Salam semua....
akhirnya aku dah habis jaga exam kat sek men ....di kuala lumpur...Aku bernasib baik kerana mendapat pusat exam yang terdiri daripada pelajar yang baik2...ada 8 buah kelas semuanya...dan aku menjaga kelas yang ke-3...Pada mulanya aku ingat dapat kelas hujung...sebab biasa aku dapat kelas 2nd last ataupun paling last..Pusat exam yang lagi satu terdiri daripada pelajar yang notty...ada 7 buah kelas...so bayangkan satu kelas ada 25 pelajar darab dengan 14 kelas..hampir 300 orang semuanya.
Pusat exam yang aku jaga ada 8 buah kelas...tapi kelas yang ke 8 tu special ...sebab cuma ada 3 orang calon yang terdiri daripada pelajar yang kurang upaya iaitu pekak, syndrome down dan hyper aktif...Aku tak sempat nak lawat kelas tu sebab kena jaga kelas no 3...tapi sempat la tanya cikgu yang jaga tu...camana bebudaknya..dia kata pelajar tu macam orang normal...cuma masa exam kena tambah...kalau satu jam untuk calon normal..kena tambah 15 minit, 1 jam 30 min..kena tambah 30 min...dan seterusnya..
Pasal calon kat pusat sebelah...pelajar2 yang agak nakal dalam kelas ke 6-7 kot...sebab aku nampak mereka ni masuk kelas lewat untuk jawab exam...dalam 10-15 minit jugakla...hmm sabar sahaja la cikgu yang jaga pusat kat sebelah tu...
Semalam...paper last bagi calon2 kat pusat sebelah...mereka2 ini keluar awal dari bilik exam...kemudian buat bising kat bawah...tempat parking motor..diorang press minyak kuat2...dekat 5 minit jugakla...kemudian sampai kat luar sekolah mereka ini baling mercun....aku sempat la jenguk kat tingkap..nampak asap berkepul...bilik exam kat tingkat 4..Oh ya pusat exam mereka berhadapan dengan pusat exam aku..Tiba2 aku teringat bebudak nakal sekolah aku...hmm sama jer sikap mereka..baling mercun bila dah habis exam...tapi yang press minyak kuat2 tu belum ada lagi...
Hari ini paper last kat my centre...tapi calonnya cuma 22 orang jer...tapi kami yang ramai ni kena datang jugak nak settlekan borang claim dan lain2...tapi hari ni paling best la sebab dapat balik awal 10.40 am dah habis...kalau tak sampai petang kena jaga exam...
Lagi satu...syukur alhamdulillah...aku sihat sepanjang jaga exam...aku dah jadi fobia...takut2 jadi insiden seperti tahun lepas...demam semasa duty...bukan apa tak nak menyusahkan mereka2 yang terlibat...
Okla...esok dah kena pergi sekolah...pekabar pelajar2 ku.....rindu pulak kat mereka2 ini...
No comments:
Post a Comment