Oh ya pasal percutian ni macam2 benda jadi..huhu..tapi akhirnya selamat pergi dan selamat kembali ke kl.
day 1 - kl-medan-danau toba
I gi ke medan pada 19 september...sepatutnya flight awal pagi pukul 8.40 am gitu tapi dah nak jadik cerita boleh pulak terlepas flight...sadis nyer rasa...weols sampai kat gate pukul 8.30 am tapi jangan harap la boleh naik lagi walaupun flight masih ada kat depan mata. Sakit pulak ati bila ingat balik. Macam mana boleh terlepas sebab pagi2 sangat kot flight...lenkali x nak dah amik flight pkl 8.30 am gini...memang x sempat, kecuali kau solat subuh kat airport baru sempat. Lagi satu dahla lewat sampai airport, pintu gate pulak p22...plus dengan pemeriksaan imi lagi memang x sempatla. Konon2 nya amik tiket awal pagi sebab tiket promosi murah...so sekali terlepas flight..pengajaran lepas ni jangan ambik awal pagi sangat keuali kau tido kat airport.
Kemudian pandang muka my fren...tanya worker airasia tu macam mana kitorang ni, dia kata kami dapat penalti apa ntah so tiket mcm murah ke hapa sebab miss flight ni...dia suruh kitorang gi kat kaunter airasia. Sampai kat kaunter tanya worker tu rega tiket dlm rm400++ utk 2 org...so kitorang mcm blur...sebab rasa mahal huhu...Then gi makan breakfast dulu, lepas dah kenyang otak pun dpt fikir dgn logik sikit....so weol amik keputusan gi saja ke medan...tapi flight terawal yg ada hanya pukul 2.50 pm. So contact agen by fb inform termiss flight and my fight is at 2.50 pm. Why weol decide nak pegi bcz duit deposit dah byr kat agen so rasa rugi kalau burn mcm tu...
Akhirnya kami sampai juga kat medan jam 2.50 pm gitew...time kat medan awal sejam dari malaysia...sampai kat airport dah ada driver yang tunggu...alhamdulillah...Sampai kat airport tengok suasana berjerebu dengan cuaca yang sangat panas...kat sini kalau nak ke bandar medan ada perkhidmatan keretapi...dalam sejam jugakla...so kalau datang sendiri x ambik apa2 pakej bolehla naik keretapi, ada servis teksi tapi agak mahal jugakla...Driver kemudian bawa kami gi ke ofis untuk byr baki rega pakej sebelum bertolak ke danau toba. On the way ke danau toba kami singgah kat restoran untuk makan dinner...masa tu dah pukul 5pm macam tu...selepas itu sambung kembali perjalanan. Medan ni sentiasa macet (jem)...tengok gelagat org medan rasa pening kepala, kat sini biasa je hon-hon ni...dapat lihat mcm2 kenderaan mcm speda dan beca...Driver kat sini memandu main terjah je...bila berenti jarak mcm nak langgar kenderaan lain. Selain tu masa kat tengah jalan ada je peniaga jual air, makanan atau toys kat tengah jalan yang sesak tu...berani betulkan...nasib le kalau kena langgar. I rasa kalau nak drive kat sini terus jadi x reti drive dengan motor ikut rapat je kat tepi...
Jarak ke danau toba agak jauh dalam 4 jam sebab ngn jalan yg menggerunkan sebab berliku, berbukit...plus ngn keadaan gelap dan x ada cahaya lampu sebab lalu kat ladang getah dan hutan kot..sebab x nampak. Keadaan jalan yang teruk berlubang(lubang besar bukan kecik2), berbonggol dll pulak menambahkan lagi dugaan perjalanan. Sepanjang jalan yg gelap melalui hutang/ladang...mulut i tak berenti baca ayat kursi dan surah2 lain...sebab rasa seram...ngn keta xde sangat kat jalan...Dalam pukul 9.30 pm mcm tu baru sampai ke hotel. Oh ya kat sini pukul 6 pm lebih dah gelap...maghrib dia awal. Aku lupa nak snap pic hotel sebab badan dah penat...plus keadaan hotel yang xde air panas lagi menyebabkan kesejukan melampau...so i jadik lamb mlm tu...namun gitu i tido lena hingga ke pagi.
