Wednesday, 11 January 2012

Lala masak lemak putih

Salam...entah macamana hari ni balik sekolah, singgah pasar mini beli lala...teringin nak makan seafood jer minggu ni.... Biasa hari sekolah jarang masak...lepas sekolah biasa gi makan dulu kat mana-mana tapi hari ni kawan-kawan semua ada hal...so masak jer la sendiri...lagi jimat.

                                                                         

Bahan-bahan
- Lala satu paket
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 asam keping
- santan 1 paket

Bahan dikisar
- 2 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 10 ulas cili padi
- 1/2 inci halia
 
Cara memasak:
1.Masukkan bahan yang dikisar, secawan air, serai dan lala, masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan asam keping, santan, garam, gula dan bahan perisa.
3. Biarkan sehingga masak.

Sunday, 8 January 2012

Ketam masak gulai cili padi

Salam...dah makan tengahari semua? Hari ini ada mood rajin nak masak...so sejak semalam terpikir nak makan ketam, jadi pagi tadi gi cari ketam...tapi yang ada cuma ketam saiz sederhana. Biasa aku beli kat carrefour jer...tapi tadi malas nak drive jauh-jauh so beli kat pasar mini jer. Lepas tu teringin nak masak puding roti...so cari bahan untuk buat puding roti sekali.

Resepi ni aku google kat internet jer...ni kali pertama aku masak gulai ketam dan puding roti...dan hasilnya okayla sedap jer...lainkali bolehla masak untuk tetamu yang datang ke rumah.


Resepi gulai ketam masak cili padi
- beberapa ekor ketam
- 1 helai daun kunyit (dicarik)
- 1 batang serai (dititik)
- 1 asam keping 
- santan

bahan dikisar
- 1/2 inci kunyit hidup
- 10  biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar saiz sederhana
- 1/2 inci belacan

Cara memasak :
1. Ketam dibersihkan dengan memotong kaki dan sepit diketuk.
2. Masukkan bahan dikisar, serai dan ketam, masak hingga ketam bertukar warna.
3. Kemudian masukkan santan, setelah mendidih masukkan daun kunyit, asam keping, garam, gula dan   
    bahan perisa.
4. Biarkan mereneh seketika dan angkat.

Masakan yang kedua puding roti...tapi tak letak resepi dia cuma letak gambar jer...hehe...nampak macam hangus kat atas tapi kat bawah okay jer...lainkali kena kurangkan masa bakar, tadi guna masa 30 minit suhu 180 darjah celcius...apa pun rasanya tetap sedap...okay selamat mencuba.

Monday, 2 January 2012

Sunday, 1 January 2012

Alhamdulillah

Salam...selamat tahun baru semua...semoga kita menjadi muslim yang lebih baik tahun ini...hehe...azam yang lain tak payah lerr cerita kan...simpan sendiri jer. Kalau ikutkan hati tak nak wat entry dah untuk ari ni....tapi selepas call my mak tadi mood terus melonjak gembira sebab ada berita yang sangat menggembirakan...pun tak nak kongsi kat sini sebab ianya berkaitan hal keluarga. Syukur alhamdulillah ya Allah berbulan mak menanggung kerisauan dan bersedih akibat problem tersebut akhirnya ia hilang begitu sahaja hari ini...Kami anak2 nya juga sangat bersyukur dan bergembira dengan berita ini. Ya Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga dan limpahkanlah rahmat buat kami....amin.

Baiklah...aku ingin menceritakan perkembangan diri aku pula...aku dah balik ke Kuala Lumpur pada 27 hb pada minggu lepas kerana wajib menghadiri mesyuarat guru pada 28 hb. Kesemua tugas rasmi ku pada tahun 2012 telah ku ketahui.29hb pula aku menghadiri mesyuarat panitia. Keesokkannya pun aku datang sekolah lagi sebab menguruskan 3 orang pelajar yang ingin berpindah...dan menyiapkan kerja pemfailan untuk kokurikulum.

Takwim untuk 2012 pula sekolahku mengambil cuti peristiwa dan berganti selama 3 hari semasa Tahun Baru Cina jadi sekolahku akan bercuti selama seminggu...yeahuuuu...dan sepantas kilat aku terus book tiket on 20hb jan untuk balik kampung....20 hb tu ari jumaat so maknanya lepas sekolah terus gi lcct airpot...

Kepada mereka yang membaca catatan ini aku doakan semoga apa yang kamu rancangkan dipermudahkan...yang penting usaha, doa dan tawwakal...ok itu saja...tata

selamat tahun baru 2012