Friday 23 March 2012

Lewat lewat lewat

Minggu ini sangat busy dan memenatkan...
Hari isnin keluar 6.45 am sampai 7.20 am
Hari selasa keluar 6.50 am sampai 7.50 am
Hari Rabu keluar 6.50 sampai 7.30 am
Hari Khamis keluar 6.55 am sampai 7.35 am
Hari ini keluar 6.50 sampai 7.29 am

Minggu ini 4 kali aku lewat...
Lewat dikira selepas 7.20 am
Tapi ikutkan waktu kerja 7.30 am...hmm
Tapi paling teruk traffic jammed hari selasa
sebab ada accident kat mrr2
sampai sekolah pengetua dah tunggu kat depan ofis tanya kenapa lewat
Kalau pelajar mesti dah kena denda....huhu
Ingatkan aku yang paling lewat sampai
Rupanya kak wahida lagi lewat sampai
Kerana sebab yang sama hoho...

Ikutkan jarak hanya 9 km dari rumah ke sekolah
Kalau tak jam tak sampai 15 minit pun
Membazir petrol dan masa kerana jem

Kena ubah sikap yang buruk ini
Tak nak dicop kaki lewat
oleh mereka yang busy body kat sekolah

Mulai minggu depan kena keluar 6.30 am
Kena mula balik sikap mulia datang awal ke sekolah

No comments:

Post a Comment