Salam....Macamana dengan minggu ini? Dapat banyak jemputan open house tak?..Esok ...aku ada open house kat Taman Permata...my friend invited me...and next week pun ada open house...kat Ampang...tapi sabtu hadapan aku sekolah ganti..jadi lepas sekolah terus bergerak ke open house...
Baiklah...hari ini aku nak share ilmu berkenaan kelebihan solat sunat subuh...hasil dari google...jomlah kita sama-sama amalkan...banyak sangat kelebihannya...kalau kita susah sangat nak bangun 1/3 malam...kita amalkanlah solat sunat subuh ini...kerana pahalanya sangat besar..
Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada
riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh
ini walau pun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri
Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan
diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW
apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk
mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
Jom kawan-kawan...kita sama2 amalkan ...salah satu amalan Rasulullah ini...
No comments:
Post a Comment