day 2 - lake toba-brastagi
Pukul 8 am weol turun sarapan dan terus check out...selepas bergambar kat sekitar hotel yang terletak kat tepi tasik danau toba, kemudian weol terus ke jeti untuk naik feri ke pulau samosir...dalam sejam jugakla perjalanan. Dalam feri tu semua pelancong dari malaysia tapi agen lain2 kot...x sure pulak. Oleh kerana cuaca berjerebu plus kabus ke hapa...so x nampak sangatla gunung2 kat sekeliling tasik danau toba tu...tasik ni luas bangat...mcm lautan je rasa..asalnya tasik ni dari kawah gunung berapi...kemudian dipenuhi air tasik. Menurut agen kaum batak ada 5 suku tapi aku x ingat semua namanya...kaum batak kebanyakkannya beragama kristian...namun ada juga yang islam iaitu batak mandailing. Pulau samosir ni dihuni oleh kaum batak toba (if x silap). Kaum batak ni sikap dan percakapan semulajadi kasar...itu daripada pemerhatian i la. Perkhidmatan feri ini bukan saja membawa pelancong malah sebagai pengangkutan utama bagi penduduk danau toba untuk ke pulau samosir.
Kat pulau ni weol melawat perkampungan batak...maksud horas kat atas tu ialah selamat datang...sepanjang laluan tu ada kedai2 yg jual kain dan cenderamata oleh kaum batak. Masa kat kampung batak ni ada tarian horas yang diiringi oleh muzik gendang...pelancong2 boleh join menari sama tapi i x minatla...cuma tengok je la...sambil dengar diorang sebut horas...Lepas tarian tu kami ke kubur raja batak pula...dulu2 kaum batak ni penganut aminisme...percaya kepada merah, putih dan hitam. Merah untuk dunia, putih untuk dewi baik, hitam untuk yang jahat...Kaum batak menganggap mereka seperti cicak, yang melambangkan boleh hidup walau tercampak ke mana2 pun. Lepas melawat kubur dan mendengar kisah raja2 oleh pencerita tu weol di bawa ke kedai untuk beli apa2 cenderamata yang patut...pilih punya pilih akhirnya terbeli kain batik sarung...tapi yang weol sad lepas convert to rm nampaknya weol dah tertipu kat sini...menyesal giler membeli kat sini..huhu. Selain pada tu weol berdua dah terlepas feri geng2 malaysia...so weol terpaksa naik feri kongsi ngan org awam...driver tu nak cakap segan katanya...Turun dari feri terus naik kereta ke destinasi seteusnya. Otw tu tiba2 kepala i sakit berdenyut2..i sampai tekan2 kepala dan urut kat bahagian leher sebab rasa bisa2. Kebetulan my fren ada bawa minyak bidara syifa dia terus hulur kat i..sebelum sapu kat leher,kepala dia suruh selawat dahulu...dengan kuasa Allah my sakit kepala terus hilang 5-10 minit lepas tu...alhamdulillah.
Driver stop untuk kitorang lunch, lepas tu terus bertolak ke tempat air terjun si piso-piso. Sepanjang laluan ke air terjun dalam sejam setengah kami melalui jalan kecil yang melalui kampung dan kebun sayur kaum batak. Dengan suhu yang sejuk tanah kat sini sangat subur dan tanaman kat sini hidup subur..antara yang i nampak kebun tomato, jeruk(limau), karot, anggur dan lain2...Majoriti penduduk batak kat sini adalah yang beragama kristian...thats why dapat tengok banyak church dan juga kubur tanda salib kat tepi2 jalan. Kaum batak ada yang tanam ahli keluarga mereka yang telah meninggal di tepi kediaman mereka. Menurut driver kami, kat kedai makan ada yang berlabel B1 dan B2. B1 untuk masakan daging anjing dan B2 untuk masakan khinzir. Terkejut i dengar sebab mereka makan anjing...sebab tu sepanjang jalan nampak banyak anjing rupa-rupanya dipelihara untuk dimakan. Bagi kita kat Malaysia macam pelik tapi ini sudah menjadi kebiasaan kat sana yang menjadi sumber protein mereka.
