Monday, 14 November 2011

kisah jaga exam 1

Hari ini 1st day jaga exam spm...aku sebagai timbalan KP perlu datang lebih awal dari yang lain2 untuk buka bilik exam, sebab kunci mangga ada kat aku. X sampai 5 minit my KP pun tiba dengan bawak paper exam...then 10 min before exam bermula calon2 dibenarkan masuk.

Daripada 19 calon, hanya 10 je yang hadir... tak tau le nape masalah dorang ni. Kalau calon bdk2 sek, cikgu bertugas kena call dorang jika x hadir...tapi ni calon persendirian x perlu buat mcm tu. Pakcik yang lahir tahun 1955 tu x datang exam pula.

Paper 1 waktu pagi, paper 2 waktu petang. Hari ini paper bahasa melayu...susah gak soalan. Teringat dulu2, berpeluh jawap soalan BM.

Esok paper English 1 dan 2 waktu pagi dan tasawwur waktu petang. Jadual pack esok...tak macam ari ni ada banyak masa senggang.

Ari Jumaat xde paper, tapi kena gi sek gak settlekan kerja akhir tahun...lepas tu cuti sek bermula minggu depan. Bagi yang jaga exam mcm den ni, sebulan lagi baru leh cuti2 dan balik kg...huhu..

No comments:

Post a Comment