Friday, 11 November 2011

11.11.11

cantik tarikh ari ni...mesti ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan kan?

ari ni xde menda sangat, lepas meeting pengawas spm terus gi pusat mengawas bersama ketua untuk melihat keadaan pusat, calon x ramai dalam 36 orang sahaja, pusat kami calon persendirian....teringat kata2 KP tadi ada calon yang paling tua lahir 1956....so pangkat pakcik....oleh kerana kami berempat  sahaja, salah seorang kena jadi timbalan, so aku volunteer jadi.......sbb yg len x nak dan ada hal. Tugasku sbg timbalan perlu datang awal pagi untuk bukak bilik exam....dan aku x perlu keluar awal pagi untuk menjadi guru pengiring KP untuk mengambil kertas soalan di bilik kebal dekat chow kit.

Aku perlu bertugas 15 hari, bermula 14 nov till 14 dec. Selepas duty untuk spm barulah aku boleh bercuti....until before krismas, sebab aku perlu datang sek untuk menyerahkan slip keputusan pmr kepada pelajar2....

selepas balik dari pusat exam.......aku balik ke sek untuk menyiapkan saki baki kerja yang belum siap...dan mendapat berita kawan baik ku dapat berpindah ke Johor mengikut suaminya yang sudah hampir 2 tahun kerja di sana...dan aku merancang untuk invite dia dan famili untuk makan tengahari di rumahku...harap2 terlaksana la plan ku ini.

sementara menunggu waktu balik datang pelajar2 form 5 bersalaman dengan ku....ada antara mereka yang agak nakal tp aku langsung x ambil hati, aku mendoakan mereka semua berjaya dengan cemerlang...huhu dapat aku rasakan getaran perasaan mereka untuk hadapi exam spm pd minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment