Hari tu masa balik kampung macam biasa aku ajak mak aku gi jenjalan kat KB, tujuannya adalah untuk membeli belah dan makan nasi sup. Mak aku pun suka sangat...maklumlah asyik dok kat rumah jer.
Ini gambar kat dalam Pasar Siti Khadijah, macam biasalah aku suka datang ke sini membeli stok kain untuk dijahit...lupa pulak nak snap gambar, tak banyak pun beli cuma 3 pasang jer... :))). Lepas tu terus gi tempah kat Sherly my tailor kat Pasir Mas. My mak pun beli jugak...menambahkan stok kain yang dia ada.
Sekarang ni trend tudung bawal dua tone (warna sama cuma dua tone warna gelap dan cerah)...aku dah ada warna pink, orange, purple...harga rm20 masa kat Kota Bharu, kat Pasir Mas harga rm25. Maybe beza dari segi batu yang terletak kot.
Selepas penat membeli kain dan tudung, kami pergi makan nasi sup kat dalam pasar tu, entah macamana sup tak berapa best...mungkin aku silap kedai kot...huhu tapi makan je la. Kemudian aku beli kuih tradisional Kelantan buah tanjung...penah makan tak? Rasa dia manis jer...kuih ni bahan dia kuning telur dan gula.
Kemudian beli laksa Kelantan jugak...tapi sebab makan dah agak lewat, rasa dia dah tak berapa ok...tapi rasa dia biasanya memang sedaplah...Esoknya aku pergi lagi cari laksa kat Pasir Mas...yang itu lagi terbaik.
Dah itu jer ceritanya.........tak de idea dah nak bebel...as-salam.
No comments:
Post a Comment