Sebenarnya kami gi Cameron selepas kami sehari selepas bergelar suami isteri...nak dijadikan cerita pagi nak ke Cameron i diserang gastrik yang teruk sampai sesak nafas, nak pitam dan sakit perut cirit birit. So dalam hati macam nak tunda pergi Cameron. Makan ubat gastrik dan makan nasik putih serta air kosong....tengahari baru macam ok sikit...tu pun dok baring kat katil je sebab rasa badan macam x sihat. Petang macam tu dalam pukul 3 x salah, tengok suami terbaring bosan kat ruang tamu, macam kesian lak....so jom la kita pegi jer. Suami siap beli air susu coklat, roti dan bawak ubat...risau gak nanti sakit perut dalam perjalanan.
Masa nak naik Cameron tu dah waktu maghrib, ya Allah takutnya i rasa sebab tak ada kereta pun yang ada kat jalan raya cuma kereta kami jer. Dalam otak i ni mula pikir macam2...yer la dengan keadaan gelap, sunyi macam masuk dunia lain. I banyak2 baca ayat qursi sambil tutup muka dengan tuala sebab x sanggup nak tengok kat luar tingkap takut nampak benda lain. Dekat sejam macam tu baru la nampak ada sebuah kereta kat belakang kami follow dari belakang...baru rasa lega sikit.
Dalam pukul 9 lebih macam tu kot baru sampai kat Cameron, hotel kami book hotel Rainbow kat bandar Brinchang melalui booking.com. Selepas dah check in semua, baru gi makan kat sekitar hotel. Kat sini kami stay 3 malam, hotel agak selesa, blilik air ok cuma dapat dengar bunyi...so kurang privacy kat situ. Malam suami nak ajak gi pasar malam kat Brinchang, so suruh dia gi sorang je sebab rasa x larat nak pegi...perut masih x selesa.
Day 2
Hari ini pun perut masih x selesa so suami pegi belikan pil chi kit teck aun so i makan tu jer baru rasa ok. Lepas dah tengahari baru kluar...pergi dekat2 je taman kaktus. Tak ingat apa nama tempat ni..tapi kat sini ada jual madu lebah and i ada beli.
Malam tu jalan2 sekejap kat pasar malam Brinchang, luas sangat...orang pun ramai...ada banyak jual bunga, jagung, strawberi fresh, strawberi kering, madu lebah, baju2, makanan, minuman..macam2 la
Day 3
Cameron valley tea
Hari ni dah betul2 sihat, alhamdulillah so banyak tempat nak gi ari nih....bagi nak cover semalam tak berjalan sangat. Hari ni mula2 pegi Cameron Valley tea...cni ada ladang teh tapi x luas sangat tapi cantik jugak la tempat dia.
Lepas tu pegi Cameron Lavender...tempat ni lagi best dari tempat tadi...pemandangan cantik, banyak taman bunga...roses, lavender
Info dari google
Namun begitu, tidak seperti namanya, taman ini bukan sahaja mempunyai lavender, tetapi juga pelbagai spesies bunga lain dan buah strawberri. Taman yang bersih ini tidaklah sebesar mana, tetapi jika anda bernasib baik datang pada musim lavender berbunga, anda pasti terpesona dengan barisan bunga-bunga ungu yang menghiasi taman ini. Oleh kerana anda bukan sahaja boleh memetik strawberri tetapi juga bunga daisi — tempat ini cukup ideal jika anda dalam perjalanan pulang dan masih mencari buah tangan di saat-saat akhir.
Ladang teh boh Sungei PalasKemudian pergi ke Ladang teh Boh kat sungai palas, jalan nak ke sini agak sempit namun kena berhati-hatilah bawak kereta, Insyaallah selamat sampai. Kat cni pemandangan cantik sangat, kat atas tu ada restoren untuk minum teh/coffee...kat cni ada jual scone yang famous tu kan, tapi i x try pulak...just makan kek dan minum teh. Pemandangan kat atas memang cantik, view nampak ladang teh yang hijau serta suhu yang nyaman rasa macam sorga jap...sambil fefeeling romantik ngan suami...hihi.
