Tuesday 22 December 2015

Cuti-cuti Langkawi part1

Salam....dah terlalu lama rasanya i x update blog...macam biasa la alasan kerana busiest dan lagi satu xde cerita yg dicoretkan. Lagi pun nak mengupdate ni perlukan mood...kalau mood ke laut mmg nak mengarang terus hilang idea...

Actually plan ke Langkawi i dah lama sejak bulan jun ari tu...bila tanya my bonda dia teringin nak gi mana, dia ckp dia paling teringin nak gi Langkawi...so i decided gi bulan 11 masa mula2 cuti sekolah...then i book mali2best untuk 4h3m rasanya...but i tiba2 kena jaga exam spm lak so i cancel la booking date bulan 11 tu...mali2best ni adalah tempat penginapan betul2 terletak tepi pantai chenang..walking distance jer...tapi xde rezeki dok ctu...masa tu i book kat booking.com

Masa jaga exam tu i lak kena jd pngwas hosp...so date yang confirm habis mengawas pastilah 9 dis...tapi i minta jasa baik kwn untuk jaga exam sepanjang minggu before minggu last tu becoz i dah x sabar sangat dah nak balik kg..huhu...so ari senin on 7 dis tu i selamat sampai kb.

Oh ya...actly my niece pun ikut sekali...tu pun mula2 umminya x begitu benarkan sebab risaukan anaknya sebab musim tengkujuh risau la kan...kot2 ada ribut ke ombak besar ke...tapi at last dia benarkan jugak sebab zulaikha nak ikut sangat...

Masa booking hotel tu...kebanyakkan penginapan yang cuma walking distance kat pantai chenang semuanya dah penuh...so terpaksa la book yang jauh sikit..i book casa idaman motel sebab tengok riview ok je kat booking dotcom plus reganya x mahal sangat iaitu rm150 pernite..so i terus book je...masa book ni less than 1 week before gi...date i gi 12-15/12.

Untuk transport gi Langkawi pula i naik flight fireflyz direct kb ke langkawi...fireflyz baru je buat direct flight ke langkawi mula september tu...so alhamdulillah no need connecting flight ke kl dulu baru langkawi..so dah jimat masa. Masa perjalanan cuma 1 jam. Oleh kerana dah book ujung2 waktu so rega tiket xde la murah...sorang dlm rm300...so kirala brp...if book awal maybe dpt lg murah...yg bestnyer firefly x perlu beli luggage...each dpt 20kg free... malah dlm flight dapat juice refreshment and oreo/nuts free... ok la tu kan daripada x dapat apa2. Flight nya kecik je ada 4 seats untuk every row...so kalau pengeri orang nya xtau le tahan ke x...tapi i ok je naik, mak ngan zulaikha pun rileks jer...alhamdulillah sepanjang naik flight gi dan balik cuaca sangat ok... :)))

Sepanjang kat Langkawi dari 12-15/12 (sabtu-selasa) i sewa kereta viva kosnya rm210...hari selasa tu pukul 10.30 pagi dah kena hantar kat airport. Banyak je perkhidmatan sewa kereta kat sini becoz i 3 org je so i sewa viva jer...kalau kereta besar lagi mahal la kan..i rasa okla tu rega yang i dapat.

Kalau x nak sewa kereta..ada jer perkhidmatan teksi tapi x sure la pulak brp rm, becoz i kata my motel xde la dekat sangat dari pantai so memang sesuai sangatla sewa kereta...kalu x kena menapakla kami bertiga...syukur sgtla bila dah buat keputusan bijak

untuk island hoping pula...silap i jugak terus gi booking kat airport...untuk 3 org dapat rega rm120...kalau book kat tempat penginapan lagi murah kot...cuma bila i tanya dlm rm35 sorang je...so i dah rugi rm15 kat situ...so if you all nak ambik island hoping x payah beli kat airport...cuma you all sewa kereta je..hokayy.

day 1 (kb-Langkawi-pantai chenang)

Kos ke airport dah jimat...sebab dihantar oleh abi zulaikha, pagi dalam pukul 830 pagi dah bertolak...flight pukul 11.30 pagi tapi delay sikit 11.50am baru take off and mendarat dengan selamat dalam pukul 12.50 pm giteww...Sampai kat airport Langkawi terus ambik luggage dan bergerak ke kaunter sewa kereta dan beli island hoping. Lepas dah deal...i pun keluar airport dan ambik kereta sewa kat belah kanan entrance. I juga dapat map Langkawi...penting tu sebelum nak drive kan.



Tak jauh je airport ke pantai chenang dalam 15 minit dah sampai area beach...tapi i ni jenis x reti sangat tengok map...dah terlajak sampai hotel aseania...so i call motel rupanya my motel bukan tepi jalan...tapi kena masuk jalan kecik dalam 300m kot dari jalan utama...then signboard pun xde cuma dia bagi tanda ikut laluan sebelah taxi stand...taxi stand cinonet jer..,mmg i x perasan la...cuma dia kata lagi nampak restoren orkeid ria belah kiri, taxi stand belah kanan then masuk lorong tu...oleh kerana x jumpa..perut pun dah lapar so kitorang makan dulu kat kedai tepi jalan tu...

