Sunday, 11 December 2011

Bahagia di kampung...

salam....rasanya dah terlalu lama tak menulis...dekat 2 minggu kot...entahla sekarang ni tak de mood, lagipun baru pulih dari demam panas...huhu. Tengok dekat visitor, tak ada pun pengunjung sangat...so lagi la tak de mood nak update...

sekarang ni aku ada kat kampung, kalau ikutkan belum habis lagi duty spm, tapi oleh kerana diri dah jatuh sakit dan tak mampu untuk menjalankan tugas jadi lepas dapat mc terus aku book tiket flight balik ke kampung esok harinya. Sepanjang tahun ini, ini kali pertama aku demam yang sangat teruk dan menyebabkan aku pitam dan muntah2...Sepanjang aku sakit, aku tak mampu untuk buat kerja langsung...nak berdiri pun rasa nak collapse. Aku rasa macam mati hidup semula, sepanjang sakit kat kl, 3 kali aku ke klinik kerana alami alahan antibiotik yang menyebabkan aku gatal2 seluruh badan dan naik ruam. Kali ke tiga ke klinik, doctor suggest kat aku supaya wat blood test....sebab mula tu suspect denggi. Tapi result ok. Memang seksa sangat...dah la makan sikit muntah2...nak tidur pn tak boleh...selepas dinasihati oleh famili akhirnya aku berkeputusan untuk balik ke kampung sahaja.

Aku tak ambil tahu dah pasal duty spm...last day sepatutnya 13 dis ni, namun apakan daya...aku tak mampu untuk menjalankan tugas sekarang. Walaupun aku rasa bersalah kepada mereka2 yang berkenaan tapi mak aku kata...bukan kehendak ku untuk sakit dan aku pun tak minta jadi macam ni. Namun, harap sangat mereka2 itu akan faham kerana aku percaya...sekarang aku punya turn...mana tahu lepas ni mereka juga akan mengalami nasib macam ni...dan aku akan tolong selagi mampu.

Bila dah jadi macam ni...baru la aku rasa nak pindah balik ke Kelantan, sebab bila sakit macam ni, aku baru sedar aku tak ada sesiapa kat kl ni yang boleh menjaga dan meminta tolong...huhu...sedihnya. Kawan ada tapi tak sama seperti keluarga kita. Ada hikmah di sebalik semua peristiwa ini...dan aku redha.

1 comment:

  1. Adalah fren, aku tetiap hari baca blog ko ni. Kesiannya ko, sama le macam aku...aku pun lonely kat KL ni jgk. Sakit pun sendiri2 jek..kuarga jauh..hu.hu...

    ReplyDelete