Sebelum sampai ke piso2 kami singgah satu tempat iaitu simarjarunjung yang berlokasi kat punak bukit untuk melihat pemandangan lake toba dari sini..kat tempat ni ada kedai minum air teh halia dan pisang goreng. Masa kami sampai agak ramai orang...malah ada yang berpiknik kat rumput2.
Sebelum sampai ke piso2 kami singgah satu tempat iaitu simarjarunjung yang berlokasi kat punak bukit untuk melihat pemandangan lake toba dari sini..kat tempat ni ada kedai minum air teh halia dan pisang goreng. Masa kami sampai agak ramai orang...malah ada yang berpiknik kat rumput2.
Selepas itu kami menyambung perjalanan ke piso2. Air terjun ni unik sebab airnya keluar melalui lubang bukit tu...x pasti pulak punca dari mana tapi maybe dari air bawah tanah. X sampai 10 minit kat sini hujan turun...Kalau sesapa nak turun ke bawah boleh je tapi perlu menuruni 100 anak tangga. Oleh kerana kami cuma berenti sekejap so tak ler i nak turun ke bawah dengan hujan mcm tu.
Ini maklumat yang i dapat dari searching tadi...
Air Terjun Sipiso-piso merupakan salah satu tempat pelancongan di Pulau Sumatera. Berada di Kabupaten Karo, Sumatera Utara, yang tidak begitu jauh dari pemukiman penduduk Desa Tongging. Air terjun ini berada di perbukitan dengan ketinggian sekitar 800 mdpl dan dikelilingi oleh hutan pinus. Pengelolaan wisata alam air terjun ini dipegang oleh Pemda Kabupaten Karo. Dengan memiliki ketinggian sekitar 120 meter, Air Terjun Sipiso-piso merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia. Dengan adanya air terjun ini, Kabupaten Karo menjadi salah satu tempat wisata yang paling diminati oleh para wisatawan domestik dan mancanegara
Ini maklumat yang i dapat dari searching tadi...
Air Terjun Sipiso-piso merupakan salah satu tempat pelancongan di Pulau Sumatera. Berada di Kabupaten Karo, Sumatera Utara, yang tidak begitu jauh dari pemukiman penduduk Desa Tongging. Air terjun ini berada di perbukitan dengan ketinggian sekitar 800 mdpl dan dikelilingi oleh hutan pinus. Pengelolaan wisata alam air terjun ini dipegang oleh Pemda Kabupaten Karo. Dengan memiliki ketinggian sekitar 120 meter, Air Terjun Sipiso-piso merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia. Dengan adanya air terjun ini, Kabupaten Karo menjadi salah satu tempat wisata yang paling diminati oleh para wisatawan domestik dan mancanegara
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Brastagi...dalam sejam setengah jugakla nak sampai ke hotel. Sampai dalam pukul 5 pm gitu...cepat2 buat solat kasar jamak zohor asar supaya x terlepas waktu. Bukan sengaja nak lewatkan solat cuma rasa tak selesa nak bersesak dengan orang ramai kat piso2 tadi. Waktu malam x buat apa pun...lepas dinner terus balik bilik hotel dan ingat nak mandi tapi sekali lagi air panas xde...so sekali lagi jadik lamb..huhu. Air nye sejuk macam ais...sapa yang sanggup nak mandi. Rasanya heater rosak kot. Hotel yang kami menginap ialah green garden, 3 stars. Kami punya bilik betul2 berhadapan dengan kolam renang, tapi sebab sejuk cuma tengok sajala. Hotel ni macam hotel lama, rasa macam scary gitu kalau dok sorang2.
day 3 - brastagi - medan
Pagi tu walaupun air sejuk mcm ais tepaksa jugakla mandi...pukul 8 am mcm tu dah turun breakfast dan check out terus. Kami bersarapan sambil mengadap kolam renang. Menu untuk sarapan, kami order nasi goreng dan kopi.
