Tuesday, 29 November 2011

Hari yang ribut...

Hari yang ribut...bukan maksudnyer hujan ribut tapi sebab keadaan aku yang huru hara dari pagi sampai la ke petang huhu...

kejadian 1
Semalam keluarkan memory card fon...lepas tu lupa nak set balik jam...kunci jam fon 5.30 pagi sebelum tido, terjaga pukul 6.30 huhu...mandi, nak solat subuh, tengok cahaya kat luar dah terang benderang...tengok jam fon baru 6.45 eh...kenapa cerah sangat mcm pelik jer...ambik jam tangan, alamak dah pukul 7.15 pagi. Cis...rupanya jam fon lewat setengah jam...tak pasal2 kena khada' solat subuh...ampunkan ku Ya Allah...tak sengaja hambamu ini. Dah la baju pun belum iron...haha..ambik kau pukul 7.45 pagi baru keluar rumah...sampai kat pusat peperiksaan 8.05 pagi...calon dah pun mula exam.


Kejadian 2
Semalam tengah kemas barang2 dalam bag...baru ingat yang hari ini lesen memandu aku mati...so tadi bergegas lepas jaga exam terus menuju ke post office. Ramainyer manusia, nombor giliran aku 1070, nombor sekarang 1022. So aku pun merayau le mana yang patut...eh terjumpa parents student lak...sembang lebih kurang pahtu gi balik...tengok2 lambat lagi my turn...jenuh la aku tunggu kat situ, 1 jam lamanya...tiba giliran aku, aku pun hulur le lesen...'mana lesen asal?' 'Alamak tak bawak la dik...''kena ada lesen asal, baru boleh renew...' Adoiii...kenapa la aku blur sangat hari ini...baru 2 tahun tak renew boleh lupa pulak...biasa aku bawak, tapi aku tukar purse baru...aku x letak pula...cis...membazir masa aku kat sini...
mencik!!!!!!Esok kena gi sekali lagi pejabat pos....

Sunday, 27 November 2011

Ayam masak lemak cili padi

Salam...hari ini lepas gi tengok wayang dengan mrs B kami singgah sekejap beli barang untuk memasak...Mrs B request nak makan ayam masak lemak cili padi...so lepas tungkus lumus kat dapur akhirnya siap la lauk yang tak seberapa ini...hehe...aku ni bukan mahir sangat masak cuma penah la beberapa kali masak lauk ni...selamat mencuba ya...



Bahan-bahan
1 ekor ayam di potong kecil
3 cm halia *
3 cm lengkuas *
3 cm kunyit hidup *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang merah besar *
15 biji cili padi *
Bahan yang bertanda * diblender
1 asam keping
1 helai daun kunyit (dicarik)
1 batang serai (dititik)
santan
setengah biji nanas di potong kecil (tak nak letak pun xpe)

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bahan yang diblender bersama serai dan daun kunyit.
3. Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan gaul rata sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga masak.
5. Masukkan nanas, asam keping, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa.
6. Setelah mereneh, angkat dan hidangkan.

Saturday, 26 November 2011

Ikan bakar bersambal

Hari ini my fren mrs B datang ke rumah...so pikir2 nak masak apa la dia datang nanti sebab aku bukannya pandai masak sangat. Nasib baik dia jenis tak memilih, makan apa sahaja...hehe..so suka ati la nak masak apa pun. Dapur kat rumah dah lama tak berasap ni...nampak sangat malas masak.

Ikan bakar bersambal


Bahan-bahan
lengkuas 3cm *
halia 3cm *
serai 1 batang *
bawang putih 2 ulas *
bawang merah saiz besar 2 biji *
cili kering 15 keping *
belacan (dibakar) 4 cm *
yang bertanda * di blend
2 ekor ikan selar saiz besar
daun limau purut(dihiris halus
cara memasak
1. Bahan yang blend tadi ditumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan garam, gula, bahan perasa dan air asam jawa.
2. Bila sambal yang ditumis dah masak, angkat dan ketepikan.
3. Kemudian lumurkan ikan dengan bahan tumis, taburkan daun limau purut dan balut dengan daun pisang dan aluminium foil.
4. Bakar dalam oven sehingga masak, masa 30 min.(Tadi bakar atas kuali jerr)

Kangkung goreng belacan

yang ni tak payah letak resipi, mesti korang dah tau kan...

