Sunday, 6 May 2018

Cuti-cuti Cameron (Dec 2016)

Alamak kisah ni dah lama, tapi bila tengok balik pic2 ni rasa nak update pulak...ntah kenapa rasa rajin pulak nak mengupdate

Sebenarnya kami gi Cameron selepas kami sehari selepas bergelar suami isteri...nak dijadikan cerita pagi nak ke Cameron i diserang gastrik yang teruk sampai sesak nafas, nak pitam dan sakit perut cirit birit. So dalam hati macam nak tunda pergi Cameron. Makan ubat gastrik dan makan nasik putih serta air kosong....tengahari baru macam ok sikit...tu pun dok baring kat katil je sebab rasa badan macam x sihat. Petang macam tu dalam pukul 3 x salah, tengok suami terbaring bosan kat ruang tamu, macam kesian lak....so jom la kita pegi jer. Suami siap beli air susu coklat, roti dan bawak ubat...risau gak nanti sakit perut dalam perjalanan.

Masa nak naik Cameron tu dah waktu maghrib, ya Allah takutnya i rasa sebab tak ada kereta pun yang ada kat jalan raya cuma kereta kami jer. Dalam otak i ni mula pikir macam2...yer la dengan keadaan gelap, sunyi macam masuk dunia lain. I banyak2 baca ayat qursi sambil tutup muka dengan tuala sebab x sanggup nak tengok kat luar tingkap takut nampak benda lain. Dekat sejam macam tu baru la nampak ada sebuah kereta kat belakang kami follow dari belakang...baru rasa lega sikit.

Dalam pukul 9 lebih macam tu kot baru sampai kat Cameron, hotel kami book hotel Rainbow kat bandar Brinchang melalui booking.com. Selepas dah check in semua, baru gi makan kat sekitar hotel. Kat sini kami stay 3 malam, hotel agak selesa, blilik air ok cuma dapat dengar bunyi...so kurang privacy kat situ. Malam suami nak ajak gi pasar malam kat Brinchang, so suruh dia gi sorang je sebab rasa x larat nak pegi...perut masih x selesa.




Day 2

Hari ini pun perut masih x selesa so suami pegi belikan pil chi kit teck aun so i makan tu jer baru rasa ok. Lepas dah tengahari baru kluar...pergi dekat2 je taman kaktus. Tak ingat apa nama tempat ni..tapi kat sini ada jual madu lebah and i ada beli.








Malam tu jalan2 sekejap kat pasar malam Brinchang, luas sangat...orang pun ramai...ada banyak jual bunga, jagung, strawberi fresh, strawberi kering, madu lebah, baju2, makanan, minuman..macam2 la

Day 3

Cameron valley tea
Hari ni dah betul2  sihat, alhamdulillah so banyak tempat nak gi ari nih....bagi nak cover semalam tak berjalan sangat. Hari ni mula2 pegi Cameron Valley tea...cni ada ladang teh tapi x luas sangat tapi cantik jugak la tempat dia. 





Cameron Lavender
Lepas tu pegi Cameron Lavender...tempat ni lagi best dari tempat tadi...pemandangan cantik, banyak taman bunga...roses, lavender





Info dari google
Namun begitu, tidak seperti namanya, taman ini bukan sahaja mempunyai lavender, tetapi juga pelbagai spesies bunga lain dan buah strawberri. Taman yang bersih ini tidaklah sebesar mana, tetapi jika anda bernasib baik datang pada musim lavender berbunga, anda pasti terpesona dengan barisan bunga-bunga ungu yang menghiasi taman ini. Oleh kerana anda bukan sahaja boleh memetik strawberri tetapi juga bunga daisi — tempat ini cukup ideal jika anda dalam perjalanan pulang dan masih mencari buah tangan di saat-saat akhir.
Ladang teh boh Sungei Palas
Kemudian pergi ke Ladang teh Boh kat sungai palas, jalan nak ke sini agak sempit namun kena berhati-hatilah bawak kereta, Insyaallah selamat sampai. Kat cni pemandangan cantik sangat, kat atas tu ada restoren untuk minum teh/coffee...kat cni ada jual scone yang famous tu kan, tapi i x try pulak...just makan kek dan minum teh. Pemandangan kat atas memang cantik, view nampak ladang teh yang hijau serta suhu yang nyaman rasa macam sorga jap...sambil fefeeling romantik ngan suami...hihi.





