Wednesday, 30 December 2015
Rumusan 2015
Macam x percaya tahun 2015 tinggal 2 hari je lagi...2016 akan menjelma membawa harapan baru dan cerita yang diharapkan
1. Pelancongan
Tahun ni paling banyak aku gi melancong...tak sangka dalam ekonomi meleset plus kewangan pun xdela banyak mana namun aku dapat pergi berjalan ke 3 tempat...yang paling manis mestila dapat bawa bonda makan angin ke kuala terengganu dan juga pulau langkawi. Walaupun percutian tidakla mewah...cuma mampu duduk hotel biasa je namun aku sangat bersyukur kerana dapat menggembirakan hati bonda tersayang. Kalau baca my blog tentu tau pasal i gi medan-danau toba kan....rupa2nya pegi langkawi lagi best...for me la kan...tapi kalau korang nak gi jugak ok je dapat kenal tasik danau toba tu... InsyaaAllah tahun 2016 aku ingin bercuti ke Cameron Highland pula...tarikhnya belum ada namun mungkin cuti sekolah.
2. Kewangan
Pengurusan kewangan pula...tahun 2015 terbeban dengan hutang bank...namun bulan jan nanti alhamdulillah my car loan akan tamat, so maknanya dah kurang satu hutang. Tak mungkin la nak beli kereta baru...my car masih elok dan nampak baru lagi. Duit tu boleh digunakan untuk langsaikan hutang kad kredit...yes, i akan cuba langsaikan insyaaAllah seawalnya Mei ini. Sesetengah orang x pakai kad kredit kerana takut x dapat kawal diri...tapi pandai2 la kita kontrol, biasa i guna pun time nak book tiket flight dan isi car petrol.
3. Kehidupan
Dapat kenal siapa kawan, sahabat dan juga musuh dalam selimut...semua ini merupakan pengajaran. Yer kita ni x sempurna...jadi sentiasala cermin diri kita. Segala kata2 kita sama ada melalui percakapan atau whatsapp...tolongla pikir dulu sebelum keluarkan, sebab apabila kita dah menyakitkan hati orang entah bila dia dapat memaafkan kita. Sebab itu, aku lebih senang menyepikan diri, tak nak ambik tau hal atau masalah orang lain, lebih baik kita rapat dengan ahli keluarga kita sendiri. Kalau kita bergaduh dengan ahli keluarga kita pun bila hari raya balik kampung, berjumpa akan bermaaf-maafan juga.. Sekarang ni if ada masa aku akan balik rumah my sis dan keluar dengan my niece untuk tengok wayang dan belanja makan.
4. Jodoh
Sebenarnya aku segan nak tulis pasal term ni...tapi bagi orang yang di luar sana yang masih pelik kenapa aku masih single dan belum berkahwin, aku hanya ada satu jawapan saja iaitu belum ada rezeki untuk ku berjodoh. Usaha dan berdoa sudah pun aku lakukan, selebihnya terserah kepada yang Esa untuk memakbulkan. Jodoh macam juga rezeki anak...kalau belum Allah nak beri kita x boleh berbuat apa2...cuma teruskan berusaha, berdoa dan jangan berputus asa. Memangla if nak bandingkan dengan perempuan yang seusia denganku dah berderet anak mereka tapi inilah ujian yang Allah berikan untukku yang harus aku tempuhi. Aku cuma mampu bersabar dan cuba kuatkan hati dan diri.
5. Amalan
Aku akui amalan ku masih di tahap lama...belum ada kekuatan untuk bangun bertahajud di waktu malam...semoga tahun 2016 aku mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya.
6. Bersihkan hati dan Bersyukur
Walaupun aku rasa hidupku belum lengkap, namun dari segi lain aku amat bersyukur....dengan rezeki yang Allah berikan ini aku boleh membantu bonda dan juga ahli keluarga ku yang lain dari segi kewangan walau pun x banyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment