Sunday 29 June 2014

Makanan kegemaran during puasa di kampung


As-salam semua...hari ni dah 1 Ramadhan kan? Cepatnya masa berlalu...alhamdulillah kita masih sempat bertemu lagi dengan bulan yang penuh berkat ini. Berada berjauhan dengan bonda di kampung, membuatkan aku teringat kenangan masa kecil berbuka puasa bersama arwah ayah, bonda dan adik-beradik lain. Bagiku kenangan itu adalah yang paling terindah dalam hidupku.

Bayangkan kami 8 beradik, ayah dan bonda...semuanya 10 orang menghadap hidangan sederhana namun sangat meriah dan manis. Waktu itu aku di sekolah rendah, yang paling ku ingat yang adik beradik perempuan makan di meja, adik2 lelaki makan berhidang di bawah kerana ruang rumah yang sempit.

Antara juadah kuih yang bonda sering masak ialah sira pisang, gerodok telur, nikbat dan agar2 merah. Kuih ini sangat simple namun sedap. Aku ingat nak kidnap pic kat google tapi ye la kan takut tuan tanah tak redho...x pasal2 abis pahala puasa i...so xde la pic kuih2 ni...cuma ada pic agar2 merah, okla kan...hihi
agar-agar merah
Waktu sahur pula...bonda suka buat air teh susu...sedap sangat, time biasa bonda tak buat. Aku cuba jugak buat teh susu macam bonda buat tapi tak sama rasanya...mungkin bonda wat dengan penuh rasa kasih sayang tu yang jadikan ia sedap.

apa pun aku sangat rindukan masakan bonda iaitu sup kaki, gulai lemak putih dan daging bakar...huhu rasa nak balik la minggu depan.

sup kaki
gulai lemak putih kelantan style
daging bakar aka panggang
Lastly my favourite food...kudapan selepas trawih kat kelantan...biasa ada gerai/kedai 'colek'..yang paling i suka makan ialah 'colek perut'

colek perut
Haha...tetiba meleleh air lior den...konon nak wat entry puasa zaman kecik2...last2 jadi makanan favourite...hentam sajalah...baikla di sini i ingin memohon ampun dan maaf di ata segala kesilapan kepada semua kawan2 yang mengenali diri ini...i cuma insan biasa yang sering melakukan kesilapan...marilah kita buka lembaran baru dan hidup dengan perasaan positif...ok as-salam.

No comments:

Post a Comment