Wednesday, 6 January 2021

Harapan 2021

 Assalamualaikum my dear blog....Ya Allah lama betul x mengupdate blog ini...rasanya dah 2 tahun...huhu. Seperti biasa faktor kesuntukkan masa adalah faktor utama....memang x ada masa dan yang kedua faktor busy dengan kerja dan juga urusan seharian.

Sekarang ni tuan tanah (TT) berada di kampung, sementelah cuti sekolah dan jugak yang lebih tepat berada di rumah suami di kampung M**, Pasir Mas. Rumah bonda TT masih berada di kampung l**, cuma lokasi rumah dah berubah sedikit sebab bonda dah berpindah ke rumah baru. 

Bila dah lama x mengupdate blog, rasa dah tumpul idea nak buat ayat...hihi

Oh ya sekarang ni kat Kelantan musim hujan...everyday hujan kalu stop pun beberapa jam kemudian sambung balik. Depan rumah ada sawah padi...sawah padi pun dah berubah jadik tasik yang luas...penuh dengan air hujan. Tahun lepas kawasan rumah naik air sampai 2 anak tangga so cepat2 TT dengan suami pergi berpindah ke rumah bonda...4, 5 hari jugak nak tunggu air surut...so harap tahun ni x banjir la kawasan rumah TT ni,,,huhu.


Minggu depan dah nak kena balik ke Penang sebab dah mula mesyuarat guru di sekolah. Seperti biasa kami akan balik ke rumah kami....rindu our house. Bukan apa sekitar rumah ada tanam pokok bunga dan tanaman lain...so harap2 x kecut dan hidup dengan subur. Bila kami balik kampung ayah mertua akan tolong siram pokok2 tu jadi sangat membantu bila kami x ada di rumah.


Sekarang ni hobi suka tanam bunga roses, tapi menjaganya amat rumit...syukur alhamdulillah bunga2 ni kerap berbunga walaupun sering diserang kutu dan perosak lain. Ni bila dah tinggal lama sure kurang subur...huhu..harap2 hidup le semuanya. Tak sangka ada taman mini rose sendiri...walaupun kecik.





Alamak, kembali kepada tajuk blog harapan 2021...
pertama sekali mestila nak hidup bahagia di samping suami tersayang...tahun 2020 begitu banyak pahit manis yang dilalui...namun x sempat ditulis dalam blog...InsyaaAllah ada masa TT akan update..

Kami masih berdua...berharap 2021 akan memberikan sinar dalam mendapat zuriat...semoga Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang akan memurahkan rezeki yang diberkati  melimpah ruah dan menganugerahkan kami zuriat yang dinanti2kan. 

Yang lain-lain adalah target dalam renovate rumah...harap tercapai hajat kami...semuanya bergantung kepada $$ ...semoga yang dirancang akan berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment