Saturday, 26 December 2015

Cuti-cuti Langkawi part 2- Island Hoping

Hari ni kami bertiga bangun awal becoz pukul 9 pagi gitu  orang yang agen island hoping datang ambik kat motel. Before tu kami pergi breakfast dulu, makan kat kedai sekitar pantai chenang. Lupa nak ambik pic, sarapan makan nasik lemak ayam goreng jer...tapi masa i dah makan separuh i terjumpa serangga kumbang dalam my nasi terus i loya x nak makan. My bonda x caya...tapi bila tunjuk banyak kali baru dia caya. I pulak malas nak komplen kan jadi lain pulak...boleh je nak tunjuk tapi becoz ramai customer kan x pasal2 orang lain semua xnak makan...so biarkan jer la.

Lepas tu balik motel...xsampai 5 minit orang yg island hoping tu datang ambik kitorang...selain kami bertiga ada 6 orang lagi yang akan join. Lepas kami dah board dalam van, driver gi amik yang 6 orang tu pulak...family 6 orang  dari sarawak.

Sampai kat jeti kami diberikan penanda oren untuk menandakan group kami...masa nak naik bot ada budak perempuan datang ambik gambar...bila dia suruh senyum...i senyum jer...Kesian my bonda pakai baju yang tak sesuai untuk island hoping..sepatutnya pakai blause dan seluar panjang...hari tu before pegi dah cari kat supermarket tapi x jumpa lak yang bersesuaian...xpe la next time kena prepare at least 2 seluar panjang untuk my bonda.



Kat bawah ni adalah pulau dayang bunting...dari jauh nampak macam seorang perempuan yang mengandung berbaring...oleh kerana i dok kat tengah2 dalam bot tu so pic yang clear sangat dan cantik sangat x dapat la nak ambik...tapi at least ada la jugak bukti pergi pulau lagenda ni kan...








Selepas kami tengok pulau dayang bunting dari jauh...kami pun meneruskan perjalanan hingga sampai ke jeti pulau dayang bunting. Sebenarnya ada mitos pasal pulau ni...nak tahu lebih lanjut google la sendiri yer... Nak masuk ke taman ni kena bayar rm3 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak. X tahu pulak kena mendaki anak tangga yang tinggi untuk sampai ke tasik dayang bunting...kesian lak my bonda kena manapak naik ke atas...huhu..



Ramai betul orang kan....maklumlah cuti sekolah, macam best je tengok orang mandi manda, mana yang terer berenang selamba badak jer gi swimming kat tengah2 tasik...mana yang x reti pakaila life jacket ke atau pelampung. Selain berenang ada aktiviti berkanu dan bot itik...Semua tu boleh disewa...tapi i x join pun sekadar membuat pemerhatian dengan melihat gelagat orang...sambil menikmati keindahan tasik ni...Actually kami bertiga kepenatan setelah mendaki dan menuruni tangga sebab tu dok diam jer kat tepi tasik...kami cuma celup2 kaki je kat dalam air tasik.










 Kami cuma diberikan masa sejam jer untuk berada di pulau ini...so lagi 15 minit nak habis masa... kami pun bergegas turun...i pula x ingat bot no berapa dan muka pakcik yang bawak bot tu pun i x ingat..tapi nasib baikla my niece ingat muka pakcik tu... :)) Lepas dah cukup korum kami 9 orang kemudian dibawa ke Pulau Singa Besar untuk melihat burung helang. Menurut pakcik tu kawasan ini merupakan habitat burung helang dan para nelayan tidak dibenarkan memancing atau menangkap ikan di sini, sesiapa yang bedegil akan didenda. Rasanya kalau ambik pakej yang ada eagle feeding tu boleh bagi helang tu makan ikan kat tangan...tapi yang tu mahal sikit, x sure berapa. Okla kan walaupun tengok dari jauh...dah suka sangat dah kami semua... :))) Actually ada jugak helang yang datang dekat tapi becoz i bukanla photographer proesional plus guna kamera hp jer so x dapatla den nak merakam momen yang dikehendaki...


Selepas tengok burung helang berterbangan dan menangkap ikan...kami pun dibawa ke pantai beras basah...i suka sangat pantai ni...airnye jernih lagi cantik dari pantai chenang...best ni kalau mandi manda tapi becoz i x bawak baju mandi so tengok jerla dorang mandi manda. Lepas dah puas bergambar...kami pun cari port untuk berehat. Kat pantai ni xde toilet tau...cuma ada satu kedai kecik yang jual makanan dan minuman ringan. I sempat beli maggi cup dan air tin kemudian makan sambil santai2 bawah pokok...dengan dihembus bayu pantai..memang best jer rasanyer.



Balik dari island hoping terus balik bilik...petang tu i order artisan pizza...sedapnyer pizza ni...i rasa bole beat pizza hut.. Petang tu cuma santai2 kat bilik sambil tengok astro first... :))

No comments:

Post a Comment