Iterinari hari ni nak jalan2 sekitar brastagi. Mula2 tu kami nak ke pasar buah tapi masih tutup lagi sebab awal sangat kot so terus ke bukit gundaling untuk melihat gunung sinabung dari jauh. Gunung ini masih aktif, waktu bergambar tiba2 ada letusan...nampak debu2 yang keluar. Kat sini ada orang yang tawarkan khidmat ambik gambar tapi i x ambik pun...walaupun dah banyak kali cakap x mahu masih jugak mengekor. Gunung sinabung ni penah meletus dan mengorbankan nyawa manusia. Menurut driver yang terkorban ialah 5 orang iaitu wartawan yang tengah membuat liputan. Masa meletus pekan brastagi dilitupi oleh debu2 gunung berapi.
Selepas menikmati keindahan gunung dari jarak jauh....kami terus ke kebun strawberi pula
Sempatla merasa petik buah strawberi...jadik petani moden kejapp...buah2 tak banyak sangat....sambil petik sambil makan strawberi...x banyak pun yang i petik...Masa nak timbang pekebun tu pegi petik staberi yang lain untuk tambah gram...total i cuma ambik 200g sahaja...lupa pulak brp rm...rasanya dalam rm7 je kot...
Selesai petik strawberi kami terus ke pasar buah...aku cuma beli 1kg pisang kaki. Sebenarnya ada banyak buah yang x penah jumpa kat malaysia. Semua hasil yang dijual kat sini ialah hasil tanaman pekebun. Ada jugak aktiviti naik kereta kuda dan naik kuda tapi i x join..Bagi i penduduk kat sini sangat bertuah kerana dapat hidup dengan suasana suhu yang sejuk, dapat menanam hasil tanaman kerana tanahnya yang subur malah dapat minum sumber air dari gunung yang bukan sahaja bersih malah mengandungi galian yang tinggi. Menurut driver petani yang ada ladang limau kat sini boleh beli tunai kenderaan selepas menjual hasil ladang mereka.
day 4 - medan-k
Hari ni awal pagi lagi dah keluar sebab takut miss flight macam hari tu...flight boarding jam 8.30 am, pukul 5.30am dah gerak ke airport. Tengah tunggu flight tetiba hujan lebat...so dalam hati dah agak light sure delay. Memang betul pun...pukul 9.30 am mcm tu baru boarding tapi xpelah kan...safety first, masa ni hujan dah reda dan dah sesuai untuk flight take off.
Sampai kat kl dalam 11.30 am...alhamdulillah.
Rumusan
1)Entri ni mcm simple sangat dan x banyak pic...sebab pic dalam kamera ilang masa transfer ke laptop...semua ilang xtau sebab apa...maybe sebab virus. this insiden berlaku mlm td...so tengahari tadi i gi kedai gambar and suruh dia retrive balik my pi dalam sd card yang dah kosong tu...walaupun dah retrive tapi my pic yang kat medan hampir 1/2 lost...yg lost tu pulak banyak pic yang kat gunung sinabung dan kat ladang staberi....sedey giler rasa... :'(((((( Sebab pic kat situ yang i rasa byk yg view cantik2....
2)Dalam banyak2 hotel yang i menginap...hotel madani kat medan yang paling best..yerla 4 stars...selesa sangat...kat sini le baru merasa ada air panas dan dapat mandi dengan nyaman...tapi sebab pic yg kat cni ilang jugak so x dapatla nak tunjuk hotel ni cantik mcm mana...
3) actually lepas shoping kat medan i ada gi istana maimon..pun ilang jugak pic dalam kamera..huhu..so x dptla nak tunjuk...
4) I suka sangat makanan kat sini, especiallly sambal atau bumbunya yang sangat sedap...kalau kita kat sini cilipadi sambal belacan yang tumbuk mentah gitu jer...tapi diorang masak sambal tu...sebab tu jadi sedap tu...I puas hati sangat dengan pakej yg yang ambik dari segi makan2 ni, my pakej included mkn pg, lucnh dan mlm...semuanya kat rsetoran yang selesa.Makan paling best ialah kat restoren simpang tiga kat medan. Ada pic restoren tu tapi ilang jugak from kamera.
5)oh ya hari tu kami terpaksa beli luggage sebab terlebih kg...so terpaksa la bayar rm100 tapi bahagi dua share ngan my fren.
6) Hasil shopingan tempoh hari....bukan untuk i sorang jer...plus utk kwn2 dan my family
Sekian
No comments:
Post a Comment