Zulaikha ni cerdik...dia yang perasan artisan pizza tu dah kira dekat2 ngn taxi stand so...lepas makan lunch terus jumpa jalan kecik ke motel.. :)) Lepas check in...i mintak tilam utk zulaikha rm15 pernite dan blanket ngn towel lebih dapat free jer... i suka motel ni...bersih dan luas walaupun jauh sikit dari pantai..actly rega rm150 tu dah murah waktu peak hour mcm ni...nak lagi murah boleh je nak dok hostel tapi itu la kan...mesti kurang selesa bercampur dengan org ramai...apa pun ikut kome dan bajet kome la kan...nak lagi selesa bayar la lebih sikit, kalu x mampu atau pun syg duit dok je la asrama...ikut selera masing2 :P. Motel ni ada balkoni dengan pemandangan kampung, nampak 2 ekor kerbau dan org tengah mandi kat perigi. Dinding dia kalau cakap kuat memang dengarla...tapi i x peduli pun cakap je la kuat2..org sebelah kebetulan pelancong...maybe dia x phm.

Casa idaman motel ni bilik dia luas, ada tv, fridge, kettle, cupboard, meja utk duduk dan balkoni...dalam toilet cuma disediakan shower gel je...shampoo xde. Katil pulak bersaiz king...boleh je kot nak tdo 3 orang atas tu...tapi rupa2nya my bonda dan zulaikha berebut lak nak tdo tilam kat bawah becoz x kena aircond. TV pulak ada siaran astro first..memang bestla.






Selepas berehat dalam pukul 5.30 petang giteww kami gi pantai chenang...nak park keta pandai2 la cari...i dapat park dah kat ujung2 pantai tepi jalan je...lepas tu jalan kaki sikit dalam 5 minit jumpa ler pantai yang happening tuh...kat beach ramai mat dan mek saleh...orang tempatan pun ramai juga...tapi yang saleh tu suka menjemurkan diri dan berbikini...my bonda terkejut tengok mula2...lepas tu buat xtaujer...sambil komplen saleh ni x tau malu mcm b*gel je...i diam je la tapi tengok jugakla kadang2..hihi. I tengok mereka ni memang suka bersantai kat tepi pantai...most of them memang pakai 2 pieces jer..Malam2 agaknya diorang berparti kat tepi pantai ni.

Kat tepi pantai ni juga ada banyak restoran dan bar dan juga tempat penginapan...i rasa insyaaAllah if i datang lagi i nak menginap kat hotel tepi pantai sini...selain just walking distance, banyak kedai dan restoran makanan seafood.








 Selain tu i nampak parasailing ke apa ntah...yang payung terjun tu dia ada orang yang bawa kita naik...so kalau you all minat boleh la cuba..sambil i tengok sunset i tengok diorang parasailing. Selain tu ada jugak aktiviti jet ski dan banana bot...tapi i x berminat lak nak naik becoz pakai skinny jeans yg ketat ni...yang sesuai pakai swimming suit muslimah atau seluar track suit pun boleh jugakla...kalau i bawak rasanya terus mandi manda jer...

 
Yang kat bawah ni anak buah i zulaikha baru habis upsr hari tu...saje bawak dia sebab hari tu dah bawak kakak dia zahratul ke terengganu...kali ni bawak dia pulak baru fair...kesian jugak kat kakak dia macam nak ikut...tapi i cuma mampu bwk dia sorang jer...ok la kan :) . Zulaikha ni ada 3 org adik lelaki...Zulaikha ni rajin...suka masak air panas dan buat air milo sendiri.




Masa nak tunggu sunset tu boleh pulak ada couple saleh ni wat aksi gimnastik sambil rakam pic diorang...oleh kerana mek saleh tu sexy bikini so sangat menjolok mata la...yang lelaki x kelip mata nengoknyer..




Lepas tu my bonda dah komplen nak balik...tapi before balik motel i singgah Chenang Mall dulu nak beli hp baru sebab hp dah rosak becoz of internal memory yang dah full...yer la hp lama size memory terlalu kecik x dapat nak tampung size file whatsapp...so i decide beli yang baru je la...walaupun xde duit tapi i pejam mata je la swap kad kredit...i beli hp asus je...x mampu nak beli iphone 6...tunggu bakal suami belikan je la..oopppss!

makan malam beli kfc jer kemudian balik hotel, mandi, tgk tv, tido. before tido sempat tgk movie kat astro first...alahai rasa bestnya dok kat motel ni.. :)

to be continue...








No comments:

Post a Comment