Bubur kacang hijau


Simple je resepi...selamat mencuba dan selamat menyambut Awal Muharam...

Friday, 25 November 2011

Tugas baru

Semalam lepas jaga exam...terus check fon, ada sms dari my PK Koko ringkas jer...'sms akak bila free'...Terus aku call, mesti ada hal penting ni...my PK hanya contact aku pasal urusan keja biasanya...rupa2nya dia suruh aku wat pilihan untuk tugas tahun depan...antara Ketua SPBT dengan setiausaha koko....sebab PK Hem ku mahu aku jadi cikgu SPBT, manakala PK Koko pula nak letak aku sebagai setiausaha dia...Setelah pikir jap aku pilih jadi su koko...Kenapa aku pilih sebagai su sebab dah 3 tahun aku kerja bawah pk koko. Haha...tak suspen la tahun depan, biasa pergi meeting guru baru tahu tugas apa. Bila dapat tugas khas macam ni, maknanya tahun depan aku tak perlu jadi guru kelas. Harap aku dapat menjalankan tugas dengan baik, teratur dan lebih cemerlang pada tahun hadapan.

Tengok berita...hujan lebat di Pantai Timur, harap2 tak banjir la bila aku balik kampung nanti. Tak sabar nak balik makan putu ubi kayu dan ikan budu....

Tuesday, 22 November 2011

Rahsia hari potong kuku

Rahsia hari potong kuku
Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan

Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah, bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

Monday, 21 November 2011

berita gembira

Memang best laa game final malaysia lwn indonesia mlm ni...daripada awal sampai akhir game, aku dok menjerit jer ..campur stress haha...harap sangat malaysia menang, walaupun penentuan penalti...tapi memang terbaik la dorang main...apapun tahniah kpd semua pemain malaysia, memang rezeki dorang dapat emas sukan sea.

Tajuk kat atas punya la kemain, mcm dapat bonus je...sebenarnya tadi aku baru call kakak aku kat Kuala Terengganu, aku ingat2 lupa yang anak buah aku ambik upsr tahun ni...hehe teruknya mak su dia ni kan??? Syukur alhamdulillah, anak buah ku Liyana aka kak chik telah berjaya dapat 5A. Selain kak chik, kak long tengah hadapi spm skrg ni dan kak ngah tengah tunggu result pmr. Hehe...berderet anak buah aku exam.

Berita yang ke dua pulak, sebenarnya ni berita last week tapi x pe la aku nak share jugak kat cni iaitu aku telah dapat anak buah yang ke 19 pada ari khamis lepas. Adik lelaki ku dapat baby lelaki...alhamdulillah. Mesti korang pelik kan, apsal aku mak su? sedangkan ada adik...Aku anak bongsu perempuan, manakala adik aku bongsu lelaki.

Sekian, laporan berita untuk hari ini...tata

Sunday, 20 November 2011

Secebis kisah untuk dihayati bersama

Kisah ni dapat daripada forward emel...
PETIKAN: 'Nota Hati Seorang Lelaki' (Pahrol Mohd Juoi)

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.

Beginilah kisahnya.

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak Ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, Sukar ditembak reaksinya.

"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta! Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk
sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa?
MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Saturday, 19 November 2011

Korea part 3

Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada Harimau Malaya team kerana berjaya mengalahkan Myanmar 1-0 dan sekaligus melayakkan ke perlawanan akhir...yes! Baiklah kita sambung balik Trip ke Korea.Hari ke 2 kitorang gi ke satu Fort tapi dah lupa namanyer…dan lepas tu gi ke Everland taman tema permainan…mcm Disneyland…Everland ni terletak kat luar bandar Seoul, maknanyer tiada makanan halal kat cni. So sebelum bertolak makan kenyang2 dulu yer...Kat Everland ni ada macam2 permainan dan taman, dan lain2 (sebab aku dah lupa...hoho)Aku tepek pic je la kan
Pic kat bawah ni adalah pintu masuk ke Everland








Taman 4 musim ni memang cantik sangat...masa gi ni time summer, time bunga ros kembang, kalau nak tengok bunga tulip kembang kena datang masa musim bunga bulan mac.Pic kat bawah ni semua kat taman 4 musim.
















