Monday, 31 December 2012

Makan-makan kat Seoul Garden


Salam....hari ini last day tahun 2013....jadi jom kita makan-makan kat Seoul Garden..yey..sebenarnya lama dah sangat teringin nak makan makanan korean ni...yang ada grill dan steambot....dah plan sebelum cuti sekolah hari tu dengan kawan tak menjadi...so after meeting kat sekolah hari ni terus redah gi sana....restoran ni terletak kat festival city...so memang dekat sangat dengan my school.. :))...First time makan korean food ni masa  travel ke Singapore dulu2...terus jatuh chenta kat foods ni...so bila ada cawangan yang dekat ni terus terjah...

Hari ni juga ada berita baik...my fren kak ros pregnant again...ini merupakan baby yang 3rd....dia dah ada 2 boys...kak ros ni pun my good fren kat sek...sangat penyabar tapi juga sangat selamba orangnya...

Kami berdua je yang pergi sebab nadia (pun our good fren) tak suka makan steambot....so pergila aku dgn kak ros jer... restoran ni mula bukak 11.30 am....rate buffet RM28.88 (belum plus minuman+tax)...boleh makan semua yang ada kat bawah ni....tapi sedikit hampa sebab mutton/lamb  xde sebab cuma ada time dinner saja.. :(

Macam-macam ada...ayam, daging...




seafood...udang, sotong, kerang, lala dan lain2...tapi tak ada ketam... :(




Bagi penggemar sayur-sayuran pula...ada banyak pilihan (aku kurang minat)...ni favourite kak ros le ni...suka sangat makan sayur..


Ada pilihan bihun, mi...aku tak ambik benda ni...kak ros je yang makan...


Nasi goreng, mee goreng, sosej dll..


Ni tempat sos...pic blur...ada banyak jenis sos...yang aku ambik tadi sos cili, sos bulgogi, pahtu sos hijau, sos manis...try 4 jenis sos je...ok la rasanya..


Pelbagai jenis salad...


Ada ice cream...so pilih je nak yang mana...


Aku suka grill2 ni...so ambik daging black pepper, ayam, sotong dan udang....


Letakkan bahan-bahan dalam pinggan tadi ke dalam heater...kat tengah periuk tu untuk bahan2 steambot..pastu onkan switch then tunggu sehingga masak...


Ok dah masak...terus makan...dah habis topup lagi dan lagi.... ambik bahan2 grill...aku je yang banyak makan yang grill...kak ros lebih suka makan steambot dengan sayur sejak dia pregnant ni...so aku le yang habiskan..


For overall....aku bagi 3.5 bintang....mungkin sebab dah biasa makan kat Johny's so aku lebih suka steambot kat Johny's...tapi sebab nak makan grill tadi...kira ok la kot...lagi satu datang sini kosongkan perut betul2 baru berbaloi dengan bayaran...so pergila kawan-kawan...makan kat Seoul Garden...lagi best kalau ramai2....ok  tata..Selamat Tahun Baru 2013... :)

Sunday, 30 December 2012

Preloved item Carlo Rino shoes

Salam...kat sini saya nak let go kasut carlo rino yang dibeli pada tahun ini dan hanya sekali dipakai ...keadaan masih sangat elok dan baru...macam berada di kedai...saya beli kasut ni di butik carlo rino lcct....sebenarnya saya masih sayangkan kasut ini...tetapi kaki saya agak ketat nak memakainya...mungkin silap saya kerana saya kelam kabut try kasut tu...jadi saiz tu tak sesuai sangat dengan kaki saya...jadi saya nak let go kepada sesiapa yang berminat....untuk pertanyaan sila emel pada saya norish17@yahoo.com

descriptions :
colour : dark chocolate
size : 36
price : RM60 include postage
kasut ni sesuai di pakai ke ofis formal atau pun santai2 dengan jeans... :)















Monday, 24 December 2012

Preloved item - Bonia handbag

Salam semua...hai...kat sini saya nak let go hand bag Bonia yang saya beli 2 tahun lepas...saya cuma pakai 3 bulan sahaja kemudian saya simpan tak pakai2 sampai sekarang...jadi saya nak let go item ni kepada mereka yang berminat...item ni masih elok dan kelihatan baru...saya beli pada harga RM 400++...kepada mereka yang ingin maklumat lanjut berkenaan harga sila emel saya norish17@yahoo.com...Harga RM150 include postage...TQ
















Sunday, 16 December 2012

Jodoh kak su sampai jua...


