Sunday, 17 March 2013
Hantar bonda kat KLIA
Hari ini aku bersama kakak dan abang ipar menghantar bonda ke klia kerana my bonda nak mengerjakan umrah 17-28 Mac ini...Semoga bonda diberikan segala kemudahan dalam melakukan semua urusannya semasa di sana...Aku agak risau kerana bonda tak pandai membaca...hanya kepada Allah aku memohon agar bonda diberikan pertolongan sepanjang masa dia berada di sana...
Masa berpisah tadi...mata bonda dah merah sebab sedih dan terharu dapat pergi menjadi tetamunya di sana...mungkin rezeki untuk mengerjakan haji belum sampai...tapi Allah telah memakbulkan doa bonda untuk menjadi tetamunya juga untuk mengerjakan umrah..
Rancangan asalnya...bonda pergi bersama aku pada tarikh ini...namun bukan rezekiku kali ini...aku tak dapat pergi kerana ketiadaan mahram lelaki...Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami...bonda pergi bersama kawan geng surau kat kampung...
Selamat jalan bonda...moga bonda diberikan kesihatan dan kekuatan serta merasa bahagia dan tenang untuk mengerjakan ibadat di sana...amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment