Sunday, 8 December 2013

Kundasang Day 2 : Mesilau Desa Dairy Farm & Kundasang Memorial Park


Salam...hari ini aku nak sambung balik hari ke dua di Kundasang...kami bangun awal jam 5 am kemudian siap2 dan keluar jam 7 am. Sebelum itu kami dah breakfast dulu makan roti dan mee segera. Resort ini ada cafe kat bawah sediakan sarapan tapi kami punya tak included breakfast. Cafe resort ini juga tak menyediakan lucnh atau dinner...so pandai2la korang cari makanan sendiri.

Target utama hari ini aku nak ke desa dairy farm (ladang lembu susu ala2 new zewland)...perjalanan dari tempat menginap ke sini ambik masa 10-15 minit. So before di ddf kami singgah dahulu di memorial kundasang park. Aku sebenarnya kurang berminat ke sini...tapi my fren kata tempatnya cantik ada taman2 kat atas so...jom lerrr...lagi pun memorial ni kat bawah bukit je. Selepas bayar tiket kami pun naik tangga menuju ke atas.


Memorial ni banyak taman...banyak jugak snap gambar kat sini...tapi tempat yang paling cantik adalah kat area yang ada kolam. Kemudian kat sebelah kolam ini dapat lihat scenery gunung kinabalu yang cantik.




Selepas itu kami bergerak ke ddf yang memerlukan pengdakian bukit...yang terletak di kawasan tanah tinggi...nak masuk kena bayar tiket RM4 kat pintu masuk ddf.


Sebelum sampai ke kilang ddf haruslah berhenti ambik gambar dulu kat padang rumputnya yang menghijau dilatari oleh gunung dan kabus yang memutih....menyebabkan suhu sejuk seakan2 di new zealand... :-P


Tengah best2 ambik gambar tiba2 batery my camera kiok pulak...so nak tak nak terpaksa la tumpang tab camera my fren...semalam tengok batery macam penuh lagi...so tak cas...padahal tujuan utamanya memang nak bergambar abis-abisan kat ddf...huhu.


Lepas tu kami masuk ke kilang susu ddf tu...ambik gambar sekitar kawasan dan sempatla minum susu fresh perisa coklat RM4 sekotak.  Pada mulanya tu risau gak sakit perut...maklumla aku jarang minum susu segar atau susu tepung...hehe...sebab perut macam tak sesuai



Habih tawaf ddf maka kami pun bergerak dari situ....tapi ddf memang cantik abisla...very beautiful...kalau ada rezeki nak datang lagi.. :-D.


Kami singgah bergambar kat Hotel dream world resort...hotel ni sangat cantik...aku highly recommend bagi sapa2 yang nak datang ke kundasang stay kat sini kerana dekat ngan ddf...5 minutes je kot jaraknya...tapi untuk semalam bolehla check rate kat agoda...rasanya dalam 300++ untuk per night. Hotel lain yang hampir ialah cottage hotel...tempoh hari masa nak book hotel tersebut dah penuh.

Selepas penat berjalan kami balik semula ke pekan ranau untuk makan tengahari dan isi petrol. Baru ku tahu nak isi petrol kat sini panjangnya beratur...sebab stesen minyak cuma ada 2 kat ranau dan pekan ini sahaja yang ada stesen minyak. Setelah hampir sejam baru le turn kitorang...huhu..

Petang itu kami balik ke bilik dan dalam pukul 5 pm kami keluar meninjau sekeliling hotel dan dapat snap pic gunung kinabalu yang cantik.


Sebelum maghrib cepat2 kami balik ke bilik...kami lihat cuma ada 2 buah kereta sajork yang ada kat luar ditambah pula dengan keadaan resort yang agak suram dan seram...huhu...Malam itu kami tido awal dan mengharapkan cepatnya muncul mentari pagi.











No comments:

Post a Comment