Sunday, 25 November 2018

Cuti-cuti ke Port Dickson

Assalamualaikum  my blog...jumpa lagi kita, baru-baru ini cuti Deepavali sempat bercuti ke bagan lalang dengan port dickson. Kita cuti-cuti dalam Malaysia je...save bajet gitu...

Xtau kenapa suka gi bagan lalang, mungkin sebab nak makan seafood kot...

Day 1
Kami bertolak ari sabtu lepas solat zohor, ntah kenapa setiap kali nak gi bagan lalang mesti otw tu ujan...ujan lebat jugak la...kami ikut waze entah macamana tersesat sikit...so sampai dalam pukul 5.30 petang terus check in hotel. Hotel yang i book kat hotel.com, casa reo hotel. Terpaksa book kat cni sebab hotel Seri malaysia penuh. Masa sampai kat hotel casa reo, suami macam merungut sikit, kenapa book kat cni...yer la kat luar buruk sangat nengok keadaannya, tapi bila masuk dalam bilik like heaven you know...air cond sejuk, air pun laju best jer mandi. Lepas dah check in, kami solat asar siap2 then terus kami gerak cari makan, tempat yang sama iaitu neon seafood restoren.

Macam biasa kat cni kami order sotong goreng tepung, sayur kailan, kerang rebus dan ikan stim limau. Makanan semua sedap, tapi suami rupanya x suka makan stim limau...hihi xtau pulak teman. Lenkali xleh order stim limau sebab suami memang x gemar, terpaksa la i makan banyak. Pic pun x ambik...lupa.

Lepas makan terus balik bilik, buat aktiviti sendiri.

Day 2
Esoknya terus check out dalam pukul 10 pagi dan terus gi area tepi pantai bagan lalang untuk isi perut dulu. Singgah makan kat gerai, makan nasik lemak bungkus, pedas tapi sedap.

 Lepas dah siap makan terus bertolak gi port dickson, jarak lebih kurang 40 km. Jalan pun ikut waze jer...dalam pukul 1 tengahari macam tu dah sampai port dickson. Nak check in pun x boleh lagi so jalan2 dulu kat bandar PD, google kot2 ada cinema kat cni, tapi xde so kitorang gi Regina Mall, xde benda pun kat cni, so kami lunch dulu. Suami nak makan sushi so kami makan kat sushi king, layankan aje. Dalam pukul 2 lebih macam tu kami gerak ke hotel yang kami nak tdo semalam.

Kami tdo kat Grand Lexis. Harganya memang mahal tapi setahun sekali apa salahnya kan. Diri sendiri tak penah dok hotel 5 star so macam teruja sangat nak alami pengalaman ini.

Masa check in kami book bilik garden pool villa tapi recepcionist tu bagitau yang bilik kami diupgrade kan kepada sky pool villa yang lagi privacy. Seronok x terkata kan, sebab sky pool villa lagi mahal reganya dan lagi luas biliknya.

Ambik bag terus masuk bilik then tengok bilik yang super duper luas, boleh main kejar2 dalam bilik, siap ada dapur, toilet dan bilik mandi asing and of course ada private pool sendiri...tu yang bestnya.. :DDDD.










Bilik air




Dapur siap ada mikrowave, tapi kalau nak masak2 sangat kena bawak dapur gas sendiri


Bilik memang besar sangat, boleh muat 4 orang dewasa :D. 






private pool yang luas, siap ada pelampung untuk mandi




Tanpa buang masa, kami terus salin baju dan mandi kat dalam kolam. Best sangat dapat mandi, so dapat buat gaya macam2 tanpa ada orang lain tengok. Lepas dah penat mandi, solat then rehat2 jap dalam bilik.

Dalam pukul 6 petang macam tu perut dah berbunyi kelaparan so google2 kat mana makan sedap kat PD so tengok review makan kat EZ sunset kampong telok pasir panjang adalah yang terbaik, so we decide to go there walau pun jaraknya dalam 28 km tapi suami gigih nak drive makan kat sana jugak.

