Monday, 11 March 2013

Buat baik jangan harapkan balasan...


Hari ini pergi sekolah macam biasa....tapi badan macam rasa tak sihat....masa kat kantin cuma mampu telan sebiji donut...tapi gagahkan diri masuk kelas dan mengajar seperti biasa...kelas habis 2.30 petang...siapkan apa yang patut terus cabut balik rumah...masa drive kepala sedikit pusing...tapi alhamdulillah selamat sampai kat rumah...Badan rasa sangat penat...akhirnya aku pengsan tertido...bangun balik baru makan dan telan ubat baru rasa ok..

Tajuk kat atas aku tujukan pada diri sendiri...kalau buat baik pada keluarga atau kawan2...janganlah mengharapkan balasan mereka akan berbuat baik juga...maksudku apa yang kita buat mestilah ikhlas dan tiada niat lain...

Kalau kita mengharapkan balasan sebegitu mesti kita akan upset...jadi mesti set dalam pikiran setiap kebaikan yang kita buat biarlah kerana Allah...kerana Dialah  yang menentukan ganjaran pahala kebaikan yang kita lakukan...

Jadi you alls ...jangan terlalu berkira dengan rezeki yang kita ada dan ikhlaslah dalam membantu sesiapa pun...nescaya Allah akan memudahkan segala urusan dan memurahkan lagi rezeki kita.. :)

Sekian tazkirah kali ini....

No comments:

Post a Comment