Hasil dari google info 
Ladang teh BOH ini terletak berhampiran dengan Kea Farm dan tidak sukar untuk mencari ladang teh BOH Sg Palas kerana terdapat papan tanda untuk membantu anda sampai ke sana. Sekiranya anda dari Tanah Rata anda perlu memandu sehingga sampai ke Equatorial Hotel Cameron Highlands. Dari Equatorial Hotel anda perlu memandu lagi sejauh 450 m untuk sampai ke simpang Ladang Teh BOH Sungai Palas seperti dalam gambar di bawah. Apabila sampai ke simpang ini anda perlu belok kiri dan anda perlu memandu melalui jalan sempit sejauh 3.5 km untuk sampai ke Sungai Palas BOH Tea Plantation. Walaubagaimanapon memandu semasa musim cuti sekolah akan menimbulkan sedikit masalah kerana anda perlu mengharungi kesesakan jalan disebabkan kebanjiran pelancong ke Cameron Highlands. Pastikan anda bertolak awal bagi mengelak dari terperangkap dalam traffic jam.



Taman Agro tourism big red strawberry farm
Lepas tu kami pergi ke Taman Agro tourism big red strawberry farm...kat cni pun banyak amik pic tapi untuk simpanan peribadi je.






Info dari google 
Big red strawberri farm adalah ladang terbesar dan paling selesa di Cameron Highlands, pusat The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tempat anda melihat tanaman strawberri sambil merasai beraneka hidangan berasaskan buah berkenaan. Dimulakan oleh seorang pendatang India yang berhijrah ke sini sebelum Merdeka, (sewaktu umurnya hanya 15 tahun), ladang ini mempunyai kafe dan kedai cenderamatanya sendiri. Jadi selain merasai muffin dan aiskrim, anda juga boleh membeli teh dan pelbagai cenderamata lain untuk dibawa pulang. Selain itu, tidak seperti kebanyakan ladang strawberri lain di Cameron yang dibina di cerun sungai, ladang ini agak landai dan tempat letak keretanya luas. Anda juga boleh bersenang-lenang memetik buahnya walaupun ketika hujan lebat kerana ia di bawah bumbung besar.
Day 4

Hari ni nak balik dah, kami singgah satu tempat yang macam pasar tani pagi yang jual macam2 benda, so beli kat cni jer strawberi, sayur, jagung dan madu. Masa kat sini suami buat surprised, suami hantar i kat kereta dulu..dia kata nak beli buah. So i tunggu dalam keta, rupa2nya dia gi beli jambangan bunga roses kat i...rasa happy sangat, first time dapat bunga dari suami....hihi....




Antara benda yang kami beli...









Rumusan

1) Percutian memang best sebab dah lama teringin nak ke Cameron, so suami cadangkan untuk honeymoon datang ke cni...tak sangka tercapai jua impian nak datang ke sini dengan yang tersayang.

2) Hotel Rainbow agak selesa, cuma dinding bilik less prove dapat dengar dari luar...so bagi yang nak privacy x sesuai kot dok cni....tapi dari segi lokasi memang strategik duduk betul2 kat bandar brinchang, sangat dekat dengan kedai makan, kedai serbaguna, pasar malam, kfc, atm...senang.

3) Lenkali kalau datang lagi nak try makan stim boat dan scone, hari tu x sempat, yer lah plus sakit perut x berani nak try makan bukan-bukan.

4) Untuk perjalanan pula, x nak dah bertolak petang sebab masa nak naik cameron waktu maghrib...takut rasa...lenkali nak tolak pagi atau paling lewat tengahari.

5) Update tersangatla ringkas, pic banyak tapi yg dpt dishare hanya la seperti di atas.

Saturday, 5 May 2018

Cuti-cuti Langkawi (Mac 2018)

Salam my blog....lama dah x update, cepat betul masa berlalu dah masuk bulan Mei kita, tak lama lagi nak berpuasa pula....dan nak berhari raya puasa pula...hihi...

Oh ya cuti sekolah bulan Mac ari tu sempat pegi Langkawi 4 hari 3 malam....tapi macam ingat2 lupa iterinary...tapi xpe la nak jugak cerita serba ringkas moga2 dapat jadi kenangan kami berdua nanti..