Hari ni pukul 7 pagi dah gerak dari rumah my sister kat pantai dalam balik ke ukay perdana...cuma sempat tido satu malam je kat rumah dia. Tinggallah my bonda kat sana...my sis nak bawak bonda pergi jalan2 kat jalan TAR hari ni....tapi aku tak dapat nak ikutlah....sebab hari ini wedding day my beloved friend..kak su.  Majlis pernikahan diadakan kat masjid besi putrajaya. Sampai je kat rumah terus siap2 pakai baju kurung then ambik my friend kak tie kat sekolahnya...kami gerak dalam pukul 8.45 pagi....kami main redah je jalan...ikut signboard...nasib baik tak sesat...hehe...cuma kat putrajaya pusing2 jugak cari masjid besi...Tapi before 10 pagi dah selamat berada dalam masjid...

Aku tak penah lagi sampai kat masjid ni...first time...cantik sangat...especially kolam air nya...


Wajah kak su ceria selepas akad nikah...tak ramai pun yang dijemput...cuma kawan rapat sahaja...


Lepas akad nikah....kami konvoi beramai2 pergi ke kenduri belah pihak lelaki kat sungai merab, kajang...suami kak su wat majlis kat rumah mereka bakal duduki...Memang besarlah rumah dia...rumah kat tanah lot...ada 7 bilik semuanya...halaman pun luas...kak su memang bertuahlah dapat tinggal kat rumah idaman.. :))..Pic rumah lupa pulak nak snap..

Lepas pengantin makan kat meja pengantin...mereka kemudian bersanding kat pelamin...simple but nice...secara keseluruhannya majlis berjalan lancar dan berlangsung dengan tenang...yang penting pengantin baru nampak sangat happy dan very sweet couple walaupun kak su baru kenal dengan suaminya...

Pic banyak yang kelabu sebab lupa nak charge bateri kamera....mula tu pelik jugak....kenapa gambar x clear sangat...rupa2nya bateri nak kiok...hehe...

Buat kak su dan suami, selamat pengantin baru...semoga bahagia selalu dan dimurahkan rezeki menimang anak secepat yang mungkin...I'm very happy for u...


Tuesday, 11 December 2012

Beli batik kat Pasar Siti Khadijah

Salam...hari ini aku pergi KB sebab dah janji dengan my fren kat sek nak tolong belikan kain batik untuk dia...my fren berbangsa sikh...sebenarnya dari hari raya puasa hari tu dia dah suruh tolong belikan...tapi tau sahajalah kalau nak pergi KB time raya...jalanraya sure jem yang hazab...itu yang tak sanggup..huhu...so akhirnya hari ini berjaya juga belikan kain batik untuk my fren.. :)

Aku kalau dah sampai kat pasar Siti Khadijah...mulalah rambang mata....mulanya memang pilih untuk my fren ....lepas tu terbeli untuk myself...tak pe la kan...lagipun dah beberapa tahun tak membeli kain batik...hehe..Lepas tu mestilah beli untuk my bonda sekali...Kain batik ni penting..at least kenalah jugak ada sepasang yang cantik...terutamanya kalau nak hadiri majlis rasmi...lebih2 lagi tugas ku sebagai cikgu ini...Kain batik ni jenis krip..






Lepas beli kain batik...turun tingkat bawah untuk beli sambal daging..ataupun serunding...beli 1 kg jer..lepas tu suruh dia wat paket kecik2 supaya senang untuk agihan nanti...1 kg ni RM50




Kain batik yang dibeli tadi...pilih kaler biru bunga roses...cantik sangat...


Bonda punya kaler orange-red bunga tulip...cantik jugak...


Ok...tu jer update hari ini...tata..salam..

