Salam...selamat tahun baru semua...semoga kita menjadi muslim yang lebih baik tahun ini...hehe...azam yang lain tak payah lerr cerita kan...simpan sendiri jer. Kalau ikutkan hati tak nak wat entry dah untuk ari ni....tapi selepas call my mak tadi mood terus melonjak gembira sebab ada berita yang sangat menggembirakan...pun tak nak kongsi kat sini sebab ianya berkaitan hal keluarga. Syukur alhamdulillah ya Allah berbulan mak menanggung kerisauan dan bersedih akibat problem tersebut akhirnya ia hilang begitu sahaja hari ini...Kami anak2 nya juga sangat bersyukur dan bergembira dengan berita ini. Ya Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga dan limpahkanlah rahmat buat kami....amin.
Baiklah...aku ingin menceritakan perkembangan diri aku pula...aku dah balik ke Kuala Lumpur pada 27 hb pada minggu lepas kerana wajib menghadiri mesyuarat guru pada 28 hb. Kesemua tugas rasmi ku pada tahun 2012 telah ku ketahui.29hb pula aku menghadiri mesyuarat panitia. Keesokkannya pun aku datang sekolah lagi sebab menguruskan 3 orang pelajar yang ingin berpindah...dan menyiapkan kerja pemfailan untuk kokurikulum.
Takwim untuk 2012 pula sekolahku mengambil cuti peristiwa dan berganti selama 3 hari semasa Tahun Baru Cina jadi sekolahku akan bercuti selama seminggu...yeahuuuu...dan sepantas kilat aku terus book tiket on 20hb jan untuk balik kampung....20 hb tu ari jumaat so maknanya lepas sekolah terus gi lcct airpot...
Kepada mereka yang membaca catatan ini aku doakan semoga apa yang kamu rancangkan dipermudahkan...yang penting usaha, doa dan tawwakal...ok itu saja...tata
No comments:
Post a Comment