Rumah my PK kat Taman Permata jer...so dalam 10 minit kot dah sampai depan rumah. Masa dalam kereta, husband PK yang bawak kereta. Aku sebenarnya sangat segan nak tumpang...mula-mula tu ingat PK yang drive tapi dia tak sempat nak survey jalan, so husband dia yang antar. Masa otw ke tempat seminar tadi...aku perasan kereta PK dengan sebuah kereta lain hampir bergesel kat selekoh. So aku agak terkejut...dan mak cik telah menjerit....adoiii malunya.
Kitorang lar orang first yang sampai kat tempat seminar dalam 7.45 pagi...urusetia pendaftaran pun tak sampai lagi...so berlegar-legarla kat luar dewan tu. Pukul 8 macam tu...barula sampai cikgu-cikgu lain yang semuanya PK.....so makcik tak de kawan...huhu. Aku tak reti nak sembang dengan PK lain, jadi senyap jer la. Pukul 8.15 macam tu baru breakfast ready so kitorang makan dulu. Tengah makan-makan ternampak kawan , kak T, cuma sempat lambai-lambai jer.
Lepas makan baru mendaftar...seminar mula pukul 9 pagi. Slot yang pertama agak santai...macam maklumat biasa jer, penceramah cerita zaman dia dulu2 macamana sehinggala dia berjaya sekarang. Dia pun bekas guru juga. Dahulu dia dok Kuala Lipis ...pergi sekolah naik keretapi, sampai sekolah pukul 10 pagi...sampai rumah pukul 12 malam...huhu...tak dapat bayangkan.
Sementara tunggu slot ke 2 berbalas sms dengan kawan kat sekolah..kan ada meeting pibg so nak jugak tahu sapa yang jadi ajk pibg....syukur alhamdulillah aku tak dipilih...hehe...bagila orang lain pulak merasa buat kerja pibg. Pahtu ambik gambar dalam bilik seminar. Penuhkan dewan dengan cikgu-cikgu...hehe...walaupun sampai awal...kitorang dok kat belakang, yang sampai lewat merungut 'kenapa yang datang awal ni tak nak dok depan...' hehe...macam kelakar jer orang tu merungut sebab terpaksa dok depan...
Snap lagi...hehe..mesti korang dapat agak seminar pasal apa....
Lepas tu slot ke 2 pula, penceramah ini suara kuat sangat...jadi aku tak de la mengantuk, so dapat la salin sikit nota...Bagi aku slot yang ke 2 lebih menarik dan dapat ilmu sikit. yang first tu terlalu common...Dalam pukul 12.30 macam tu abis...Pahtu balik....
No comments:
Post a Comment