Thursday 6 June 2013

Resipi kuih che'mek

Salam...esok i dah nak balik kl...huhu...ari ni pulak i puasa...kebetulan pula hari ni 27 rejab kan? Israk dan mikraj today...well hari ni nak update satu lagi resepi kuih yang ringkas lagi sedap sesuai dimakan ketika sarapan atau pun minum petang...iaitu kuih che'mek...bolehlah mencuba nanti.



Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
tepung gandum
ubi keledek
garam, gula dan sedikit air

Cara-cara membuatnya :
1. Ubi keledek direbus dengan sedikit garam...setelah masak kemudian toskan
2. Kupas kulit ubi keledek dan kemudian isinya ditumbuk atau dilenyek dengan lesung batu.
3.Kemudian satukan isi keledek yang telah dilenyek dengan tepung gandum, nisbah keledek .tepung (1.5 : 1) .Tepun jangan terlalu banyak jika tidak jadi keras...keledek pun jangan banyak sangat....masa uli pastikan doh tidak terlalu lembik.



4. Kemudian bentukkan bulat mengikut gambar dibawah, leperkan dan masukkan gula pasir...agak2la secukup rasa supaya tak terlalu manis...kemudian tutupkan dengan membuat bentuk sepertinya.




5. Dah siap bolehla digoreng dengan minyak panas sehingga kuning keperangan...selamat mencuba :)



No comments:

Post a Comment