Esoknya pagi2 lagi aku dah bangun...walaupun jam baru jam 5 pg tapi kat cni dah macam 6 pg...selepas bersiap around 7 am dah mula gerak dari rumah. Mula2 mestilah gi breakfast dulu kan...selepas mengisi perut dengan nasi goreng kami mula bergerak dari KK ke kundasang...yehuuu!Dari jauh dah nampak gunung kinabalu yang tersergam indah.. :))
Jarak dari kk ke kundasang 100km tetapi mengambil masa lebih dua jam untuk sampai...disebabkan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit, berliku dan macam2 ber...menjadikan aku separa pening...nasib baik aku tak mabuk...kalau nak bandingkan dengan jalan gua musang-merapoh...rasanya jalan ni lagi teruk . Kebanyakkan kenderaan yang aku nampak 80 % adalah 4wd... kerana jalan yang lasak perlukan kenderaan yang lasak...kalau kereta ku (myvi) tak tau le berapa lama leh tahan kalau ulang-alik jalan mcm ni.
Sebaik sampai kat kundasang, kami berhenti dahulu membeli buah-buahan kat pekan kundasang...masa ni 11 pagi....then kami cuba cari tempat penginapan yang dah aku booking melalui agoda...rupa2nya resort ni dekat atas bukit you...jalan km brp ntah highway ranau-kundasang. Masa sampai kami tengok keadaan sekitar dan tempat parking tak ada pun kereta...was2 jugak ada orang ke kat sini....masuk ke dalam bangunan rupa2nya ada sorang perempuan dekat kaunter....alhamdulillah. Tanya punya tanya kami hanya boleh check in jam 2.00 petang....so nak tak nak kenala pergi dulu merayau ke mana2...sebab bilik belum kemas you...biarla dorang settlekan dulu.
So my fren pun cadangkan kami ke sabah tea garden....aku rasa dalam 30 minit perjalanan sebab before sampai perjalanan ni melalui pekan ranau dahulu. Jalan kecil yang naik ke atas yang berbukit sangatla hazab keadaan jalannya yang berbatu kecil dan tidak rata menyebabkan kelajuan kereta 5-10km/j...kesian my fren yang jadi driver...huhu..Sampai kat atas ingat tak ada orang...rupa2nya ada la jugak beberapa buah kenderaan...selesai parking kami masuk dalam kedai teh dulu...dan aku pun beli la teh sabah sebagai ole2 untuk family. Kemudian keluar dari kedai terus bergambar kat ladang teh. Teh macam ada yang gondol...mungkin baru dituai agaknya...tapi tak kisahla yang penting pemandangan nya cantik.
Selepas puas bergambar kat area garden tea tu ...kami pun ambik keputusan makan je kat situ...masa tu dah pukul 2 kot...lunch le apa lagi...harga dan rasa makanan boleh tahan...paling aku suka teh tarik pandan yang aku minum....bestnyer...tengah syok makan hujan turun menambahkan lagi kapasiti kabus2 yang dah sedia ada kat ladang teh tu...kagum jap.
Selepas siap makan...kami pun balik...terpaksa melalui jalan yang hazab tadi semula...tambah pulak dengan hujan...lagi la menambahkan cabaran kepada my fren sebagai driver.
Oleh kerana hujan...kami tak pergi ke hot spring dan ikan lui ke apa ntah...lagi pun aku tak minat sangat nak pergi ke situ dan kami terus balik lepas singgah kat pekan ranau beli kfc untuk makan malam. Then sampai kat resort dah pukul 3 lebih gitu dan check in. Oh ya nama resort tu sri kinabalu...Ini la bilik kami...okla bilik nya...bilik air pun bersih. Malam, suasana sunyi sepi ditambah bunyi burung yang habitat betul2 dekat sebelah tingkap ku tido...berkicau sepanjang malam...pukul 9 pm aku dan ngan kawan aku terus pengsan hingga ke pagi.
No comments:
Post a Comment