Friday, 18 November 2011

Kisah hari terahir sek...

Daripada jam 3 pagi, aku sakit perut...keluar masuk toilet 5 kali sampai jam 4.30 pagi...sangat derita aku rasa. Lepas tu tido sekejap sampai jam 6 pagi...masa ni perut aku dah ok sket...sampai je sekolah perhimpunan pagi dah bermula. Masuk je dalam bilik guru PK Hem panggil aku yang aku kena duty ari senin minggu depan. Lepas tu baru aku teringat kan aku kena jaga exam spm. Terus aku bagitau yang aku tak boleh.

Sambil tu aku baca maklumat kat papan kenyataan, tengok2 nama aku ada pulak kena duty ari ni untuk bagi wang RM 100 kat setiap pelajar. Tapi sempat lagi tu aku bagitau kat PK Hem aku yang aku banyak keja...lagipun sakit perut aku lom ok lg. Aku terus wat keja aku yang lom settle lagi, mula2 serah duit bayaran lain2 pada yang berkenaan. Kemudian serah buku resit dan tutup buku register.

Masa aku tengah kira peratus kedatangan pelajar bagi bulan November, perut aku memulas lagi...cepat2 aku tinggal keja aku dan gi toilet. Lepas dah lega, aku sambung balik keja aku. Lepas dah siap tutup buku register, aku hantar pada penyelaras dan ingat mahu turun ke kantin. Tapi masa ni perut aku sakit balik...sekali lagi aku gi toilet. Adoiii...takkan nak ulang alik gi toilet cam ni, dah la jauh toilet kan terbuang kat cni kan. Oleh kerana keadaan aku yang x ok ni...aku pun mintak kebenaran nak gi klinik.

Sampai kat klinik, bagi ic...tiba2 aku nak membuang lagi, nasib baik ada toilet kat ctu. Masa tunggu giliran, x tahan sangat aku minta nak beli ubat je...xnak jumpa doktor sbb x larat nak tunggu. Tapi dorang kata kena jumpa gak, dan dorang suruh aku makan ubat dulu. Masa jumpa doktor, dia check perut aku dan tekanan darah...dia kata perut aku dah masuk kuman. Kemudian dia bagi aku mc. Tapi aku kena balik sek semula dan bagitau pengetua yang aku dapat mc. Terus dia benarkan aku balik. Baik sungguh pengetua aku...tapi keja aku tak dapat settle ari ni...sebab buku rekod mengajar lom serah... sebab PK 1 tak ada kat sek...mencik. Nampaknya next week la baru settle.

Tak penah lagi jadi mcm ni sepanjang aku mengajar, sakit perut pada last day. Seingat aku petang semalam aku makan nasi ayam yang aku beli kat food court. Lepas ni serik dah aku nak beli, rasanya dekat 10 kali aku kuar masuk toilet....Tapi syukur alhamdulillah aku dah ok sket lpas mkn ubat dan minum air garam yang x sedap tu...

No comments:

Post a Comment