Hasil dari google info
Ladang teh BOH ini terletak berhampiran dengan Kea Farm dan tidak sukar untuk mencari ladang teh BOH Sg Palas kerana terdapat papan tanda untuk membantu anda sampai ke sana. Sekiranya anda dari Tanah Rata anda perlu memandu sehingga sampai ke Equatorial Hotel Cameron Highlands. Dari Equatorial Hotel anda perlu memandu lagi sejauh 450 m untuk sampai ke simpang Ladang Teh BOH Sungai Palas seperti dalam gambar di bawah. Apabila sampai ke simpang ini anda perlu belok kiri dan anda perlu memandu melalui jalan sempit sejauh 3.5 km untuk sampai ke Sungai Palas BOH Tea Plantation. Walaubagaimanapon memandu semasa musim cuti sekolah akan menimbulkan sedikit masalah kerana anda perlu mengharungi kesesakan jalan disebabkan kebanjiran pelancong ke Cameron Highlands. Pastikan anda bertolak awal bagi mengelak dari terperangkap dalam traffic jam.
Taman Agro tourism big red strawberry farm
Lepas tu kami pergi ke Taman Agro tourism big red strawberry farm...kat cni pun banyak amik pic tapi untuk simpanan peribadi je.
Info dari google
Big red strawberri farm adalah ladang terbesar dan paling selesa di Cameron Highlands, pusat The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tempat anda melihat tanaman strawberri sambil merasai beraneka hidangan berasaskan buah berkenaan. Dimulakan oleh seorang pendatang India yang berhijrah ke sini sebelum Merdeka, (sewaktu umurnya hanya 15 tahun), ladang ini mempunyai kafe dan kedai cenderamatanya sendiri. Jadi selain merasai muffin dan aiskrim, anda juga boleh membeli teh dan pelbagai cenderamata lain untuk dibawa pulang. Selain itu, tidak seperti kebanyakan ladang strawberri lain di Cameron yang dibina di cerun sungai, ladang ini agak landai dan tempat letak keretanya luas. Anda juga boleh bersenang-lenang memetik buahnya walaupun ketika hujan lebat kerana ia di bawah bumbung besar.
Day 4Hari ni nak balik dah, kami singgah satu tempat yang macam pasar tani pagi yang jual macam2 benda, so beli kat cni jer strawberi, sayur, jagung dan madu. Masa kat sini suami buat surprised, suami hantar i kat kereta dulu..dia kata nak beli buah. So i tunggu dalam keta, rupa2nya dia gi beli jambangan bunga roses kat i...rasa happy sangat, first time dapat bunga dari suami....hihi....
Antara benda yang kami beli...
Rumusan
1) Percutian memang best sebab dah lama teringin nak ke Cameron, so suami cadangkan untuk honeymoon datang ke cni...tak sangka tercapai jua impian nak datang ke sini dengan yang tersayang.
2) Hotel Rainbow agak selesa, cuma dinding bilik less prove dapat dengar dari luar...so bagi yang nak privacy x sesuai kot dok cni....tapi dari segi lokasi memang strategik duduk betul2 kat bandar brinchang, sangat dekat dengan kedai makan, kedai serbaguna, pasar malam, kfc, atm...senang.
3) Lenkali kalau datang lagi nak try makan stim boat dan scone, hari tu x sempat, yer lah plus sakit perut x berani nak try makan bukan-bukan.
4) Untuk perjalanan pula, x nak dah bertolak petang sebab masa nak naik cameron waktu maghrib...takut rasa...lenkali nak tolak pagi atau paling lewat tengahari.
5) Update tersangatla ringkas, pic banyak tapi yg dpt dishare hanya la seperti di atas.
No comments:
Post a Comment