Lepas tu kitorang tengok tayangan 3D, rumah hantu, zoo, naik bot redah sungai dan lain2 la...Aku masih tak pandai nak edit letak pic ni...sebenarnya nak center kan ayat tapi tak pandailah...tengok blog orang lain semua cantik2 dan outstanding semuanya..

Last sekali sebelum kitorang keluar dari Everland tu kitorang naik bot yang akan menyusuri taman2 yang melibatkan tema macam2 negara.








Sebelum balik ke hotel kitorang singgah solat kat satu tempat dan makan makanan vegetarian...makanan yang macam hari tu, nasi dan sayur-sayuran. Masa kat taman tema tu pun makan sendiri2, makan biskut dan roti jer..huhu. Nanti sambung Korea Part 4...tata..

Friday, 18 November 2011

Kisah hari terahir sek...

Daripada jam 3 pagi, aku sakit perut...keluar masuk toilet 5 kali sampai jam 4.30 pagi...sangat derita aku rasa. Lepas tu tido sekejap sampai jam 6 pagi...masa ni perut aku dah ok sket...sampai je sekolah perhimpunan pagi dah bermula. Masuk je dalam bilik guru PK Hem panggil aku yang aku kena duty ari senin minggu depan. Lepas tu baru aku teringat kan aku kena jaga exam spm. Terus aku bagitau yang aku tak boleh.

Sambil tu aku baca maklumat kat papan kenyataan, tengok2 nama aku ada pulak kena duty ari ni untuk bagi wang RM 100 kat setiap pelajar. Tapi sempat lagi tu aku bagitau kat PK Hem aku yang aku banyak keja...lagipun sakit perut aku lom ok lg. Aku terus wat keja aku yang lom settle lagi, mula2 serah duit bayaran lain2 pada yang berkenaan. Kemudian serah buku resit dan tutup buku register.

Masa aku tengah kira peratus kedatangan pelajar bagi bulan November, perut aku memulas lagi...cepat2 aku tinggal keja aku dan gi toilet. Lepas dah lega, aku sambung balik keja aku. Lepas dah siap tutup buku register, aku hantar pada penyelaras dan ingat mahu turun ke kantin. Tapi masa ni perut aku sakit balik...sekali lagi aku gi toilet. Adoiii...takkan nak ulang alik gi toilet cam ni, dah la jauh toilet kan terbuang kat cni kan. Oleh kerana keadaan aku yang x ok ni...aku pun mintak kebenaran nak gi klinik.

Sampai kat klinik, bagi ic...tiba2 aku nak membuang lagi, nasib baik ada toilet kat ctu. Masa tunggu giliran, x tahan sangat aku minta nak beli ubat je...xnak jumpa doktor sbb x larat nak tunggu. Tapi dorang kata kena jumpa gak, dan dorang suruh aku makan ubat dulu. Masa jumpa doktor, dia check perut aku dan tekanan darah...dia kata perut aku dah masuk kuman. Kemudian dia bagi aku mc. Tapi aku kena balik sek semula dan bagitau pengetua yang aku dapat mc. Terus dia benarkan aku balik. Baik sungguh pengetua aku...tapi keja aku tak dapat settle ari ni...sebab buku rekod mengajar lom serah... sebab PK 1 tak ada kat sek...mencik. Nampaknya next week la baru settle.

Tak penah lagi jadi mcm ni sepanjang aku mengajar, sakit perut pada last day. Seingat aku petang semalam aku makan nasi ayam yang aku beli kat food court. Lepas ni serik dah aku nak beli, rasanya dekat 10 kali aku kuar masuk toilet....Tapi syukur alhamdulillah aku dah ok sket lpas mkn ubat dan minum air garam yang x sedap tu...

Monday, 14 November 2011

kisah jaga exam 1

Hari ini 1st day jaga exam spm...aku sebagai timbalan KP perlu datang lebih awal dari yang lain2 untuk buka bilik exam, sebab kunci mangga ada kat aku. X sampai 5 minit my KP pun tiba dengan bawak paper exam...then 10 min before exam bermula calon2 dibenarkan masuk.

