Wednesday, 2 May 2012

Buat sahabatku....

Semalam kawan baik ku Nani telefon...memberitahu khabar berita gembira bahawa dia akan mengadakan majlis pernikahan hujung minggu ini dengan cinta pertama nya...di zaman sekolah menengah. Aku ingat-ingat lupa siapa lelaki tersebut....apabila disuruh beritahu, dia menyatakan akan cerita padaku sebaik sahaja balik ke kampung huhu...maknanya hujung bulan ini lah baru aku tahu siapakah soulmate itu...

Buat sahabatku Nani...minta maaf banyak2 tak dapat menemani sepanjang majlis penting tersebut...ini kerana kekangan masa yang tidak menyebelahiku. Minggu depan sepanjang minggu aku terlibat dengan pertandingan silat sebagai urusetia...seminggu tiada di sekolah. Aku akan bergerak at 6.20 am pada setiap hari. Pertandingan itu dekat stadium titiwangsa. Nak elak jam kat jalan genting klang so kena bertolak awal setiap hari.

Buat Nani...kita bersahabat seawal umur 13 tahun....segala kenangan manis di zaman remaja akan terpahat selamanya. Semoga dirimu bahagia ke akhir hayat dengan pasangan tercinta dan dimurahi rezeki sentiasa...

No comments:

Post a Comment