terhad dan ketiadaan mood untuk mengarang ayat buatkan blog ini membisu tanpa berita...
Mungkin faktor usia yang semakin bertambah membuatkan aku lebih ingin menyepikan diri dan menguruskan hal kehidupan sendiri. Memang, jujur bagitau diri ini tak ingin mengambil tahu hal orang lain, apa yang berlaku dan juga tak ingin tahu masalah dalam kehidupan mereka. Bunyinya macam sombong, tapi bagiku ini adalah yang terbaik yang perlu dilakukan. Aku banyak membuat pemerhatian dan jjuga berdasarkan dari pengalaman dari masa lalu, jadi biarlah aku ada sedikit kawan yang berkualiti daripada ramai kawan tapi tidak berkualiti.
Dah lama aku deactive facebook, bagiku langsung tiada kepentingan...mungkin sesetengah orang suka berhubung dengan kawan-kawan sekolah lama untuk networking tapi bagi ku tiada kepentingan pun untuk berhubung...jadi lebih baik berkubur saja fb ku itu. Tak mungkin aku aktif balik.
Oh ya berbalik kepada kehidupan ku sekarang, aku sudah pun 'married' . Syukur alhamdulillah suami seorang yang sangat penyanyang dan memahami...sentiasa ada waktu memerlukan. Kekurangan dan kelebihan masing2 dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Aku rasa sangat bersyukur kerana suamiku rajin membantu dalam urusan di rumah... :)))
Tahun ini aku cuma sempat bercuti ke Batu Feringgi, penang saja pada bulan mac lepas. Sebelum tu bulan disember 2016 ada ke cameron highland, nantilah bila ada masa aku akan update juga. Cuti sekolah ini bulan ogos balik kampung di kelantan, kebetulan hari raya haji. Bulan disember ini xde plan lagi nak ke mana, mungkin bercuti dekat2 saja. Travel oversea sudah x ada dalam wishlist, suamiku tak benarkan tambahan pula matawang kita jatuh teruk baikla cuti2 dalam Malaysia saja.
adios
Monday, 31 July 2017
Tuesday, 11 April 2017
Hai, i'm back
Assalam blog...
Ya Allah, lamanya x update blog....nasib baik masih ingat password kalau x berkuburla blog ini...
Semuanya kerana laptop ku rosak bulan jun tahun lepas...lepas tu terbiar gitu je...tapi dalam bulan November terpaksa jugak beli laptop baru sebab terpaksa siapkan 2 dokumentasi program sekolah yang perlu disettlekan sebelum cuti sekolah November 2016 bermula. Takde duit pun terpaksa la jugak beli...huhu
Lepas dah settle dokumentasi tu terus tak bukak2 laptop sebab sibuk dengan persiapan my 'big day` pada awal December 2016....hihi
Yer tuan Tanah dah pun dah jadi 'MRS' kepada suami yang tersayang...Alhamdulillah
Tak sangka akhirnya sampai jua jodohku biarpun agak lewat...namun aku bersyukur sangat kepada Allah kerana menemukan pasangan yang dapat menerima segala kekurangan diriku...
Aku berdoa semoga rumahtangga kami sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)