Monday, 10 December 2012

Happy 9th Birthday Wan Nur Zulaikha

Salam....8 Disember merupakan birthday zulaikha yang ke 9...tapi baru hari ni sambut sebab my sis busy kerja...so baru hari ni sambut...kira lewat 2 hari la...tapi tu pun zulaikha happy sangat.. :))








Happy birthday my dear zulaikha...mak su doakan zulaikha menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibubapa...amin

Friday, 7 December 2012

Kelebihan surah Al-Mulk

 Salam...sudah lama tak berkongsi ilmu di sini...dapatan dari hasil google...semoga kita mendapat manfaat daripadanya...

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal-jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

7. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal-jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

9. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."

10. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung didalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

11. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

I'm happy

Next week maybe on thursday or friday...i will go back to kl....kali ni my bonda ikut sekali...happy..(balik kuang) : D...by flight tapi belum beli tiket..hehe...Tapi tak lama pun my bonda datang...cuma dalam beberapa hari saja...tapi itu pun dah buat aku happy sangat2xxxx...

kenapa pulak my bonda ikut??...sebab my sister norma dengan family dapat pindah ke kl...suami dia dapat tukar kat kl...suami dia polis...selalu pindah2...so my bonda nak pergi lawat my sis...

Apsal pulak aku balik awal?..sebab aku nak buat preparation untuk meeting koko, filing dan lain2 lagi..yer lah dok kat kampung pun dok melepak je...padahal banyak benda yang menunggu untuk disettlekan kat kl...so baik aku balik awal...daripada kelam kabut saat2 akhir...

ok tu jer nak gitau...salamz

Tuesday, 4 December 2012

Jalan-jalan kat Pasir Mas

Salam....hari ni pagi-pagi lagi dah bersiap nak pergi ke bandar pasir mas sebab nak teman my bonda pergi klinik untuk ambik suntikan meningitis....sudahnya kami singgah dalam pasar dahulu untuk shopping tudung dan kain sembahyang...




Kemudian isi perut...makan nasi sup daging bakar...orang Kelantan waktu pagi atau tengahari memang suka makan nasi daging bakar dengan sup kaki / perut lembu...kalau korang datang sini..bolehla cuba..mana2 kat kedai makan dalam pasar...


Lepas tu terus cari klinik untuk urusan my bonda...settle semua terus balik ke rumah..antara hasil belian tadi...2 pasang kain sembahyang sulam bunga ros vietnam...satu kaler pink...satu lagi kaler white...my bonda pun beli jugak 2 pasang...bunga kaler grey dan oren. Sulam ni bunga dia timbul...lepas tawar harga dapat RM45 sepasang..









Tudung kat bawah ni range harga RM15-RM28...tudung bawal sulam dwi layer yang dijahit kat bawah ni yang terkini...masa pakai cuma sarungkan saja...simple.








Ok tu jer update untuk hari ini...salamz...

Sunday, 2 December 2012

Aktiviti kat kampung

Aktiviti kat kampung...makan, tido, tengok tv...bosan jugak bila dah lama cuti...nasib baikler ada anak buah kat sebelah rumah...so tak ada la bosan sangat....boleh dikatakan 2, 3 kali seminggu aku mengajar matematik kat my niece...zahratul...alamak banyaknya homework dia...setiap kali balik dari kelas tambahan...cikgunya akan bekalkan kerja maths sampai 30 soalan...so malam2 aku bantu apa yang dia tak boleh buat..Selain maths, subjek sains...zahratul ni...boleh dikira budak yang rajin...tulisan dia pun kemas dan bersih.

Petang2...biasa tengok anak buah main2 kat halaman rumah...sebab my sis kerja...so kena la pantau dorang masa main2...Kalau tak pun tolong my bonda cabut rumput yang tumbuh kat sekeliling tanaman herba atau sayur-sayuran....tak banyak mana pun...sebab kawasan nya cuma kecik saja...Tanah kat sekeliling rumah memang subur yang amat...semua tanaman ni...main campak je terus hidup subur...hehe..ni my bonda cakap.

pokok pegaga

pokok serai

pokok lengkuas

pokok buah salak


Itu sajalah aktiviti kat kampung ni...sangat tak happening...nak travel dis ni tak jadi...kena postpone next year...sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan...

Baiklah kat sini aku  share pic anak buah...asyik share pic dorang jer...bila la nak share pic anak sendiri...hehe...apa la yang aku mengarut ni...kwen pun belum.. : p






Ok ...sekian saja update..salamz..