Daripada 19 calon, hanya 10 je yang hadir... tak tau le nape masalah dorang ni. Kalau calon bdk2 sek, cikgu bertugas kena call dorang jika x hadir...tapi ni calon persendirian x perlu buat mcm tu. Pakcik yang lahir tahun 1955 tu x datang exam pula.

Paper 1 waktu pagi, paper 2 waktu petang. Hari ini paper bahasa melayu...susah gak soalan. Teringat dulu2, berpeluh jawap soalan BM.

Esok paper English 1 dan 2 waktu pagi dan tasawwur waktu petang. Jadual pack esok...tak macam ari ni ada banyak masa senggang.

Ari Jumaat xde paper, tapi kena gi sek gak settlekan kerja akhir tahun...lepas tu cuti sek bermula minggu depan. Bagi yang jaga exam mcm den ni, sebulan lagi baru leh cuti2 dan balik kg...huhu..

Saturday, 12 November 2011

korea part 2

Day 2
Sebaik saja terjaga...kami dah pun sampai Seoul airport...selesai urusan passport semua, ambik luggage dan bergerak keluar dari airport. Kami disambut oleh 2 orang pemandu pelancong di mana salah sorang merangkap driver bas. Dengan bas kami menuju ke nami island yang memakan masa sejam lebih dari airport. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Kami singgah di sebuah restoran yang menyajikan makanan vegetarian berupa sup alga dan nasi yang goreng bersama cendawan. Menurut pemandu pelancong kami cendawan adalah makanan yang paling mahal di Korea...itu yang dorang gitau...dan sup alga dorang cuma air dan alga sahaja....bukan mcm sup kat Malaysia berminyak dan ada pak aji...

Nampak tak sup alga yang warna hijau dalam mangkuk putih tu?? hehe...rasanya agak tawar...dan kat tengah tu ada kuali nasi digoreng dengan banyak sayur-sayuran...hehe....memang bukan kegemaran ku tapi dah lapar makan je la...tak boleh memilih sangat....memang di luar bandar Seoul makanan halal susah didapati..

Sebelum meneruskan perjalanan ke Nami Island sempat lagi kami tukar pakaian hoho...bayangkan dari pagi semalam pakai baju yang sama mestilah busuk korang...tak mandi pun x pe la asalkan dapat berus gigi dan cuci muka...hehe...akhirnya kami sampai ke Nami Island, untuk sampai ke sini pengunjung perlu menaiki feri...sebab ia mcm di kelilingi tasik yang cantik. Masa ni hujan baru berhenti...Buat pengetahun korang Nami Island ni jadi tarikan kepada pelancong selepas ia menjadi lokasi untuk penggambaran Winter Sonata sebuah drama Korea yang sangat popular dahulu...


Pemandangan yang sangat cantik...Nami Island ni luas, setiap orang dapat pamplet yang mengandungi peta supaya kalu sesat boleh la rujuk kat peta tu. Kami pun bergerak...mula2 tu berkumpulan lepas tu ikut kaki masing2 tapi pukul 3 ptg kami mesti berada di hadapan jeti untuk balik. Rasanya kalu korang datang time autumn atau salji mesti lagi cantik...diri ku memang teringin tapi sebab cuti hanya boleh time sek cuti saja...so redha je laa...kan


Pemandangan tepi tasik yang sangat cantik...pic sebenarnya banyak tapi yang sesuai untuk tatapan korang yang ini sajerr...



Kami berhenti solat kat sebuah masjid di bandar Seoul, lepas tu pergi makan nasi beriani kat restoren Pakistan. Alhamdulillah...bersyukur sangat2 sebab bukan kenyang sangat pun makan kat vegetarian food tadi...hehe..Makanan dia sangat sedap dan untuk pengetahuan korang cuma ada restoren makanan halal Pakistan kat Seoul sahaja...Sori pic lupa nak ambik...


 Selesai makan, kami check in hotel di Incheon....wah bestnyer dapat tido dengan selesa malam ini dan mandi dengan sepuas2 nya...sori pic dalam bilik lupa nak ambik korang...tapi biliknya ok dan selesa...Nanti sambung dalam Korea part 3..tata...









