Assalamualaikum my dear blog....Ya Allah lama betul x mengupdate blog ini...rasanya dah 2 tahun...huhu. Seperti biasa faktor kesuntukkan masa adalah faktor utama....memang x ada masa dan yang kedua faktor busy dengan kerja dan juga urusan seharian.
Sekarang ni tuan tanah (TT) berada di kampung, sementelah cuti sekolah dan jugak yang lebih tepat berada di rumah suami di kampung M**, Pasir Mas. Rumah bonda TT masih berada di kampung l**, cuma lokasi rumah dah berubah sedikit sebab bonda dah berpindah ke rumah baru.
Bila dah lama x mengupdate blog, rasa dah tumpul idea nak buat ayat...hihi
Oh ya sekarang ni kat Kelantan musim hujan...everyday hujan kalu stop pun beberapa jam kemudian sambung balik. Depan rumah ada sawah padi...sawah padi pun dah berubah jadik tasik yang luas...penuh dengan air hujan. Tahun lepas kawasan rumah naik air sampai 2 anak tangga so cepat2 TT dengan suami pergi berpindah ke rumah bonda...4, 5 hari jugak nak tunggu air surut...so harap tahun ni x banjir la kawasan rumah TT ni,,,huhu.
Minggu depan dah nak kena balik ke Penang sebab dah mula mesyuarat guru di sekolah. Seperti biasa kami akan balik ke rumah kami....rindu our house. Bukan apa sekitar rumah ada tanam pokok bunga dan tanaman lain...so harap2 x kecut dan hidup dengan subur. Bila kami balik kampung ayah mertua akan tolong siram pokok2 tu jadi sangat membantu bila kami x ada di rumah.