Oh ya cuti ke Langkawi kali ni pergi berdua ngan suami, suami x penah gi Langkawi macam x caya lak i...so kami pun ke Langkawi.

Day 1

Journey bermula di KL sentral, kami pergi menaiki ets dan turun di  Arau, tambang ets Gold tak silap RM73 seorang. Tempoh perjalanan 6 jam, bermula pukul 9.30 pagi dan sampai di Arau dalam pukul 3.30 petang. Dari Arau kami naik teksi grab lebih kurang setengah jam perjalanan, tambangnya dalam rm20 rasanya..ingat2 lupa. Sampai kat jeti kuala perlis kami naik feri pulak selama sejam dan sampai ke jeti kuah langkawi. Dari jeti ambik teksi grab lagi sampai ke hotel di pantai chenang. Hotel kami menginap ialah Langgura Baron Hotel. Kenapa kami tak naik flight jer gi Langkawi? sebab tiket flight sorang pergi ke Langkawi saja dalam RM300 seorang, so tak payahla...baik naik transport lain kan?

Sampai kat hotel Langgura Baron tempat kami menginap, terus check in siap2, mandi dan solat jamak qasar siap2. Lepas maghrib nak pegi jalan2 cari makan, lapar sangat dalam ets kami cuma share makan makanan ringan sahaja. Kami dinner kat kedai area pantai chenang je...lepas makan kami jalan2 kat sekitar hotel tapi tak lama pun sebab i dah penat sangat plus cuaca kat Langkawi sangat panas berpeluh2 walaupun malam. Balik bilik hotel rasa syurga sangat sebab sejuk dan nyaman berbanding kat luar. Malam tu tido awal sebab kepenatan.

Day 2

Iterinary hari ni nak naik kereta kabel. Lupa lak semalam suami deal dengan agen sewa kereta so kitorang dapat sewa perodua Axia untuk 2 hari, lupa lak berapa rm sebab harge sewa ikut time, kalau time peak macam ni mahal la sikit. So pagi tu dalam pukul 10 baru gerak, tapi sebelum tu kami gi makan dulu siap2, suami penggemar kfc so makan je la mkn pg plus lunch...lepas dah kenyang baru gerak ke point kereta kabel. Jalan nak ke sana berdasarkan map dan sign board. Jalan punya jalan kami terjumpa pantai nan cantik, so bergambar dulu kat cni...nama pantai x ingat tapi sebelah dengan hotel 5 stars kalau x salah.




Lepas tu teruskan perjalanan dan ternampak signboard telaga tujuh. So suami pun singgah, tak sangka pulak tingginya tangga nak naik telaga tujuh ni. I sampai nyawa-nyawa ikan nak sampai kat atas. Encik suami x pe la dia memang fit, nak naik gunung pun xde masalah...adoiii orang yang macam i yang jarang bersukan ni nak hadap ni seksa sangat. Suami amat penyabar, kalau ikutkan dia nak gendong i naik atas, tapi macam mengada sangat la kan. So lepas berenti rehat beberapa kali baru la sampai atas. Sampai je i terus nak cari air, tapi kat atas tu sapa yang sanggup bukak kedai..so terpaksa la menahan kehausan. So i pun duduk la berehat kat gazebo sambil tunggu suami ambik pic kat port2 yang dia berkenan. Telaga tujuh ni merupakan air terjun...tapi bentuk setiap satu macam telaga dan ada tujuh semuanya..Kat atas ni ramai geng mat saleh mandi berbikini...rasa segan lak kat suami,. Dari puncak telaga tujuh dapat nampak kereta kabel dari jauh. So dah puas lepak kat atas tu dan reload tenaga baru la turun balik...masa nak turun tu terserempak orang lain yang baru nak naik...pun tercungap2 macam i tadi.
Lepas turun, kami minum air hilangkan dahaga, nak ganti balik air yang dah banyak hilang dalam badan.




