Lama dah tak blog...kadang2 terpikir jugak ada ke yang baca blog ni...sebab follower pun 4 orang je..kuikui
i baru je cukup umur tempoh hari...aka besday 17 Jun hari tu...alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah ini..badan pun dah sihat dan boleh drive ke sana sini. Sebagai reward untuk myself, i dah beli jewelery in advance masa balik kampung tempoh hari...walaupun trade in tapi okla dpt yg lebih besar sket daripada yang asal.
Okla meh aku cerita pasal balik kampung bulan 6 masa cuti sekolah ari tu...aku balik minggu ke dua ahad hingga sabtu...seminggu je pun tapi bestla jugak. Minggu pertama dok settlekan keja sekolah, dah settle semua baru i balik. Oleh kerana tiket flight beli dah dekat2 nak balik maka jangan haraplah dapat rega murah...so pejam mata je masa bayar pakai kad kredit..huhu.
Ni first time aku naik flight kat klia2..kalau dulu lcct mcm jauh sket... Aku balik guna bag sandang je...baju dlm 3 helai, tudung 2 helai, my tab dan benda2 kecik lain. Pahtu ada la kain batik terengganu yg i beli ngn my fren dan kain my fren yang suruh tolong tempahkan kat kampung. Tu je lah wat balik...tapi oleh kerana dah sumbat mcm2 surelah dah jadi berat untuk den angkut ni. Klia2 ni besar tau...penat jugakla nak menapak sambil angkut bag sandang ni.
Oleh kerana aku belum makan, maka masuk je dalam klia2 tu...for sure la aku tinjau tempat makanan dulu...oleh kerana rasa mcm dah nak pensan...nampak je Mcd terus i masuk beli dan cari tempat utk breakfast. My flight pukul 10.45 pagi ni flight terawal yang penah aku naik. Lepas je isi perut cepat2 baru aku check in masa tu dah 9.30 gitu... Lepas check in i cari tempat untuk masuk ke gate mana....then jumpa macam2 kedai antaranya kfc, starbuck, dan lain2...kedai2 butik pun banyak gak...
Ruang menunggu flight luas dan selesa...tak macam lcct dulu sempit, padat dan sesak...tapi tak tau la kalau time raya macam mana kan? tapi lebih luas la dari lcct tu. Sebab pic dalam my tab..dan i pun malas nak transfer maka xde la pic klia2..hehe.
Sampai kat rumah dalam kul 1 tgh lebih kot...lepas makan terus ajak
paksa my bonda gi teman amik my baju kat my tailor. Sekarang ni kami dah ada driver...kalau nak gi mana2 call je sorang pakcik yang akan amik dan antar kitorang.
Esoknya senin pagi2 lagi
pukul 11.00 aku keluar...kami nak gi pasar pasir mas je pun nak makan mi kuah yang sedap. Aku ni jenis tak kisah...setengah orang tak suka makan kat kedai dalam pasar dengan alasan kotor dan lain2 tapi setakat ni aku ok je tak penah lak sakit perut atau keracunan makan kat kedai gini. Dorang masak pun depan kita, so kita nampakla apa yang dia buat...macam konfidenla aku nak makan. Memang puas hatila dapat makan mi kuah. :))
Lepas balik tu kami gi rumah mak saudara i...sebelah umah je pun, ari tu anak dia get married i x sempat gi...so budaya kelate orang panggil 'ngele' tak kira la dah lepas ke majlis tu ko still boleh 'ngele'. Ngele ni maksudnya kita berkunjung dan beri wang, jumlahnya ikut ko ler..seikhlas hati. My cousin sangat muda lagi lahir tahun 1990 so amat muda berbanding diriku ini...dia baru nak posting, guru jugak. Masa i gi cuma mak sedara dan suami nye je yang ada kat rumah...my cousin dah gi honeymoon. Walau pun dah lebih seminggu majlisnya i masih dapat jajan ke apa heh orang panggil, dapat 3 bungkus ole2. Oleh kerana diri ini masih belum kawen...i tanya la brp kos jajan ni semua...dalam rm1000 gak...huhu. Mak sedara i, tunjukkan bilik yang katil ngan almari kayu tempah sendiri tak ingatla pulak brp...tapi ribu gakla. cANtik gak kaler coklat. Lupa lak nak snap picture. Baju nikah pulak kos jahit dalam rm1000 ke kalau tak silap, kain beli kat indon warna cream...tudung pun tempah gak penuh dengan mutiara ke manik lupa lak...pun cantik gak. Adoii banyak nak pakai duit kwen kan?..My cousin untung...ayah dia pesara guru besar, mak dia (mak sedara i) pulak pesara staffnurse tapi sekarang still keje part time jadi bidan, bila on call dia gi bila diperlukan. Jadi semuanya pakai duit mak ayah...kenduri ke apa semua...sebab parent mampu dan berduit. Jika i kawen..memang kena pakai duit sendirila...sebab family i bukan orang senang.
Petang tu dapat berita sedara belah mak kat machang meninggal. Oleh kerana kami tiada kenderaan tak dapatla gi...walaupun mak i nak gi dengan bas, aku ok je...cuma mak aku lupa the exact jalan rumah kat mana...so sebelum sesat kat situ nak tak nak kena tunggu my bro balik kampung dulu..dia ada kereta dan ingat rumah kat mana. My bro balik ari Selasa.
Hari Rabu kami gi le kat machang tu...lama dah aku tak jejak ke sini...dulu masa kakak bonda meninggal tahun lepas pun aku tak gi sebab masa dia xde tu bukan time cuti sekolah so aku x balik. Yang menyambut kedatangan kami anak sedara bonda. Kira sepupu aku la kan...umur dah 50an dah, last aku jumpa ngan dia rasanya 9 tahun lepas...huhu. Arwah meninggal kerana penyakit kurang gula, hypoglygomia ke ape rasanya...meninggal secara mengejut, xde sakit sebelum ini. Arwah ni istimewa..jadi semoga arwah ditempatkan di syurga sana..amin.
Semasa dalam perjalanan balik ke pasir mas...tiba2 langit gelap macam nak ribut...mengenangkan kami belum solat asar jadi abang aku cadangkan kami berhenti solat dulu samping tunggu hujan dengan kilat berhenti. Kami berhenti solat kat tanah merah rasanya. Lepas dah ok, kami meneruskan perjalanan dan otw tu kami nampak ada pokok besar yang tercabut sampai ke akar tumbang kat tepi jalan.
.
Hari Khamis tu aku gi bandar pasir mas lagi...tujuan untuk bawa mak gi tabung haji dan beli kain untuk raya...padahal dah tempah sepasang hari tu surelah x cukupkan, i gi beli dalam 2 pasang lagi kain dan lepas tu terus gi tempah. Mula2 tu nak gi bandar KB tapi bila pikir kos transport rm50 aku cancelkan sebab bonda kata duit tu leh beli sepasang kain. Yang penting objektif tercapai..hehe tak kisahla beli kat mana pun kan.
Jumaat x gi mana2 just lepak2 kat rumah sambil tolong anak2 buah wat keje rumah.
Sabtu i dah balik kl...k bai