Dalam pukul 6.50 ptg lebih macam tu kami sampai kat sana, tapi x sempat tengok sun set, kalau nak tengok sunset baik datang dalam pukul 6.30 macam tu sebab view sangat cantik. Kami makan kat gerai no. 3 sebab tengok review ramai org cakap best makan kat cni. Kami order ikan bakar, sotong bakar, pari asam pedas dan tomyam. Suami bagi 4 bintang (sedap la tu, suami memang cerewet sikit pasal makan).




Lepas makan terus gerak balik hotel.

Day 3

Pagi tu bangun awal, lepas solat subuh semua terus turun nak gi breakfast, masa sampai tu dah pukul 8.30 pagi. Ya Allah, ramainya orang, rasa macam kat pasar pulak. Nak duduk  seat yang best2 dah xde so weol kena duduk kat ruangan tambahan yang pakai meja dan kerusi plastik. Rasa macam x best pulak. Tapi memandangkan orang lain pun macam tu jugak so pejam mata saja la kan. Makanan banyak tapi makan apa ya x ingat, tapi for me bfast biasa2 je la x sedap sangat.

Lepas bfast terus naik bilik, dan aktiviti seterusnya mestila mandi manda lagi...hihi

Dalam pukul 11 pagi macam tu weol kemas barang2 nak check out siap2, bukan apa kalu terlebih masa kena caj bayaran tambahan RM38 per jam. So 11.45 mcm tu dah ready check out.

Masa gerak keluar dari hotel, weol decide nak duduk lagi 1 malam lg kat PD, sebab i nak tengok sunset, lagi pun rasa seronok kat PD ni pantai nya lagi bersih dan cantik. Lepas bincang2 kami decide nak duduk kat Hotel Seri Malaysia PD, check kat web semua dah penuh, tapi bila call hotel kata masih ada kosong kena walk in. So cepat2 kitorang pegi sana dan book hotel.

Lepas dah book x boleh nak check in lagi, so kitorang pegi jalan2 kat pantai dulu. Masa gi tu air tengah surut so dapat tengok banyak anak2 ketam yang kecik2...banyak betul koloni ketam nya.









Dalam pukul 3 petang mcm tu baru check in hotel seri malaysia PD. Kami dapat bilik single, sebab katil double dah habis. Tapi xpe la kan, sebab bilik kat cni bagi i dah cukup selesa banding dengan hotel lain. Petang tu rehat2 jap dalam bilik, suami nak mandi kolam tapi kolam penuh dengan kanak2 ngn parent yang mandi, so terbantut keinginan suami. Petang tu hujan so suami cakap, nampak ke sunset ujan macam ni.

Dalam pukul 6 macam tu kitorang gerak gi pantai, langit masih mendung. I berharap sangat nampak sunset tapi malang nyer xde, sedikit kecewa kat ctu...huhu.






Lepas tunggu sunset xde weol gerak gi cari makan malam kat sekitar pantai.


Day 4

Kami bergerak balik KL


Review Grand Lexis PD
For me hotel dia sangat best, kalau ada rezeki nak datang tdo lg kat cni...memang harganya mahal tapi untuk retreat ourself setahun sekali apa salahnya kan...Kalau nak harga murah kena pandai survey kat mana2 web dan nak lagi murah book time weekday bukan cuti sekolah, memang dapat murah la sikit

nak gi oversea memang dah gantung passport lah untuk beberapa tahun ni...jadi kami plan nak abihkan cuti2 kat malaysia dulu...our next trip xtau lak kat mana, maybe terengganu kot.

Review Hotel Seri Malaysia PD
Hotel yang sangat strategik kedudukannya betul2 dekat ngan pantai saujana PD. Bilik memang selesa dan harga berpatutan, mungkin sebab peak season rega RM190 semalam, kalau time biasa mungkin lagi murah. Kat cni memang ramai family yang bawak anak2 untuk bercuti.