So dah settle semua kami pun gerak ke kereta kabel kat gunung mat chinchang. Sampai kat entrance rupa2nya banyak parking so parking la kat mana yang korang nak, cuma yang dekat harusla dah penuh. So menapak la sikit kemudian gi beli tiket. Lupa lak berapa RM sebab hari tu tiket untuk kereta kabel sahaja xde, siap ngan pakej muzium 3D dalam RM55 sorang kot rasanya. Tu pun dah dapat diskaun sebab warganegara kan, so jangan lupa bawak ic yer...kalau tak x dapat diskaun. Sebelum naik tu kami minum dan makan apa yang patut dulu, suami belikan jus mangga dan meatball cheese so makan tu je la...itu pun dah kenyang k. Lepas tu terus gi beratur nak naik kereta kabel, orang memang ramai tapi tak de la lama sangat menunggu. Sebab ari tu baca kat mana ntah dia suruh datang pagi2 sebab nak elak orang ramai, tapi masa time i tu dah pukul 3 petang gitu...boleh hadap lagi la...So dah beratur bagai kami pun dapat la naik tapi berkongsi group ngan geng chinese. Tak kisahla kan, tapi kalu berkira sangat nak privacy honeymoon ke boleh la bayar untuk satu kabel vip..tak pasti lak berapa tapi ratus2 la kan. Masa nak naik atas tu, rasa gerun gak la sebab tinggi kan, so baca la bismillah banyak2 supaya selamat perjalanan kita ke atas.

Sampai kat atas kami bergambar fefeeling baru kawen mood hanimun...seronok sangat bila bersama sang suami...sila muntah...lepas tu ada bridge skywalk tu...tapi kami tak naik pun, satu kena bayar harga lain, satu lagi i dah penat nak menapak. So dah puas ambik pic kat atas tu jomla turun...dah pukul 5 petang kot.






Dah turun suami nak masuk muzium 3D, ikutkan ati i nak balik dah...tapi suami kata rugi la tak masuk...sebab tiket termasuk pakej td kan...so ikutkan je suami i. Memang best sangat masuk kat cni, so bergambar sakan la ngan en suami. I punya watak lain sangat ngan suami, i actually dah xde mood dah nak amik pic ni, ikutkan nak amik kan pic dia je...tapi suami mesti nak suruh i berpic sekali...huhu...ikutkan je la kan mood dia yang sentiasa happy tu...






So dah abih pusing dalam muzium tu dalam kol 6 gitu cepat2 kluar sebab lom solat lagi kan...so kat luar tu ada tempat solat jamak kasar siap2. Lepas tu terus balik...otw balik tu ternampak gerai laksa penang ikan sekor, so suami singgah. Dah singgah parking keta semua rupa2nya laksa dah habih...lagi pun dorang nak tutup dah sebab dah pukul 7 pm. Gerai ni bukak pkl 4 petang gitu tapi sampai kol 7 je. So agak frust di ctu, suami kata kita datang petang esok makan, okayla.

Malam tu lepas mandi, solat semua lepas maghrib keluar lagi cari2 makan kali ni kat kedai yang dapat review sedap so makan la kat ctu...pun lupa apa nama kedai tu

Lepas makan suami nak jalan2 kat tepi pantai chenang dulu...tengok2 ada orang buat show baling2 api tapi i x ambik pic pun...sekadar tengok je...lepas tu suami nak singgah kat kedai beli coklat so moh le kita masuk jap cuci2 mata padahal esok pun nak gi haji ismail group beli coklat. Lepas dah beli so moh le kita balik....tapak kaki dah naik kematu berjalan seharian. Suami ada set aplikasi berapa jauh berjalan dia kata hari ni dah berjalan 10000m=10km. Biar betul, patutle nak tercabut kaki i ni berjalan.

Lepas tu balik bilik sapu minyak kat kaki semua baru le membuta.

Day 3

Hari ini iteranary nak ke bandar kuah, so macam biasa makan sarapan plus lunch kat kfc dulu pahtu baru la nak mulakan perjalanan. Otw nak ke kuah, i ternampak sign board beras terbakar padang mat sirat, so kitorang pun singgahla ambik pic sekeping dua pahtu belah. xde ape pun kat cni...Lepas tu singgah laman mandi, ambik pic jugak...tapi singgah kejap je ambik pic kat entrance x masuk pun..sebab xde orang..

Then nampak signboard makam mahsuri so kitorang pun singgah tapi jalan dia macam agak terpencil sikit, nasib baik jumpa. so lepas dah bayar tiket kitorang pun masuk dalam. Tempat ni agak luas, ada rumah tradisonal dan telaga mahsuri selain makam. So ambik je la pic. Kat cni ramai pelancong, tak macam tempat laman padi...sunyi xde org.




