Last day kat Kundasang kemas2 apa yang patut then pukul 7-8 am kami dah check out...tengok2 cuma ada 2 kereta je kat luar...huhu maknanya kami je yang tido kat sini malam tadi...huhu.
Otw balik ke KK kami singgah dahulu di pekan kundasang untuk sarapan pagi. Before sarapan aku kagum sekejap dengan scenery gunung kinabalu kat situ so kami bergambar dahulu.
Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan balik ke kk...otw balik kk kami berhenti sekejap di kinabalu park untuk bergambar.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke kk semula dan terpaksa menempuh semula jalan yang mencabar tempohari...sekejap belok kiri, sekejap boleh kanan...berulang2 kali sampai aku naik pening.
Namun alhamdulillah kami berjaya menempuhi jalan mencabar tersebut...then my fren bawaku singgah bergambar di jambatan tamparuli (jambatan gantung) yang kelihatan uzur...tapi masih selamat untuk digunakan. Jambatan ini berhampiran dengan pasar tamparuli.
Setelah itu kami singgah pula di rumah terbalik...nak masuk sini kena bayar tiket rm10 seorang. Kami hanya dibenarkan mengambil gambar di luar dan sekitar rumah sahaja...di dalam rumah tak boleh sama sekali...kalau degil jugak merasalah kena rampas kamera dan bayar denda.
Kemudian kami pun meneruskan perjalanan balik ke bandar kk...tapi tiba2 my fren mencadangkan kami singgah dahulu di pekan...(lupa) untuk makan puding kelapa dan lokan bakar. Aku ok saja...hehe
Selepas itu kami pulang ke rumah untuk berehat sekejap sebab petang nanti kami akan keluar semula untuk meneruskan aktiviti seterusnya.
No comments:
Post a Comment