Sunday 4 November 2012

Resipi nasi dagang

Resipi ni...tak ada la lengkap sangat...sebab aku cuma snap pic...tapi lupa pulak nak tanya berapa banyak bahan-bahannya...kat sini aku cuma tepek pic cara nak masak nasi dagang dan sambal nasi dagang..manakala lauk pauk...iaitu gulai ayam dan daging..aku rasa kebanyakkan orang tau cara memasaknya...baiklah aku mulakan dengan cara memasak nasi dagang....

Cara masak nasi...kita perlukan beras jemah (perang) dan beras pulut...ke dua beras ni dicampur bersama


beras jemah direndam selama satu jam...

Selepas direndam...bermulalah proses mengukus...kena kukus 2 kali...yang kali pertama kena kukus separuh masak....

Kemudian beras pulut+jemah yang telah dikukus separuh masak ni...diangkat dari dapur..mula2 bonda masukkan air panas/suam ke dalam beras yang dikukus tadi....selepas tu campurkan dengan bahan-bahan berikut iaitu bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang halus...

Gaulkan bahan-bahan tersebut...biar rata kesemua bahagian....

Selepas tu campurkan dengan halba...
gaulkan rata..
Selepas gaul dengan bahan-bahan di atas...masukkan santan dan garam...gaul rata ...kemudian dikukus untuk kali ke 2 sehingga masak...
Untuk sambal nasi dagang pula...perlukan kelapa parut...pertama kena goreng atau sangai kelapa sehingga warna keperangan seperti di bawah...kemudian diangkat...

Selepas tu ditumbuk dengan menggunakan lesung batu....nak blender?...haha..tak pernah lagi aku buat...kami guna lesung sahaja..bukan tumbuk sampai lumat pun....my bonda kata jangan jadi macam sambal nasi himpit atau keluar minyak...hehe...paham tak?


Kemudian campurkan bahan-bahan di bawah iaitu serai, halia, bawang putih dan bawang merah
Bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat...

Kemudian campurkan ke dalam kelapa yang telah ditumbuk tadi...



Selepas itu masukkan gula dan garam...terpulang berapa banyak...ikut citarasa masing-masing..Kemudian siap...
Kemudian bolehla dihidangkan dengan lauk pauk seperti gulai ayam atau daging...ataupun ikan tongkol..

Okay...selamat mencuba...salam...


No comments:

Post a Comment