Salam...sudah lama tak berkongsi ilmu di sini...dapatan dari hasil google...semoga kita mendapat manfaat daripadanya...
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia
menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah
membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas
menceritakan:
"Pernah suatu ketika setengah para sahabat
berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu
adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka
tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula
hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah
mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal
itu diadukan kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda yang
bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar
pembacanya dari azab neraka."
Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga
mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan
sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:
1. Abu Hurairah
meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam
Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat
bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya,
selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al
Mulk."
2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira,
sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga
seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al
Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu
sebagai pengganti untuk bersoal-jawab dengan Munkar Nakir.
6.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang
terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat.
Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya
dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
7.
Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan beradu
melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
8.
Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan
pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal-jawab pada hari
kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang
mengamalkannya dari azab api Neraka."
9. Saiyidina 'Ali berkata:
"Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari
kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi
Yusuf."
10. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al
Mulk terkandung didalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa
mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan
itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada
pandangan makhluk."
11. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata:
"Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya,
nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT di dalam
kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu
seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah
Al Mulk."
Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
No comments:
Post a Comment