Friday, 11 November 2011

korea part 1

journey ke korea ni dah lama...gi bln 6 last year, kita mula dengan......
day 1
kami semua berkumpul di klia untuk penerbangan ke saigon, vietnam. Perjalanan rasanya dalam 2 jam kot utk sampai ke sana. Tiba di airport kami di sambut oleh pemandu pelancong yang sangat ramah dan terus membawa kami bersiar2 di sekitar bandar saigon. Daripada pemerhatian, ramai penduduknya menggunakan motosikal sbg transport pengangkutan. Halaju pemanduan semuanya ditetapkan 30km/j...tak kira la kereta atau motor. Memang nampak sangat menarik...mcm konvoi beramai2...dan walaupun nampak sesak.....untuk melintas tiada masalah kerana mereka akan berhenti...


kami dibawa ke pusat kraftangan orang kurang upaya...x salah aku mereka ni semua mangsa peperangan. Mereka menghasilkan kraftangan daripada pecahan kulit telur...sangat kreatif dan cantik. Namun kos untuk barangan kraftangan ini sangat mahal...hoho...setakat tengok je la...




kemudian, kami dibawa ke pejabat pos yang cantik...x salah aku ni tinggalan penjajah perancis...kalu salah mintak maaf yer...kat cni ada jual setem kenangan yang cantik.


selepas menunaikan solat jamak, kami makan malam di sebuah restoren halal...kemudian selepas makan kami berjalan2 di sekitar bandar saigon untuk menikmati pemandangan pada waktu malam. Kami pergi ke shopping mall sementara menanti masa ke airport untuk penerbangan ke seoul...


 Sampai airport check in....then berlepas ke seoul, perjalanan selama 5 jam kot dan aku memang tido lena dalam flight...selamat mlm saigon...good morning seoul...ok kita sambung dlm part 2 nanti..

11.11.11

cantik tarikh ari ni...mesti ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan kan?

ari ni xde menda sangat, lepas meeting pengawas spm terus gi pusat mengawas bersama ketua untuk melihat keadaan pusat, calon x ramai dalam 36 orang sahaja, pusat kami calon persendirian....teringat kata2 KP tadi ada calon yang paling tua lahir 1956....so pangkat pakcik....oleh kerana kami berempat  sahaja, salah seorang kena jadi timbalan, so aku volunteer jadi.......sbb yg len x nak dan ada hal. Tugasku sbg timbalan perlu datang awal pagi untuk bukak bilik exam....dan aku x perlu keluar awal pagi untuk menjadi guru pengiring KP untuk mengambil kertas soalan di bilik kebal dekat chow kit.

Aku perlu bertugas 15 hari, bermula 14 nov till 14 dec. Selepas duty untuk spm barulah aku boleh bercuti....until before krismas, sebab aku perlu datang sek untuk menyerahkan slip keputusan pmr kepada pelajar2....

selepas balik dari pusat exam.......aku balik ke sek untuk menyiapkan saki baki kerja yang belum siap...dan mendapat berita kawan baik ku dapat berpindah ke Johor mengikut suaminya yang sudah hampir 2 tahun kerja di sana...dan aku merancang untuk invite dia dan famili untuk makan tengahari di rumahku...harap2 terlaksana la plan ku ini.

sementara menunggu waktu balik datang pelajar2 form 5 bersalaman dengan ku....ada antara mereka yang agak nakal tp aku langsung x ambil hati, aku mendoakan mereka semua berjaya dengan cemerlang...huhu dapat aku rasakan getaran perasaan mereka untuk hadapi exam spm pd minggu hadapan.

Thursday, 10 November 2011

khasiat surah al-fatihah

SURAH Al-Fatihah itu mempunyai khasiat yang banyak sekali. Di antara
khasiat-khasiatnya adalah: 

1. Untuk menjaga keselamatan diri
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca satu kali dan surah ikhlas berserta surah Mu'awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) sewaktu akan tidur. Maka akan terjaga dari segala yang dibenci selain mati.

