Monday, 21 January 2013

Bagaimana mendidik anak menjadi soleh/solehah...


Hari sabtu lepas kat sekolah ada seminar berkaitan ibubapa dan anak2....penceramah Dr Rubiah memang best...banyak tips yang berguna dia berikan...antaranya jika kita mahukan anak2 kita menjadi insan soleh

Pertama kita mestilah layan ibubapa kita dengan baik, jalankan tanggungjawab kita sebagai anak...barulah anak2 kita akan layan kita dengan baik bila kita dah tua nanti...

kedua....hasil rezeki yang kita gunakan untuk besarkan anak2 mestilah dari sumber yang halal...sebagai guru faktor ketepatan masa adalah sangat penting...lewat seminit masuk kelas...gaji yang dibayar adalah haram..jadi masuk kelas mesti on time...

Ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diberikan...jangan mengharapkan balasan dalam sesuatu kerja atau usaha yang kita lakukan...niat kerana ibadah

Jika kita mahukan anak2 kita menjadi soleh...kita dahulu mestilah menjadi contoh kepada anak2...terutama dalam solat 5 waktu...mesti cukup...kemudian barulah anak2 akan ikut perbuatan kita..

sebagai ibubapa kita mesti sentiasa doakan anak2...doakan mereka agar dijauhi benda2 yang tidak baik...doalah setiap hari kepada kesemua anak2...

Peluk anak, suami/isteri, ibubapa 2 kali sehari....genggam tangan, pandang mata dan peluk dengan erat...tangan digunakan untuk menepuk2 bahagian belakang badan...kemudian ucapkan 'saya sayang...'

Jangan lupa berikan pujian kepada anak2....jangan buat tidak peduli dengan pencapaian mereka...

Ada satu cerita yang dia ceritakan...masa dengar air mata saya bergenang...saya memang cepat touching bila ada kisah berkaitan ibubapa...ceritanya macam ni...ada ibubapa yang mempunyai 8 orang anak...7 orang kesemuanya educated mempunyai kerja yang baik2...manakala seorang lagi cuma berpendidikan sekolah pmr....yang dianggap tidak berguna kerana cuma kerja bawa teksi...semasa ibubapanya sakit...mereka berpesan jika dah meninggal tak perlu tunggu kakak dan abang dia...terus kebumikan saja...jadi apabila ibubapanya meninggal, jenazah mereka terus dikebumikan...saya tak ingat sebab apa ibubapanya berpesan demikian...mungkin kerana kesibukan kerja...abang dan kakak tiada masa untuk menjenguk ibubapa di kampung. Sedangkan anak yang tidak berpendidikan tinggi inilah yang menjaga ibubapa...hantar ke masjid, beli makanan, jaga semasa sakit....mungkin ibubapanya kecil hati dengan anak2 yang educated tu...sedangkan anaknya yang dianggap tak pandai itulah sebenarnya paling dekat dengan ibubapa dan menjadi anak yang soleh...selepas itu dia berjaya membeli 9 buah teksi..dan berjaya dalam hidup..

Jadi kesimpulannya...jika ada anak yang tidak pandai dalam pelajaran...janganlah anggap anak itu sebagai tidak berguna atau menganggapnya sebagai beban...mungkin anak itulah yang akan menjaga kita semasa tua dan menjadi anak yang soleh nanti...

okay...itu sajalah hasil daripada seminar sabtu lepas yang dapat saya kongsikan di sini...moga2 menjadi panduan walaupun sedikit kepada semua...thanx for reading this...salamz..

No comments:

Post a Comment