Sunday, 20 May 2012
Give your heart a break...
Suka sangat lagu ini....give your heart a break by demi lovato
Wednesday, 2 May 2012
Buat sahabatku....
Semalam kawan baik ku Nani telefon...memberitahu khabar berita gembira bahawa dia akan mengadakan majlis pernikahan hujung minggu ini dengan cinta pertama nya...di zaman sekolah menengah. Aku ingat-ingat lupa siapa lelaki tersebut....apabila disuruh beritahu, dia menyatakan akan cerita padaku sebaik sahaja balik ke kampung huhu...maknanya hujung bulan ini lah baru aku tahu siapakah soulmate itu...
Buat sahabatku Nani...minta maaf banyak2 tak dapat menemani sepanjang majlis penting tersebut...ini kerana kekangan masa yang tidak menyebelahiku. Minggu depan sepanjang minggu aku terlibat dengan pertandingan silat sebagai urusetia...seminggu tiada di sekolah. Aku akan bergerak at 6.20 am pada setiap hari. Pertandingan itu dekat stadium titiwangsa. Nak elak jam kat jalan genting klang so kena bertolak awal setiap hari.
Buat Nani...kita bersahabat seawal umur 13 tahun....segala kenangan manis di zaman remaja akan terpahat selamanya. Semoga dirimu bahagia ke akhir hayat dengan pasangan tercinta dan dimurahi rezeki sentiasa...

Tuesday, 1 May 2012
Resepi udang masak lemak cili api
Selamat Hari Pekerja semua....dah lama tak wat entry masak-masak...Hari ini masak udang cili api, ringkas dan senang jer...
bahan-bahan
10 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
(yang bertanda * diblend)
daun kunyit
serai
asam keping
santan
kacang panjang
cara memasak
1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.
2. Setelah mendidih masukkan udang, daun kunyit dan asam keping, garam, gula dan bahan perisa.
3. Biarkan mendidih, kemudian hidangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)