salam....rasanya dah terlalu lama tak update dan share ilmu di sini...Hari ini sudah masuk hari ke 8 kita berpuasa...sekejap sahaja masa berlalu...minggu depan sudah minggu ke 2 kita berpuasa. Diharapkan bulan Ramadhan ini kita dapat menambahkan amal ibadat dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt..Baiklah hari ini aku nak share berkaitan dengan kebaikan bersedekah (hasil google)...jom kita amalkan bersama..
Kelebihan bersedekah
Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (
kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata :
Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku
sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi
dari orang yang soleh”
( Al-Munafiquun : 10 )
HURAIAN
Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka
bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut
terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq
iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang
diperintahkan Islam.
Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq
kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah
merangkumi material dan non-material.
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa
maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika
seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta,
sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.
Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah
sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah
terutamanya nikmat Islam.
PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai,
setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha
Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah :
261 )
DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu
memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah
Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma
dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )
MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )
SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw
lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ?
Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan
hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan
kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga
apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu
bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si
anu ( H.R Al-Bukhari )
No comments:
Post a Comment