Dah puas round dalam tu kami pun gerak gi ke bandar Kuah. Kat cni nak gi dua tempat jer...dataran helang dengan haji ismail group. Semua ikut map je ngan signboard.

Sampai kat dataran helang pun bergambar jugak...tapi dah tengahari panas yang amat ka cni...habis sunburn muka i yang dah memang sunburn sejak semalam. Habis ambik pic cepat2 cabut pegi HGI.




Nak ke HGI pun senang je ikut signboard, ya Allah ramainya org kat cni semua nak beli coklat. Lupa nak snap pic beli coklat, takdela banyak sangat beli tapi abih jugakla ratus.

Dah abih membeli terus balik ke pantai chenang, otw balik tu singgah makan lunch kat kedai tepi jalan...pahtu terus balik bilik...mandi, solat rehat.

Dalam kol 5 petang macam tu suami nak mandi pantai, so temankan suami mandi kat pantai chenang. Abih mandi kat pantai, suami nak mandi kat kolam pulak...i ikutkan je. Dah nak maghrib mohle kita balik bilik.









Lepas dah mandi, solat lepas maghrib kluar lg nak dinner...lepas dinner jalan2 sekitar hotel pahtu balik bilik...tido.

Day 4

Hari ini nak nak balik dah...flight kitorang pkl 9.30 pagi so dalam pukul 7 pg dah check out hotel serah kunci terus gi airport. Airport dekat je dengan pantai chenang dalam 15 minit gitu. Kitorang naik airasia langkawi-kl, kl-kb...Xde tiket flight direct sekarang....ingat nak amik langkawi-kb tapi xde. Kos flight utk 2 org dalam 300++. Dah lama x naik airasia, selama ni dok naik firefly ngan malindo kat subang...so banyakla benda baru nak kena belajar masa nak check in kat cni. Rupa2nya lepas check in kena print tagging bag sekali, i is tak tau...lepas tu kena pasang sendiri sticker tagging dan hantar kat check in bag...x suka la mcm ni.. :-(. I biasa naik firefly, malindo just print tiket bg bag kat kaunter je...manyak senang. Lenkali xmo naik airasia...manyak rumit.

Walau apa pun kol 3.30 ptg kami dah sampai airport KB, alhamdulillah.

Rumusan

1)Secara keseluruhan cuti ni memang best, cuma masa tak cukup sebab x sempat nak bawak suami gi island hoping , tak pe la lenkali kami gi lg join island hoping lak.

2)Hotel Langgura Baron memang selesa bagi kami, dekat dengan kedai makan dan jalan kaki je nak ke pantai Cenang...harga semalam pun tak mahal sangat, kami book kat booking.com ada diskaun dan lebih murah daripada walk in.

3) Makanan masa dinner pun semua best2, nama kedai tak ingat semua i google je kat internet dan tgk review best2 pahtu gi try




4)Sewa kereta pun ok, dapat kereta perodua axia baru..minyak isi RM50 pun masih ada balance masa nak hantar kereta, tuannya datang ambik kat airport.

5)Sebenarnya suami boleh je nak drive ke Langkawi  tapi nak bawak keta pun kena bayar jugak angkut naik feri...so xpela kita naik public transport jer...pun dapat rasa pengalaman naik feri. Naik ets pun selesa, cuma bawakla bekalan makanan dalam perjalanan tu...memang ada kantin tapi tak banyak pilihan. Sampai kat arau senang je order grab...so kalau sesiapa nk jimat naik je ets.

6)Cuaca kat Langkawi panas yang amat, muka i sampai sunburn teruk...balik rumah cepat2 beli mask aloe vera byk2 tepek kat muka tiap malam...so pengajarannya pakai spf uv lotion plus pakai topi. I dah pakai topi tapi x cukup protection.

7)Kalau nak menginap yang tempat happening pilihla pantai cenang, banyak hotel kat cni...malam2 memang meriah ngn tourist. Tapi kalau nak privacy, sunyi bolehla pilih hotel 5 stars yang ada private beach sendiri.

ok tu je la yang i dpt rumuskan dan info yang i boleh share...daaa