2. Supaya bahagia dan selamat
Khasiat surah Al-Fatihah lagi, jika anda baca sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyah Subuh (sebelum solat fardhu Subuh) secara terus menerus, maka jika anda ingin pangkat keduniaan, Insya-Allah dapat berhasil, jika fakir dapat kaya, jika punya hutang dapat membayar, jika sakit dapat sembuh, jika lemah menjadi kuat, jika merantau dapat mulia dan ditakuti musuh, dicintai semua orang baik lelaki ataupun wanita, semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana. 

3. Supaya banyak kebaikan dan hilang kesusahannya
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu. Maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya baik urusan dunia mahupun akhirat. 

4. Dimudahkan rezekinya dan berhasil maksudnya.
Jika dibaca 20 kali setiap selesai solat fardhu secara terus menerus (tanpa berkata-kata). Maka orang yang membaca itu dimudahkan rezekinya, dijaga dari segala yang membahayakan, dimuliakan orang dan berhasil maksudnya.

5. Sebagai ubat dari segala penyakit
Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a. Ketika Sayyidina Hassan bin Ali r.a. sakit, lalu Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali. Kemudian air itu disapukan ke muka Hassan bin Ali, disapukan kepalanya, tapak kaki dan tangannya. Maka segera sembuh dengan berkat pertolongan Allah. 

6. Untuk menghilangkan kerisauan
Termasuk khasiat surah Al-Fatihah lagi adalah, jika ditulis pada piling lalu dilebur dengan air dan diminumkan kepada orang yang hatinya risau atau gelisah, maka Insya-Allah dapat sembuh. 

7. Untuk melepaskan tali ikatan musuh
Surah Al-Fatihah juga mempunyai khasiat lagi. Iaitu jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 121 kali dengan hati yang khusyuk. Kemudian ditiup pada kalung tadi sebanyak 10 kali, maka Insya-Allah dapat lepas.
PERHATIAN
Segala tulisan untuk dilebur dan minum hendaklah ditulis dengan tinta misik za'faran yang mana
anda boleh dapatkannya di kedai runcit India (India Muslim)

kisah 2

kat sek ari ni lintang pukang uruskan keja2 yg x siap....sbb nak kejar masa takut x sempat...lepas mkn pagi terus cari pelajar utk tolong uruskan senarai fail peribadi pelajar, dalam masa sama aku kat sebelah wat peka sains...lepas settle dua2 keja, aku suruh pelajar tersebut gi simpan fail2 tersebut kat bilik kaunseling dan makmal.

pada masa yg sama aku kena masuk kelas, lepas tu terus mintak kebenaran keluar jap untuk print kan gambar sebab komputer kat sek x leh nak bukak pic untuk dokumentasi....so aku parking kat tepi jalan, kejap je rasanya dalam 15 minit kot...tengok2 balik dari cuci pic tu ada surat saman dari DBKL...aduhlaa...tensi2 lepas binding dokumen tu terus antar pada pk koko...settle keja ku...huhu...

tengok jam dah 1.10 terus ajak my fren gi survey jalan untuk meeting esok...ooh senang je jalan nyer...harap x jem laa

keja yang lom siap adalah buku register pelajar, buku rekod mengajar, minit curai, resit yuran...semua tu akan ku cuba siapkan by tommorow.... after meeting kena zass ke sek semula...

Wednesday, 9 November 2011

kisah 1

setelah bercuti 4 hari....ari ni dah sek balik....tp mood pagi2 dah down sebab jalan tiba2 jem...mula tu terpikir jgak nape lak jem ni...biasa smooth je drive....lepas tu baru la  nampak ada 3 keta eksiden...huhu..kesian gak dorang camana lak leh eksiden...haha...lepas tu sampai sek 7.39 pagi ...haha lewat lagi ari ni...

baru je nak gi kat meja tetiba datang auntie suruh sign...alamak ada meeting la pulak...malasnyer den...pah tu gi kantin sarapan then marking peka bdk2 sebab kena antar esok..lusa den dah kena g meeting utk mengawas spm, mula next week dorang spm...petang tadi meeting mcm2 hal, x mo la tulis kat cni....pening kepala

banyaknyer keja sek yg lom siap lagi hrp dpt settle semua esok...