Friday, 6 December 2013

Sabah here I come


Sehari sebelum berangkat ke KK barulah aku dapat kemas rumah....tu pun setelah seminggu non-stop menyemak evidens pbs dan menyalin data pada borang transit setiap student...Kemas mana yang aku sempat, sapu, mop, cuci bilik air, dobi, dll...bilik stor belum sempat ku kemas...sapu je...harap2 balik kl ni dapat sambung balik..

Ok...Tiba hari bertolak...pagi tu rasa malas sangat nak bangun tapi kuatkan semangat sebab flight pukul 11 pagi...nak tak nak kena cepat2 sebelum miss flight..sampai kat lcct dah pukul 9.30 pagi, cepat2 check in kat kiosk dan sekarang ni luggage yang nak masuk kargo boleh self printed slip sendiri...tapi luggage tetap kena hantar kat kaunter...kena beratur gak...cuma agaknya pagi2 orang tak ramai so xde la lama sangat beratur.

My friend dah pesan suruh belikan roti banyak2 sebab kat sabah xde jual roti bun gardenia...oo baru ku tau...so beli satu plastik besar roti...nak bawak ke sana. Flight aku delay dalam 20 minutes...sebab ada masalah radar ke apa...so flight yang sepatutnya sampai 1.40 petang...sampai pukul 2.00 petang...apa2 pun alhamdulillah selamat sampai ke KK Sabah...walaupun hujan masa flight nak mendarat.

Kesian my friend tunggu dekat sejam kat airport KK, sebab masalah delay td...my friend rosinah ni satu coursemate masa kat ukm dulu...last kami jumpa tahun 2007 rasanya masa tu dia datang kl. Sepanjang berada di Sabah, aku menumpang di rumahnya...so dah save duit penginapan untuk beberapa hari. Lepas tu kami terus belah dari airport dan pergi makan2 before balik ke rumahnya.

Sampai di rumah my friend, aku terkujat sakan melihat saiz rumah teresnya yang begitu besar dan luas...lebih2 lagi bahagian parking yang boleh muat 3 buah kereta dan bahagian dapur yang agak luas siap ada dapur kering dan dapur basah...malah boleh membasuh dan menyidai kat bahagian belakang...wah kalau kat kl mesti dah rega 500++ kat area rumah den. Sampai aku kata kat my friend aku boleh marathon dari dapur ke ruang tamu...kuikui. Tapi itulah kan...lupa pulak nak snap pic rumahnya... :-P

Malam tu aku tido dalam bilik tamu....oleh kerana saiz rumah yang agak besar dan tak biasa...jadi rasa seram sikit...lebih2 lagi terjaga pukul 1.30 pagi...huhu. 






No comments:

Post a Comment