Salam...kali ni nak share resepi sup bebola ikan...bebola ikan ni wat sendiri, my bonda punya resipi
Bahan2 bebola ikan:
1 kg ikan kembung (sepatutnya ikan tenggiri ...tapi sebab dah abis bantai je ikan kembung)
* ikan disiat, ambik isinya dan ditumbuk dengan lesung batu...nak guna blender pun xpe..
* bawang merah 5 ulas, 1 ulas bawang putih, 30 butir lada hitam (semua ditumbuk lumat)
Kemudian campurkan bahan yang bertanda * bersama garam, gula dan sedikit bahan perisa
Selepas itu bentukkan bulat2 kecil seperti di bawah
Bahan2 untuk rrempah sup seperti dalam rajah dan 2 inci halia yang diketuk
Masukkan air ke dalam periuk bersama rempah sup dan lada hitam (20 biji ditumbuk halus)
Bila air mendidih masukkan bebola ikan tadi
Apabila bebola ikan sudah terapung menandakan ia sudah masak, bolehla ditutup api dan dihidangkan bersama bawang goreng dan daun sup
Selamat mencuba.. :))
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete